Feeds:
Posts
Comments

Archive for August, 2010

BismiLLah…

Nota: Tajuk ini ada sangkut-pautnya dengan entri saya sebelum ini Apabila engkau tidak malu, yang lebih menyentuh tentang muamalat antara lelaki dan perempuan. Namun kali ini, insya’Allah, tajuk yang akan saya kongsikan ini lebih umum.

Adegan 1:

“Heh, bahaya betul gambar kau dengan office-mates kau tu.” Zek menegur Rem, teman se-usrah-nya. (Nota: usrah = salah satu bentuk study circle)
“Alahai, kau tengok ke? Malunya aku!”
“Kenapa nak malu?”
“Well, kawan aku yang upload.” Rem tidak menjawab soalan teman yang dihormati itu. “Aku dah agak dah dia akan upload. Nanti aku untag la nama aku. Ni bukan first time pun. I know how to handle it, to clear up my name.
“Aku tak tau lah, apa situasi sebenar, tapi memang gambar tu seolah-olah kau orang lain. Dikelilingi perempuan, sampai bergesel bahu pulak tu. Aku cuba bersangka baik.”
“Eh, tak pun. Ilusi gambar aja tu,” Rem cuba menafikan kesilapannya. “Kau pun macam tak tau office-mates aku tu macam mana? Diorang free-hair, tak faham agama…”
“Dan kau yang faham agama tak cuba untuk fahamkan diorang? At least, yes at least, tell them not to upload the pics. If it was an accident. Kalau tak, ertinya kau yang benarkan diri kau dimalukan. Walaupun kau untag, kau ingat gambar tu takkan boleh sampai ke pengetahuan aku? family kau? ahli usrah lain?”

Adegan 2:

“Alamak, dia dah masuk! Cepat ambil kain pelekat!”
Terkebil-kebil Zek melihat teman-temannya terkocoh-kocoh membetulkan kain sarung yang dipakai. Hairan.
“Diaorang pakai shorts atas lutut. Bila kau masuk je, semua berlari cari kain.” Bisik Farhi sambil tergelak.

==========

عَنْ أَبِيْ مَسْعُوْدٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو اْلأَنْصَارِيِّ الْبَدْرِيِّ رضي الله عنه، قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم: إِنَّ مِمَّا أَدْرَكَ النَّاسُ مِنْ كَلاَمِ النُّبُوَّةِ اْلأُولَى، إِذَا لَمْ تَسْتَحْيِ فَاصْنَعْ مَا شِئْتَ

Daripada Abu Mas’oud, ‘Uqbah bin ‘Amru al-Ansori al-Badriy radhiaLLahu ‘anhu, beliau berkata: “RasuluLLah sollaLLahu ‘alayhi wasallam bersabda: ‘Sesunggunya di antara ajaran yang didapati oleh manusia daripada kalam (perkataan) nubuwwah yang pertama ialah: Apabila kamu tidak malu maka lakukan apa yang kamu suka.’ “ [Riwayat Bukhari Kitab Adab #5769, Hadith 21 dalam 40 Hadith an-Nawawi]

“Apabila kamu tidak malu maka lakukan apa yang kamu suka”

Ayat di atas bukanlah suatu perintah agar manusia melakukan apa saja yang mereka suka, sebaliknya, ulama’ berpendapat, ayat di atas memberi 3 makna;

1- Perintah (larangan) dengan ancaman dan janji buruk – RasuluLLah seolah-olah bersabda: ‘Kalau kamu tidak malu, maka berbuatlah apa yang kamu suka. Allah akan membalas dengan balasan yang amat pedih.” (Pandangan ini paling rajih)

2- Perintah dengan makna pemberitahuan – bahawa siapa yang tiada sifat malu, dia akan tenggelam dalam perkara keji dan mungkar. Seperti makna dalam sabda baginda, “Barangsiapa yang berdusta dengan namaku maka dia menyediakan tempatnya di dalam neraka.

3- Perintah dengan makna mengharuskan – Sekiranya jika kamu tidak malu untuk melakukan sesuatu perbuatan di hadapan Allah dan di hadapan manusia, maka lakukanlah, kerana ia bererti perlakuan itu harus dan tidak bertentangan dengan syara’. (Fitrahnya, seseorang yang melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syara’ akan berasa malu dengan perbuatannya itu, sekurang-kurangnya di hadapan manusia yang alim)

“Dosa itu ialah apa yang tergetar dalam diri engkau dan engkau berasa benci manusia melihatnya.” – Riwayat Muslim, hadith no. 27 dalam hadith 40 an-Nawawi (Baca: Mengganjal, ragu & malu: itulah dosa)

Adegan 3:

“Kau tak nak pergi ball ke? Jomlah. Kena juga pergi sekali sekala. Nanti orang cakap Muslim ni anti-sosial.” Lili sebenarnya sudah tahu pendirian temannya, tapi dia masih mahu mencuba nasib, kalau-kalau temannya itu berubah fikiran.

“Tak mahulah. Aku malu. Malu tengok kawan-kawan sendiri pakai pakaian seksi, berpeluk sana-sini. Tak kisah lah islam ke tak ke. Aku malu. Lagipun nanti rasa berdosa sebab tak menegur teman sendiri. Aku tak mampu. Kau ajelah yang pergi.”

Malu bukan bererti Anti-Sosial!
Hasan al-Basri ada menyebut,

“Malu itu ada dua: malu berasaskan keimanan dan malu berasaskan kelemahan.”

Malu yang berasaskan keimanan bererti menghindarkan diri daripada melakukan perkara yang tercela. Oleh itu, seruan kepada kita agar bersifat dengan sifat malu adalah seruan agar kita mencegah diri kita dan manusia lainnya daripada sebarang bentuk maksiat dan keburukan. Manakala malu berasaskan kelemahan adalah malu yang tidak bertempat, yang menghalang kita mendapatkan ilmu dan rezeki. Ini barulah dinamakan sebagai ‘segan’ atau anti-sosial! Dan pastinya, takrifan ini membesakan antara sifat malu yang dikehendaki oleh syara’ dari yang lainnya.

Salim bin Abdullah dari ayahnya, mengatakan bahwa Rasulullah s.a.w. lewat pada seorang Anshar yang sedang memberi nasihat (dalam riwayat lain: menyalahkan) saudaranya perihal malu. Ia berkata, “Sesungguhnya engkau selalu merasa malu”, seakan-akan ia berkata, “Sesungguhnya malu itu membahayakanmu.” Lalu, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Biarkan dia, kerana malu itu sebagian dari iman.”

2 Jenis Malu
Malu hadir sama ada secara fitrah (semula jadi) atau hasil dari usaha kita.
1- Malu secara fitrah adalah semulia-mulia akhlak yang dianugerahkan oleh Allah kepada hambaNya. Hamba Allah yang bersifat malu secara fitrah akan menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat, keburukan dan akhlak yang rendah.  Rasululullah merupakan seorang yang sangat pemalu, lebih dari malunya gadis-gadis pingitan. Sabda Rasulullah,

“Malu itu adalah salah satu cabang daripada iman.”

2- Manakala malu yang lahir hasil usaha seseorang merupakan salah satu ciri-ciri iman yang paling terpuji. Ia lahir melalui makrifatullah, mengetahui keagunganNya dan betapa dekat Dia dengan hambaNya. Malu jenis ini juga disebut sebagi setinggi-tinggi darjat ihsan. Sabda nabi s.a.w.

Malulah kepada Allah sebagaimana engkau malu terhadap lelaki soleh dari kalangan keluargamu.”

Adakah kita punya sifat malu yang disarankan ini?
Nah, tanyakan iman kita. Pernahkah kita berasa malu untuk melakukan sesuatu di hadapan sahabat kita yang kita hormati? Jikalau ya, alhamdulillah, sekurang-kurangnya kita punyai sedikit daripada sifat malu. Dan sekurang-kurangnya juga, kita tahu, bahawa perlakuan itu bukanlah sesuatu yang baik untuk kita teruskan, baik secara terang-terangan ataupun bersendirian. Kata seorang ulama’ salaf, seperti yang dinukilkan oleh Imam Ahmad dalam kitab al-Adab;

“Janganlah kamu melakukan ketika bersendirian sesuatu perbuatan yang engkau malu hendak lakukan ketika terang-terangan.”

Malu itu warisan para nabi
Seperti yang disebutkan pada awal matan hadith di atas – ‘Sesungguhnya di antara ajaran yang didapati oleh manusia daripada kalam (perkataan) nubuwwah yang pertama’ – sifat malu ini adalah merupakan warisan para nabi terdahulu yang tidak dinasakhkan daripada syariat mereka, malah begitu ditekankan di dalam syariat nabi Muhammad s.a.w. Ini menunjukkan kepentingan sifat ini untuk dimiliki oleh umat Muhammad seluruhnya dengan harapan agar kita terhindar daripada melakukan perkara-perkara yang membuahkan dosa dan murka Allah.

“Dosa itu ialah apa yang tergetar dalam diri engkau dan engkau berasa benci manusia melihatnya.”

Namun, ketahuilah, apabila manusia sudah biasa dengan dosa (sama ada dikelilingi oleh orang yang berbuat dosa atau dirinya sendiri yang acap melakukan dosa), maka akan luput perasaan malu, lalu digantikan dengan rasa bangga dengan dosa yang telah dilakukan. Sekiranya manusia di dunia hilang rasa malu untuk berbuat keburukan, nescaya akan rosak binasalah seluruh umat ini.

Oleh yang demikian, hargailah sifat malu yang Allah kurniakan untuk kita. Jangan sekali-kali kita mempertahankan dosa atau perbuatan buruk kita, dek kerana malu, untuk menjaga ego kita. Seperti dengan berkata, “Oh, saya memang begitu,” atau “Alah, dah banyak kali dah berlaku begitu,” apabila ‘terkantoi’ atau ditegur oleh teman kita. Jangan sekali-kali kita berbangga dengan dosa!

Jika kita malu kepada manusia, malulah juga kepada Tuhan!

Sumber rujukan:
Syarah Hadith 40 oleh Syeikh Mustafa al-Bugho
Syarah 50 Hadith oleh Ibn Rajab al-Hanbali

==========

Baca juga:

Fungsi ‘Places’ di Facebook, Dosa-Dosa & Facebook, Facebook: Tagging,
Mengganjal, ragu & malu: itulah dosa, Sifat Malu Ibarat Menguncupnya Daun Semalu

Read Full Post »

BismiLLah…

“Kakak, tukar lah channel. Tak nak tengok berita.”
Saya terdiam. Mahu ketawa, kerana sikapnya sama saja dengan reaksi saya apabila menonton berita 15 tahun dulu. Tapi tidak mampu. Kelucuan itu hanya sebentar, dipadamkan dek tajuk-tajuk berita malam ini yang menyentap jiwa saya sebagai manusia. Ya, saya yakin saya masih manusia, kerana saya tahu apa yang saya tonton dan dengar kala itu benar-benar mencabar perikemanusiaan;

kisah sang bapa yang menyembelih anak kecil berumur 3 tahun yang akhirnya ditahan di wad sakit mental,
kisah buang bayi yang tidak sudah-sudah,
kebakaran akibat litar pintas,
kanak-kanak terputus jari tangan dan termusnah kaki dek bahana mercun,
rumah meletup dan terbakar – juga akibat mercun dan bunga api,
pelarian-pelarian banjir di Pakistan yang terburuk dan semakin buruk,
seorang guru tadika cina terbunuh oleh penyamun di sebuah jejantas dalam perjalanan ke tempat kerja.

“Sebab tu saya tak suka tengok berita! Eeeiii…” ujar adik saya yang berumur 9 tahun, penuh benci.

Sekarang saya faham, mengapa 15 dahulu saya cukup takut untuk menonton berita, terutamanya Dunia Jam 10 terbitan RTM 1. Waktu itu, Perang Teluk di negara-negara Teluk sedang meletus. Pengeboman di sana-sini. Ya, di Bosnia juga, kanak-kanak dan wanita diperkosa, disiksa dan dibunuh dengan kejam. Askar-askar yang dihantar oleh Malaysia untuk misi keamanan juga tidak sedikit yang menjadi korban tentera Sarajevo. Di Malaysia pula, kekejaman Si Bomoh Mona Fendy sedang hebat diberitakan, setelah mencincang seorang kenamaan (yang saya lupa namanya) setelah membunuhnya. Lagi pula dikatakan tempat pembunuhan itu tidak berapa jauh dari Taman Asuhan yang saya tumpang selepas sesi sekolah. Penculikan demi penculikan juga berlaku, meskipun tidak sehebat hari ini.

Ya, semua ini pernah membuat saya fobia kepada semua rancangan berita. Berita Jam 12, Berita Jam 6, Berita Terkini, Buletin Utama, Berita Perdana, Dunia Jam 10, Evening News

Itu dulu. Pasti adik saya yang baru mulakan kehidupannya pada zaman yang lebih mencabar perikemanusiaan ini lebih derita jiwanya. Kasihan!

Kerana jiwa manusia yang berakal tidak suka kepada kekejaman, dan bencikan segala bentuk kezaliman.
Kerana fitrah manusia yang berakal cintakan kedamaian.
Kerana manusia hari ini sudah hilang akal!

Ya Alah, selamatkan kami dari kejahatan manusia, jin dan syaitan! Selamatkan kami dari bencana! Selamatkan kami dari api neraka dan siksaan kubur! Ameen.

Read Full Post »

Susahnya nak kahwin!

BismiLLah…

“Eh, kenapa hantarannya macam sudah mahu kahwin?” tanya ayah, risau.
“Ayah, tuan badannya dah allocate RM500 untuk hantaran, tak termasuk baju.” Saya masih khusyuk menyiapkan hantaran bagi pertunangan sepupu saya yang akan dilangsungkan 2 hari lagi.
Ayah diam. Ayah memang tak suka perkara yang berlebih-lebihan. Membazir katanya.
“Zaman ayah dulu kalau bertunang, hanya balut isi hantaran tu dengan pembalut hamper tu. Senang. Tak membazir.”

Saya diam, bersetuju dengan kata-kata ayah. Saya masih ingat majlis pertunangan pakcik saya lebih 10 tahun dahulu. Simple. Tidak seperti majlis pertunangan hari ini, memang persiapannya seperti persiapan sebuah majlis perkahwinan! Ada pula yang mengambil gambar berdua di atas pelamin, si lelaki pula memakai baju melayu sedondon dengan si perempuan. Mengapa tidak dinikahkan saja mereka? Alang-alang…

Itu belum lagi masuk bab mas kahwin. Eh, maksud saya wang hantaran kahwin. Cikgu saja sudah melebihi RM12000. Kalau jurutera, doktor… lebih-lebih lagi kalau ibu bapanya berpangkat juga. Ah, sebab tu orang dah lama bercinta tak kahwin-kahwin! Dan akibatnya…

tak tergamak meletakkan gambar bayi-bayi yang tak berdosa. sila klik untuk melihat gejala yang semakin parah ini

Bagi tempoh 2008 hingga 2009, sebanyak 181 kes pembuangan bayi dilaporkan, manakala 60 kes direkodkan sejak awal tahun ini sehingga Kabinet membuat keputusan itu, Rabu lalu. Kes yang dicatat tahun ini saja hampir menyamai jumlah 65 kes yang berlaku di seluruh negara pada 2006. Malah, dalam tempoh 24 jam selepas keputusan Kabinet itu diumumkan, empat lagi kes buang bayi dilaporkan. Ini tidak termasuk kes kelahiran anak luar nikah yang jumlahnya mencapai ratusan ribu. Menurut statistik Jabatan Pendaftaran Negara, sejumlah 257,411 sijil pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf, dicatat dalam tempoh 2000 sehingga Julai 2008, sebahagian besarnya Melayu (baca: Islam). – Berita Harian 16 Ogos 2010

Dilaporkan juga bahawa sesiapa yang disabitkan kesalahan membuang bayi akan dikenakan hukuman penjara 10 tahun atau denda RM 20,000. Dan beberapa hari lalu, hukuman gantung mandatori telah dikuatkuasakan bagi kes-kes ini, yang sama taraf dengan kes pembunuhan. Manakala pesalah-pesalah akan dikenalpasti melalui sampel-sampel DNA yang akan diambil pada bayi.

Ramai yang menarik nafas lega dengan adanya akta baru ini. Kononnya, orang ramai akan lebih berhati-hati, dan kejadian buang bayi akan berkurangan. Entah, saya memang tidak yakin akan keberkesanannya. Perbuatan buang bayi itu adalah komplikasi kepada penyakit lain; iaitu pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Mana mungkin akan berkesan jika kita mahu merawat komplikasi tanpa kita selidiki sebab-musababnya dan mencari jalan untuk menangani penyakit atau masalah pokoknya! Konsep ini juga yang saya pelajari dalam bidang perubatan. Treat the cause to prevent the complication!

Pelbagai respon daripada masyarakat berkenaan hukuman gantung mandatori ini. Saya cuba bersetuju dengan beberapa pandangan Marina Mahathir dalam The Star 18 Ogos 2010. Katanya,

I ALWAYS get a little worried when people start talking about death penalties. It often spells a poverty of ideas, which of course, comes from not really understanding what the problem is all about.

Cadangan beliau lainnya;

1- Put in place sex education, with a gender perspective and emphasising boys learning to respect girls

2- Let’s have homes for girls to have their babies safely, where they can keep up with schoolwork and where they can learn mothering skills should they want to keep the babies.

3- Talk to them about adoption and set up safe procedures for the babies to be adopted. Then set up a system where the girls can continue school afterwards

4- Finally, adults themselves must set good examples.

True indeed. Namun ada juga beberapa perkara yang kurang saya persetujui, sebagai contoh, beliau menolak nikah (sebelum hubungan kelamin) sebagai salah satu solusi kepada gejala ini. Pendapat beliau mungkin benar, sekiranya masyarakat terutamanya golongan muda dan remaja tidak dididik dengan pendidikan agama yang betul. Masyarakat perlu faham bahaya pergaulan bebas, seks rambang dan berpakaian menjolok mata. Mereka juga perlu tahu konsep perkahwinan dan hukum-hakam dalam islam serta relevansinya dalam menangani gejala sosial yang menular dalam masyarakat hari ini.

Mari kita renung-renungkan hadith ini:

Abdullah ibn ‘Umar said: The Prophet (pbuh) came to us and said, “O Muhajirun, you may be afflicted by five things – God forbid that you should live to see them.
If fornication should become widespread, you should realize that this has never happened without new diseases befalling the people which their forebears never suffered.
If people should begin to cheat in weighing out goods, you should realize that this has never happened without drought and famine befalling the people, and their rulers oppressing them.
If people should withhold zakat, you should realize that this never happened without the rain being stopped from falling – and were it not for the animals’ sake, it would never rain again.
If people should break their covenant with Allah and His Messenger (pbuh), you should realize that this has never happened without Allah sending an enemy against them to take some of their possessions by force.
If the leaders do not govern according to the Book of Allah, you should realize that this has never happened without Allah making them into groups and making them fight one another

– IBN MAJAH, KITAB AL-FITAN, 40

Saya sarankan agar kita semua membaca dan cuba memahami tulisan Ustaz Nasruddin Tantawi berkenaan isu ini; Nikah Khitbah satu Alternatif, atau tulisan yang telah disimpulkan oleh Malaysiakini; Nikah gantung tangani kemaruk nafsu, buang bayi.

Menurut, langkah memudahkan proses perkahwinan boleh dilakukan oleh pihak berwajib, antaranya dengan:
# Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin.
# Memberi insentif sebagai galakan berkahwin.
# Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan.
# Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma.
# Menganjurkan perkahwinan beramai – ramai yang menjimatkan.
# Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan.
# Merendahkan hantaran perkahwinan.

Selamat berkahwin. 🙂

Read Full Post »

BismiLLah…

Sekadar berkongsi nota seminar Fiqh Perubatan di kolej saya 2 tahun lalu, yang disediakan dan disampaikan oleh Dr. Basri bin Ibrahim, Ketua Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Darul Iman, Kuala Terengganu.

Sebelum saya menyenaraikan perkara-perkara yang membatalkan dan tidak membatalkan puasa, harus sama-sama kita fahami mengapa terdapat perbezaan pandangan di kalangan ustaz-ustaz atau cendekiawan agama dalam meneliti masalah-masalah kontemporari yang berkaitan dengan puasa.

Pertamanya, tiada dalil atau hujah-hujah yang khusus berkenaan isu-isu yang baru, contohnya penggunaan inhaler pagi penghidap lelah atau asthma. Dengan itu, apabila sesuatu fatwa atau hukum yang diputuskan oleh ustaz/ulama’, ia adalah berdasarkan ijtihad mereka atau di-qias-kan kepada hukum dan hujah yang telah sedia ada, dengan alasan-alasan bersandarkan kepada dalil-dalil daripada al-Quran dan hadith, juga dengan mengambil kira pandangan ulama’ terdahulu dan perincian tentang sesuatu masalah secara medikal daripada para doktor atau pengamal perubatan.

Keduanya, ada sesetengah ulama’ atau ustaz atau cendekiawan yang cenderung untuk mengeluarkan pandangan yang agak ketat (strict) – rigid mengikut dalil-dalil atau pandangan cendekiawan islam terdahulu demi memelihara agama dan agar masyarakat tidak memudah-mudahkan islam. Manakala sebahagian pula cenderung untuk mengeluarkan keputusan hukum berdasarkan kondisi pesakit, agar pesakit atau masyarakat tidak berasa berat untuk menunaikan kewajipan mereka – puasa dan solat khususnya. Kedua-dua pandangan ini benar meskipun terdapat sedikit perbezaan, selagi mana bersandarkan kepada dalil-dalil yang sohih.

Ketiganya, perbezaan pendapat berkenaan maksud istilah ‘rongga‘. Rongga bukan bermakna bukaan, tetapi bahagian atau ruang kosong dalam tubuh seperti perut, ventricles (rongga di dalam otak) dsb. Namun pandangan yang paling kuat ialah, perut sahaja kerana:
Ia adalah bahagian yang mempunyai kekuatan memproses makanan dan ubat-ubatan yang sampai kepadanya (Puasa berkait rapat dengan makanan), sedangkan rongga-rongga lain tidak.

Perkara yang membatalkan puasa yang disepakati oleh Ulama’:

1- Makan & Minum
2- Hubungan kelamin (termasuk mengeluarkan air mani dengan sengaja)
3- Haidh & Nifas
4- Hilang kesedaran sepanjang hari

Isu-isu perubatan lain, hukum beserta alasan:

INHALER (pam/ubat semburan melalui mulut untuk sakit lelah/asthma)
– inhaler mengandungi ubat dalam bentuk cecair atau serbuk-serbuk halus.
– TIDAK membatalkan puasa menurut sebahagian ulama’ seperti Syeikh Bin Baz, Muhammad ‘Uthaymeen, Majlis Fatwa Arab Saudi.
-Alasan: Bahan yang masuk terlalu sedikit dan dimaafkan Qias kepada berkumur-kumur. Majoriti bahan masuk ke paru-paru. Bahan yang masuk ke dalam perut pula kurang pasti. Maka perkara yang kurang pasti tidak boleh dijadikan hujah.

PIL SUBLINGUAL/BAWAH LIDAH – untuk sakit jantung/angina
– TIDAK batal.
-Alasan: Ubat larut dalam mulut sahaja dan tidak masuk ke dalam perut. Ubat juga tidak bersifat seperti makanan (tidak mengenyangkan).

ENDOSKOPI PERUT (OGDS) – kamera kecil yang bersambung dengan tiub untuk melihat keadaan di dalam perut melalui mulut.
– TIDAK batal berdasarkan pendapat yang terpilih – Ibn Taimiyyah, Ulama’ mazhab Maliki, Syeikh Muhammad ‘Uthaymeen, bekas mufti mesir.
– Alasan: Alat adalah bukan makanan dan tidak boleh membekalkan makanan kepada badan. Namun, sebahagian pendapat mengatakan BATAL jika dimasukkan cecair ke dalam perut melalui alat tersebut.

NASAL DROP / Ubat titis hidung – NB: hidung bersambung ke tekak.
– TIDAK batal menurut Syeikh ‘Ajil an-Nasyami dan Syeikh Haitham Al-Khayyat
– Alasan: Titisan bukan makanan. Titisan yang masuk ke tekak dan perut terlalu sedikit. Sedangkan air dari berkumur-kumur lebih banyak melekat di tekak, tetapi dimaafkan.

BIUS / Anaesthesia
– terdapat 2 jenis bius: bius setempat (regional / local anaesthesia) dan bius keseluruhan (general anaesthesia)
– TIDAK batal jika bius setempat kerana tidak menghilangkan kesedaran dan dilakukan dengan alasan rawatan.
– BATAL menurut majoriti ulama’  jika bius keseluruhan kerana ia menyebabkan hilang kesedaran seoanjang hari.

EAR DROP / Ubat titis telinga, termasuk cucian telinga (earwash)
– TIDAK batal mengikut pendapat terpilih (Ibn Hazm dan sebahagian ulama’ mazhab Syafi’ie)
– Alasan: Titisan tidak sampai ke dalam otak mahupun perut.

EYE DROP / ubat titis mata
– TIDAK batal.
– Alasan: Setiap titisan mengandungi 0.006cm cecair sahaja. Ini dimaafkan dengan qias kepada berkumur-kumur. Bukan juga berkaitan dengan makan atau minum.

HAEMODIALYSIS – cuci buah pinggang
– BATAL jika cecair glukosa dimasukkan ke dalam tubuh pada masa yang sama kerana glukosa membekalkan makanan kepada tubuh.
– TIDAK batal jika tidak disertai dengan glukosa atau lain-lain makanan. Mencuci buah pinggang melibatkan suntikan, dan suntikan tidak berkait dengan makanan.

CUCIAN ALAT KELAMIN WANITA untuk tujuan rawatan menggunakan alat tertentu
– TIDAK batal mengikut pendapat terpilih (Maliki dan Hanbali)
– Alasan: Ruang pada alat kelamin tidak dikategorikan sebagai rongga dan tidak pula bersambung dengan perut.

UBAT DUBUR secara suntikan atau berbentuk pil untuk tujuan rawatan
– TIDAK batal mengikut pendapat Ibn Taimiyyah, az-Zahiri, Ulama’ Maliki.
– Alasan: Tidak mengandungi makanan, dan ubat tidak sampai ke dalam perut. Namun, jika ubat menyebabkan penyerapan makanan atau ubat tersebut berbentuk makanan, maka BATAL.

DERMA DARAH
– TIDAK batal menurut majoriti ulama’
– Alasan: Diqiaskan kepada berbekam. Rasululullah s.a.w. pernah berbekam ketika baginda berpuasa.

=====

NOTA: Namun demikian, adalah lebih utama dan afdal jika rawatan ditangguhkan ke waktu selepas berbuka puasa jika tidak memudaratkan pesakit.

boleh juga rujuk: https://elfaqiha.wordpress.com/2008/09/06/perkara-yang-membatalkan-puasa/

Read Full Post »

Weil China

BismiLLah…

Weil China – Tajuknya sudah cukup untuk menarik hati saya agar memilikinya, apatah lagi setelah melihat nama Emine Syenlikoglu, penulis kelahiran Turki yang juga merupakan pengarang novel Maria – karya yang digarap daripada kisah benar seorang gadis berbangsa Jerman yang menghadapi kemelut agama Kristian, Atheist dan Islam. Kedua-dua novel ini telah pun diterjemahkan ke dalam bahasa melayu beberapa tahun lalu oleh PMRAM (Pertubuhan Melayu Arab Republik Mesir) dan kini diterbitkan semula oleh PTS Publications Sdn.Bhd. Boleh baca sinopsisnya di sini.

Alhamdulillah, telah selesai membacanya dalam jangka masa satu hari setengah. Ah, seharusnya saya lebih mengutamakan membaca al-Quran pada bulan ini, tetapi novel yang penuh dramatis ini benar-benar menggamit hati saya. ‘Un-put-down-able‘, kata kawan saya. Mungkin gaya bahasa novel ini tidak begitu puitis berbanding karya-karya penulis novel sastera terkenal tanah air, namun teknik penceritaan Puan Emine dan susnan bahasa penterjemah (Ustaz Mohd Rofizi bin Dollah) memberi kesan kepada pembaca sehingga saya benar-benar tenggelam menghayati setiap bait ayat dalam Weil China. Ya, seolah-olah saya mengalami sendiri segala konflik  agama, falsafah dan keluarga yang telah merobek-robek hati nubari saya.

Di hujung novel ini, – setelah melalui pelbagai episod penyiksaan oleh komunis – maka fahamlah saya mengapa Ustaz Mohd Rofizi memilih untuk menterjemahkan “Çin İşkencesi” (Penyiksaan di China) sebagai ‘Weil China’. Kesengsaraan yang dialami oleh banduan-banduan penjara tersebut tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata!

Sungguhpun latar belakang novel ini banyak berkisar tentang komunis dan kekejamannya, saya yakin, Puan Emine bukanlah semata-mata untuk mengutuk kebejatan mereka, bahkan beliau juga mahu mengetengahkan beberapa isu yang harus kita sebagai Muslim fikirkan.

1- Musuh-musuh islam tidak memesongkan kita dari ajaran al-Quran secara terang-terangan, sebaliknya dengan serangan pemikiran melalui penulisan (akhbar, internet, novel), acara-acara TV, berita dan sebagainya. Kaedah ini sangat halus sehingga kita  tidak sedar akan pengaruhnya. Dan tiba-tiba, kita terkadang bertanyakan atau terfikirkan soalan-soalan yang sebenarnya boleh menggugat keimanan kita kepada Allah ‘azza wajalla.

“Anak-anak ayah, tidak seorang pun yang akan menyuruh kamu secara terang-terangan agar menjadi ateis. Tetapi mereka akan menjadikan kamu berfahaman ateis secara beransur-ansur. Mula-mula kamu diberi bahan bacaan dan soalan-soalan yang menimbulkan rasa syak dan agak sukar kamu menjawabnya. Fikiran kamu mula dicemari dan akhirnya mereka dapat menguasai fikiran kamu secara keseluruhannya. Waktu itu kamu tidak akan terfikir lagi apa yang kamu buat itu betul atau salah…” – Weil China

2- KITA sesama muslim diikat dan disatukan dengan ‘aqidah islamiyah, dan pegangan kita kepada islam bukan berasaskan bangsa atau keturunan.

“Tautan kasih sayang antara kamu adik-beradik hari ini begitu kukuh kerana kamu sekarang berpegang kepada aqidah yang sama. Apabila seseorang berpegang kepada prinsip yang berlainan, tidak mustahil seseorang akan terus lupa akan saudaranya…”
Keturunan sahaja tidak mencukupi bagi mengekalkan seseorang itu di dalam kebenaran. Sebenarnya pegangan itu bohong belaka!”  – Weil China

Ini terbukti apabila akhirnya Turghut, abang kandung Qan yang telah terpedaya dan taksub dengan ideologi sesat komunis sanggup melaporkan kepada pihak atasan komunis bahawa keluarganya merupakan pengikut fasis dan menentang revolusi yang mereka bawakan. Bapa Qan syahid dibunuh, anak saudara Qan yang masih bayi dicabut kepalanya, emak, kakak dan kakak iparnya dipisahkan dan dilarikan oleh komunis entah ke mana, manakala Qan sendiri ditangkap dan diseksa di penjara komunis.

Ali 'Imran: 103

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara.

Dan bukankah benar, iman itu tidak dapat diwarisi daripada ibu bapa sungguhpun mereka yang paling kuat bertaqwa? Sebaliknya, pegangan kita kepada deen kita yakni islam bergantung kepada kekuatan iman kita yang bertunjangkan ilmu, amalan dan juga rahmat serta kasih-sayang Allah. Ya, kerana menjadi seorang muslim dan mukmin itu satu nikmat.

3- Sikap umat islam yang tidak mengamalkan islam secara menyeluruh, sebaliknya mengambil separuh-separuh –  sesuai dengan nafsunya sahaja.

“…dalam ayat al-Quran ada arahan yang melarang keras manusia daripada makan daging babi, jangan meminum arak, jangan berzina, dilarang membunuh manusia yang tidak berdosa, wajib mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat. Kenapa orang-orang islam tidak berpegang teguh dengan ajaran Allah yang lainnya sebagaimana mereka berpegang teguh dengan larangan daripada memakan daging babi?…” – Weil China

Saya sekadar mahu mengajak kalian sama-sama renungkan, bagaimana diri kita, keluarga kita dan muslimin lain di sekeliling kita, negara kita dan dunia seluruhnya?

Al-baqarah: 85

…..Adakah kamu beriman dengan sebahagian daripada al-Kitab (al-Quran) dan menolak sebahagian daripadanya? Dan tiada balasan bagi barangsiapa yang melakukan demikian daripada kalangan kamu melainkan penghinaan di dunia. Dan pada hari kiamat nanti mereka akan menerima azab yang lebih dahsyat. Dan Allah sekali-kali tidak lalai terhadap apa yang kamu kerjakan.”

4- Akal adalah nikmat Allah yang besar bagi manusia, dan itulah yang membezakan kita dengan haiwan. Sekiranya kita tidak menggunakannya dengan baik, alangkah malangnya, kerana darjat kita bahkan direndahkan lebih dari haiwan.

“Saya rasa menjadi gila lebih baik bagi kamu… Manusia berasa sengsara ketika akalnya masih lagi siuman bukan?” kata pengawal penjara yang berasa kasihan melihat penderitaan Qan.
Tetapi Qan membalas, “Bukankah akal itu satu nikmat dan anugerah Allah kepada manusia?

5- Orang-orang islam yang suka berpecah belah

“…adapun golongan yang berpegang teguh dengan agama tuan tak perlu bimbang. Kalau mereka membuat perancangan sekalipun mereka tidak mempunyai sebarang taktik kerana mereka tidak mengetahui secara jelas tentang komunis. Lagipun, orang islam suka berpecah-belah…. asyik bertelagah…
…Mereka bukan tidak tahu untuk bekerja secara berkelompok, tetapi mereka tidak meyakini keberkesanannya dan tidak menganggapnya sebagai suatu perkara yang penting. Kalaulah mereka tahu ini semua… …mampukah pihak komunis melakukan sesuatu ke atas mereka (umat islam) seperti yang berlaku sekarang?” ujar Qan kepada pengawal komunis yang memaksanya mengaku penglibatannya dalam kegiatan agama.

Bukankah Allah sudah berfirman dalam surah as-Shoff ayat 4;

(Wahai orang-orang yang beriman) Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang berperang di jalan-Nya dalam barisan (saf) yang lurus seolah-olah mereka merupakan satu bangunan yang kukuh.”

6- Penulis juga semestinya mahu menyedarkan kita tentang  kesusahan dan penindasan terhadap umat islam di negara-negara yang telah dijajah dan ditadbir oleh bukan islam. Sejauh manakah kepekaan kita terhadap penderitaan yang mereka alami? Apakah sumbangan kita kepada mereka?

مَثَلُ الْمُسْلِمِيْنَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ كَالْجَسَدِ الْوَاحِدِ إِذَا اِشْتَكَى مِنْهُ عَضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالْحُمَى

Perumpamaan orang-orang muslim beriman dalam hal saling mencintai, mengasihi dan menyayangi di antara mereka adalah ibarat satu tubuh; apabila satu bahagian merasa sakit, maka seluruh tubuh meresponnya dengan merasa demam.” (Riwayat Muslim)

“Pembaca yang budiman. Saya di antara salah seoarang wanita Muslimah yang kecewa kerana tidak menunaikan tanggungjwab saya terhadap saudara-saudara Islam di seluruh republik bangsa-bangsa Turki. Dari itu novel ini saya persembahkan sebagai tanda mengorak langkah di dalam usaha menunaikan tanggungjwab saya terhadap suadara-saudara Islam saya di sana sebagai seorang yang bergelar Muslimah.” – Emine Syenlikoglu

Salam dan Doa buat umat muslimin di bumi Palestina, Afghanistan, Pakistan, Chechnya, Kashmir, China dan di Malaysia juga.

Read Full Post »

BismiLLah…

… continued from previous post

MEDICINE

OSCE
(Physicians usually ask to comment at the end of the examination. They do not prefer running commentary like the surgeons do)

Station 1: Cardiology – Mitral Stenosis
(At this station, the examiner did not really ask questions, more to commenting on the findings)
Oh, please practice a lot for diastolic murmur, it would be quite tricky sometimes~~

Station 2: Respiratory – Pulmonary fibrosis?
“Patient came in with chronic cough and blood-stained sputum. Examine patient’s chest.”
“What’s your finding? DDx? Management?”
“What is HRCT? What is its importance compared to the conventional CT scan?”

Station 3: Hepatobiliary/Gastroenterology
Young girl with mild jaundice, prominent frontal ridge, and painless palpable liver.
– “DDx? What is the most likely diagnosis? What other features to support your diagnosis?”

Station 4: Neurology – end of 20’s gentelman, came in with weak lower limb. Examine his lower limbs.
Proximal myopathy, pseudohypertrophy of calf muscle.
Dx: Muscular Dystrophy (Probably Becker’s)

Station 5: Rheumatoid Arthritis, Scleroderma/systemic sclerosis
(Quite straight forward, remember the features, and just look for them! You’ll be fine! And don’t forget to be gentle!)

Long Case
Idiopathic Thrombocytopaenic Purpura (ITP) in elderly.

63-year-old lady, a diabetic, came in due to petechial rashes throughout the body.

First time, never had this problem previously.
Is on Cardiprin since 1 year ago after stroke. Never had any abnormal reaction to the medication. No recent change in medication.
No fever, no history suggestive of dengue fever.
No History suggestive of haematological malignancy. (CLL & CML in particular)
No History suggestive of SLE.
No previous / family history of bleeding disorder / tendency.
No history of liver disease.

Patient is comfortable. However unable to communicate well with people due to mild expressive and receptive dysphasia.
HR, RR and BP normal. 1 pint of platelet is being transfused.
Petechia + purpuric rash on neck, trunks, 4 limbs. Gum bleeds.
No other signs suggestive of dengue fever. No other features of SLE or haematological malignancy.
Neurological findings – Right-sided hemiparesis & hemisensory loss + Right-sided cranial nerve palsy, both due to upper motor neuron lesion as evidenced by…. (fill in the blanks 😛 ). Lesion at left side of the cerebral cortex supplied by anterior circulation.

“Dx? Other Dx to consider? Why they are less likely?”
“Do you think patient’s condition is drug-induced? Or could it be autoimmune cause?”
“What is Cardiprin?”
“If the patient has dengue fever, how would she present with?”
“How do you manage this patient, given that she came in with platelet = 0.”
“How do you manage patient with dengue fever? How it differs from management of ITP?”
“Would you transfuse platelet in patient with dengue fever?”
“What advice would you like to give to her?”

p/s: I was almost crying at the very beginning of the clerking session when the patient did not understand my questions other than “what is your name?” Luckily, the daughter was there to calm me down. She really was much of help throughout the clerking session. Thank you! And thanks to Allah 🙂

Read Full Post »

BismiLLah…

Some of the books I used during my clinical years in Penang

Alhamdulillah, finally I have graduated from college with a medical degree (MB BCh BaO) on July 4, 2010. Although I am no longer a college student and awarded a title ‘doctor’, I still AM a medical student – for life! There are still A WHOLE LOTs to STUDY, to LEARN and to EXPERIENCE until we really become a safe doctor. Yes, a SAFE doctor – does his best to deliver the best treatment and least harm – to reduce patient’s sufferings (bi-izniLLah).

It has been about 1 month or so since my graduation day and I am still ‘rest-ing’ at home while half of my colleagues have already started working as housemans (interns) in government specialist hospitals throughout the country. To know the challenges they face everyday – ward work, tagging, on calls, scoldings from MO/specialists/nurses/patients – really ‘push me down’. It’s not that we did not know the reality of ups & downs of HO-ship, but now I realised that it is REAL and it is coming over me!

And now, everyone started to miss their college life! But to return to college would never be a choice. Therefore, we just need to go on, with Allah’s helps, of course.

my weapons 😀

Ok juniors, let me share some of my memories of final year examination. Here goes;

SURGERY

OSCE

Station 1: “Examine her neck.”
– old lady, large solitary thyroid swelling, predominantly on the right side of the neck. (Continue with Prof PL’s proforma for lump & bumps). Trachea is deviated.
“What is the conclusion of your findings? What are your differentials?”
“What is Berry’s sign, and what it signifies?”
“How do you manage if it is positive?”

Station 2: “Examine the gastrointestinal system starting with general examination”
– mid-age gentleman, mild scleral icterus, tender RUQ, palpable vague mass on RUQ. (If patient is in pain and you find a mass, do not further palpate it and give your reason to the examiner. Remember, once the patient ‘ouch’, that’s it – FAIL!)
“What do you think the mass is?”
“Differentials?”

Station 3: “Examine the arterial system on his lower limbs”
– Likewise, just describe everything you ‘look, feel, move’. Do not forget to ask about pain before you do the Buerger’s test. Don’t do if patient is in pain, and give reason. Oh, please watch Prof KM’s video regarding PVD!
“Desctibe the location of the femoral vessels and nerve.”
“In ischaemic limb, does the pulse always not present?”

Long Case

Mid-age Chinese gentleman present with painless jaundice.
History of biliary-colic-like pain on RUQ on and off for 3 months. Loss of weight. No fever/other history suggestive of infective cause or chronic liver disease. Non-alcoholic. Scan done – gallstone.
Murphy’s sign negative. No palpable abdominal mass.
“Diagnosis and differentials. How do you manage this patient?”
“If ultrasound shows dilated intrahepatic ducts, but common bile duct and gallbladder are not dilated, where do you think the obstruction is?”
“What is the most common cause? What is most likely Dx for this patient?”

Viva

Station 1: Examine the swelling (Paraumbilical hernia)
– Note the location, reducibility, pain, origin (umbilical or paraumbilical), patient’s body habitus, other swelling elsewhere. (Look up Ramachandran’s Clinical OSCE book).
– Management: When do we do conservative treatment and Surgery?.
– Advise to patients
– Complications of umbilical/paraumbilical hernia

Station 2: Examine this patient’s leg (Diabetic foot ulcer with gangrene)
– Describe (according to proforma), then give 3 differentials
– “Do you think there is arterial component in his case?” (Please note if there’s guttering of the vein or not)

Read Full Post »

R0jaK Ramadhan~

BismiLLah…

UJIAN untuk mereka, PENGAJARAN untuk kita.

– Angin kencang di Jasin, menyebabkan 3 maut, kurang 20 cedera. Di PJ pula, bumbung flat tercabut.
– Seorang warga emas, diragut nyawanya dek kebakaran rumahnya di Ipoh.
– Banjir di Kedah. Tetapi tidak sehebat banjir yang melanda Pakistan. Lebih memburukkan keadaan, wabak taun (Cholera) pula melanda mangsa-mangsa banjir akibat air yang tercemar disebabkan banjir besar. Tidak sedikit yang menjadi mangsa, ratusan ribu manusia! Kasihan mereka. Semoga Allah meringankan beban mereka di akhirat kelak atas kesabaran mereka.
– Di China Barat, tanah runtuh meragut nyawa sekurang-kurangnya 1200 penduduk, menjadikan jumlah mangsa banjir dan tanah runtuh di seluruh negara yang maut atau hilang melebihi 2000 orang. Manakala jutaan penduduk lainnya terpaksa berpindah dari kampung halaman mereka ke tempat yang lebih selamat.

Dan Palestin…. dalam kehangatan Ramadhan, masih belum berhenti membenteng negara dan jiwa mereka dari penjajah laknatuLLah.
Teruskan membaca: Mini PavillionPalestinKini dan encik google untuk berita terkini, dan teruskan berdoa dan boikot.

Read Full Post »

Allahumma Ameen

BismiLLah…

A prayer by Syeikh Sa’ad ibn Sa’eed Al-Ghomidi

Allahumma Ameen. Allahumma Ameen. Allahumma Ameen

Read Full Post »

BismiLLah…

SELAMAT MENJALANI IBADAH DI BULAN RAMADHAN
& SELAMAT BERPUASA

Abu Hurairah r.a. berkata:

“Sesungguhnya Nabi s.a.w telah naik ke mimbar sambil berkata: ‘Amin! Amin! Amin!’ Seseorang telah bertanya: ‘Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau telah naik ke mimbar sambil mengucapkan amin sebanyak 3 kali. (Mengapa?)’ Jawab baginda: ‘Sesungguhnya Jibril a.s. telah datang kepadaku lalu berkata: ‘Sesiapa yang sempat mendapatkan bulan Ramadhan tetapi Allah tidak mengampunkan dosanya dia pasti akan dihumbankan ke neraka dan dijauhkan daripada Allah (pada hari kiamat). Dia perintahkan aku agar menyebut amin lalu aku mengucapkan amin.’ “ [Riwayat Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban, Hasan Sahih oleh Al-Albani]

Ibn Al-Jawzi rahimahuLLah berkata:

“Tidak ada tolok banding antara bulan Ramadhan dengan bulan-bulan yang lain. Kelebihan bulan ini tidak pernah diberikan kepada selain umat Muhammad solla ‘alayh sejak dulu hingga kini. Segala dosa yang dilakukan pada bulan ini pasti terampun. Setiap amal soleh yang dilakukan pasti diberi ganjaran. Golongan beriman pasti gembira berada di bulan ini. Manakala syaitan dijadikan sebagai sembahan (toghut) dirantai. Bahkan, segala bebanan dosa terhapus.”

Read Full Post »