Feeds:
Posts
Comments

Archive for July, 2008

Tag?

BismiLLah…

Kali pertama. Sepanjang penglibatan saya dalam dunia ‘blogging‘ sejak 5 tahun dulu, saya tak pernah di’tag’ atau menge’tag’ jauh sekali berharap di’tag’. Dan akhirnya… di’tag’ juga oleh Lyanna… huhu~

Well, takpe. Sekali-sekala… 🙂

Usrah lazat dan lemak berkrim

1- Berapa lama anda sertai usrah

Sebelum jawab, mahu komen. Soalan ni kurang jelas. Mahu tempoh masa saya sertai usrah atau bila saya mula-mula menyertai usrah? Sebabnya, kadang-kadang kalau orang yang usrahnya on-off, (seperti saya) bagaimana mahu kira tempoh masa?
Jawapan saya: Saya mula-mula berusrah semasa darjah 4 hingga tamat sekolah rendah. Di sekolah menengah, saya pernah hadir beberapa kali dan kemudian berhenti setelah diminta untuk menjadi naqibah.  Tapi semasa cuti sekolah, ada beberapa kali sesi usrah dengan usrah (keluarga) sendiri. Selepas tamat sekolah menengah, usrah diteruskan di tempat pengajian saya sehingga sekarang. Alhamdulillah.

2- Bagaimana anda sertai usrah

Persoalan lagi: Soalan ini bertanyakan kaifiyyah atau apa?
Sekolah Rendah: Usrah wajib untuk semua pelajar tahap 2 (darjah 4-6)
Sekolah Menengah: Diajak oleh kawan, dan emak (semasa cuti)
DQ: Wajib untuk semua pelajar
KMB: Wajib juga
UCD: Mengikut ‘arus’ dan mahu menyambung rantaian dakwah
PMC: seperti di atas

3- Kenapa anda sertai usrah

Erm. Macam redundant dengan soalan 2. Perlukah saya jawab lagi?
Sebenarnya saya tiada definite answer untuk soalan ini. Sebab-sebab saya sertai usrah pelbagai. Dahulu, semasa sekolah rendah, usrah adalah sebahagian daripada aktiviti ko-kurikulum dan dikelolakan oleh guru-guru. Dalam sesi ini, kami mula menghafaz dan mengamalkan al-Ma’thurat, dan kebetulan, naqibah kami adalah guru kegemaran saya, Mu’allimah Norledah (almarhamah). Dan buku yang dikupas: Maza Ya’ni bintima’ al-Islam. Saya suka cara kupasannya, tak mengantuk! (hehe~)

Di DQ, walaupun usrah wajib untuk semua, saya tak pernah berasa terpaksa, malah bersemangat untuk berusrah. Lebih-lebih lagi, naqibah kami merupakan ‘YDP-ah’ (Naib YDP persatuan pelajar) yang terkenal dengan keramahan, kepetahan dan semangatnya iaitu kak Ainaa. Dan di sini juga saya diperkenalkan dengan istilah sesi usrah = ‘sesi makan’. Dan makanan tu dibawa oleh naqibah kami. Menarik2… Selain tu, saya juga sertai usrah yang dikelolakan oleh zaujah Ustaz Nazri (saya lupa namanya!)

Di KMB, pada awalnya, saya gembira dapat meneruskan usrah di sini (walaupun naqibah kami sering meluahkan rasa inferior nya kepada saya). Namun, setelah dilantik menjadi Naqibah, mula rasa terpaksa. Mungkin kerana sukar untuk ‘get along‘ dengan rakan usrah yang lain. Dan mungkin juga saya kurang berusaha untuk menarik minat mereka yang kebanyakannya baru pertama kali menghadiri usrah. Saya sangat kesal kerana sepanjang memikul tanggungkawab sebagai naqibah, saya seolah-olah hanya melepaskan batuk di tangga…

UCD. Tahun 1: Gembira menjadi ‘ahli’ usrah (walaupun telah dibuli oleh rakan2 lain supaya jadi ketua usrah). Naqibah kami: Kak Huda dan Kak Ain yang banyak membantu meningkatkan thaqafah – tak kira dari segi ilmu dakwah mahupun perubatan. Sesi usrah menjadi medan perbincangan, medan perkongsian, medan tidur, dan medan makan! Hasilnya, ukhuwah antara kami masih utuh hingga ke hari ini. Dalam masa yang sama, saya juga mengikut usrah yang dikelolakan oleh kak Wan Aisyah… yang juga lemak berkrim =) p.s. Terima kasih kak ain, kak aisyah dan kak huda.
Tahun 2-3: ‘Dipaksa’ untuk menjadi naqibah. Rasa cuak, bimbang, gentar yang me-rojak di dalam hati. Tapi saya sedar, rantaian dakwah ini perlu disambung agar tidak putus di jalanan. Maka tidak dapat tidak, harus saya pikul beban dakwah ini. Dan saya percaya, Allah tidak memberatkan hamba-Nya melebihi kemampuannya. Pastinya, ini menjadi batu loncatan kepada saya agar sentiasa bermuhasabah dan memperbaiki diri di samping menyediakan diri dengan ilmu-ilmu untuk dikongsikan bersama adik-adik dan kawan-kawan… Tanpa lupa untuk membuka ruang di minda agar mudah menerima perkongsian daripada sahabat lain =)

4- 3 Perasaan setelah menyertai usrah

Alhamdulillah, seronok (seperti di atas)
alhamdulillah, gembira melihat adik-adik dan rakan usrah turut menjadi sebahagian rantaian untuk ‘mengikat’ generasi seterusnya…
Astaghfirullah, takut dan bimbang jika salah dan silap dalam menyampaikan.

5- 5 perkara yang dapat daripada menyertai usrah

Ilmu, kawan/kakak/adik baru yang jadi kawan baik, kenangan, jalan-jalan, dan makan!
Opss.. nak tambah lagi: bunga ros & nasi briyani Medina dari adik-adik di Dublin.

6- Perlu tag 5 orang

Sape nak di’tag’? angkat tangan? Maka saya buat-buat nampak:
My Cousin ARK
Nurainee
Siti Sa’adah
Kak Ida Alex
RaihanFarhanah

Read Full Post »

Cinta Agung

BismiLLah…

Al-Hubb al-‘Azhim… Kecintaan yang Maha Hebat, Maha Besar!! Sesungguhnya tiada cinta yang Agung selain Cinta Allah!

Bagaimana untuk memiliki cinta Allah? Pastinya dengan mencari Redha-Nya. Dan bagaimana untuk memiliki Redha Allah? Tidak lain dan tidak bukan, harus kita menjadi hamba-Nya! (bukankah kita sememangnya hamba Allah?) Yang dimaksudkan di sini adalah hamba yang hampir dan taat kepada Tuannya… bagaimana pula yang dikatakan hampir dan taat itu?

Allah Most High says:

“He who is hostile to a friend of Mine I declare war against. My slave approaches Me with nothing more beloved to Me than what I have made obligatory upon him, and My slave keeps drawing nearer to Me with voluntary works until I love him. And when I love him, I am his hearing with which he hears, his sight with which he sees, his hand with which he seizes, and his foot with which he walks. If he asks me, I will surely give to him, and if he seeks refuge in Me, I will surely protect him” (Fath al-Bari, 11.340–41, hadith 6502)

Jalan untuk mendapat Kecintaan Allah

1- Tilawah al-Quran

اقرؤوا القرآن فإنه يأتي يوم القيامة شفيعاً لأصحابه

Abu Umamah r.a. reported: I heard the messenger s.a.w saying, “Read the Quran, for it will come as an intercessor to its reciters on the Day of Resurrection.” [Sahih Muslim]

Hadith tersebut menunjukkan kelebihan membaca Al-Quran dan mengamalkannya. Yang dimaksudkan dengan syafa’at adalah, Al-Quran akan berkata-kata pada hari Qiyamat dan akan meminta kepada Allah agar mengampunkan dosa-dosa pembacanya yang mengamalkan isi kandungannya. Allah akan menerima permintaan tersebut.

Di dalam hadith lain, baginda bersabda (yang bermaksud):

‘Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As r.a. reported: The Prophet s.a.w. said, “The one who was devoted to the Qur’an will be told on the day of resurrection: ‘Recite and ascend (in ranks) as you used to recite when you were in the world. Your rank will be at the last verse you recite.’ ” [Hassan Sahih – Abu Dawud and at-Tirmizi]

‘Naik’ (Ascend) yang dimaksudkan di dalam hadith di atas ialah dinaikkan tingkatannya di syurga Allah. Dan lebih banyak seseorang menghafaz al-Quran, maka lebih tinggilah kedudukannya di sisi Allah.

Banyak hadith-hadith lain serta ayat al-Quran yang menceritakan tentang kelebihan membaca dan menghafaz al-Quran.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatnya) gementarlah hati mereka dan apabila didatangkan kepada mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhan mereka berserah. [al-Anfaal: 2]

Di dalam hadith lain, baginda bersabda (yang bermaksud):

‘Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As r.a. reported: The Prophet s.a.w. said, “The one who was devoted to the Qur’an will be told on the day of resurrection: ‘Recite and ascend (in ranks) as you used to recite when you were in the world. Your rank will be at the last verse you recite.’ ” [Hasan Sahih – Abu Dawud and at-Tirmizi]

‘Naik’ (Ascend) yang dimaksudkan di dalam hadith di atas ialah dinaikkan tingkatannya di syurga Allah. Dan lebih banyak seseorang menghafaz al-Quran, maka lebih tinggilah kedudukannya di sisi Allah.

2- Tajarrud dan zuhud dengan urusan dunia

Tajarrud dari segi bahasa: mengosongkan, membersihkan, melepaskan, atau menanggalkan. Manakala dari segi istilah: membersihkan dan melepaskan diri dari segala ikatan selain dari ikatan Allah dan dari segala ‘celupan’ atau pengaruh selain Allah. Secara tidak langsung, ia bermaksud bebas dari semua kepentingan peribadi, dan ikhlas untuk mencapai keredhaan Allah semata. Pakaian tajarrud akan menutup pintu segala peyakit hati seperti riya’, takabbur, dan ‘ujub.

Tajarrud tidak dapat dipisahkan daripada sifat zuhud, yang bermaksud membebaskan diri daripada keterikatan dengan dunia. Orang yang hatinya tidak terbelenggu dengan urusan dunia disebut ‘Zahid‘. Namun, ini bukanlah bererti melarang diri daripada melakukan sesuatu yang dibenarkan oleh Allah seperti mengumpulkan harta, sebaliknya ia lebih kepada keyakinan kepada ketentuan Allah (tentang nasib dan rezeki) lebih daripada apa yang diusahakan dengan tangan sendiri.

 

Abu’ l-Abbas as-Sa’idi said : “A man came to the Prophet (saws) and said, ‘Oh Messenger of Allah! Guide me to such an action, that when I do it, Allah will love me and the people will love me.  He said, be detached from this world and then Allah will love you and do not be attracted to what people have and then the people will love you”. [Hasan, ibn Majah in kitab az-Zuhud  2/1373]

3- Qiyamu ul-Layl (bangun malam)

Hai orang yang berselimut! Bangunlah sembahyang tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat). Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu. Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran Dengan “Tartil.”[al-Muzzammil: 1-4]

Qiyamullayl hukumnya wajib bagi Nabi s.a.w. dan sunnat muakkad (yang sangat dituntut) bagi umat baginda. Di dalam ayat ini, Allah menerangkan perkataan sebahagian malam, iaitu bermaksud separuh atau lebih. Allah memberi pilihan waktu untuk menunaikan soat malam; sepertiga, seperdua dan dua pertiga malam. Adapun yang paling baik amalannya adalah tidur seperdua, qiyam sepertiga dan tidur seperenam malam yang baki. Dan ini adalah amalan nabi Daud a.s. dan juga amalan baginda s.a.w.

4- Bertafakkur tentang ayat (kebesaran) Allah

Allah berfirman di dalam surah Ali ‘Imran ayat 190-191:

Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orag-orang yang berakal;( Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau tidak menjadikan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.”

Dalam sebuah hadith daripada Ibn ‘Abbas r.a., diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah didatangi oleh orang-orang Quraysh agar baginda menunjukkan bukti/mukjizat atas kenabiannya dengan menjadikan Bukit Safa’ itu emas untuk mereka. Baginda berdoa kepada Allah, lalu Allah menurunkan ayat ini untuk mengajak mereka supaya memikirkan langit dan bumi tentang kejadiannya, hal-hal yang menakjubkan di alamnya, seperti bintang-bintang, bulan dan matahari serta peredarannya laut, gunung-gunung, pohon-pohon, buah-buahan, binatang-binatang, dan sebagainya. Memikirkan pergantian siang dan malam. mengikuti terbit dan terbenamnya matahari, siang lebih lama dari malam dan sebaliknya. Kerana semua itu menunjukkan kebesaran dan Kekuasaan Penciptanya bagi orang-orang yang berakal.

Di dalam hadith lain juga, baginda bersabda: “Alangkah rugi dan celakanya orang-orang yang membaca ini dan tidak memikir dan merenungkan kandungan artinya“.

Antara ciri-ciri bagi orang yang berakal apabila ia memperhatikan sesuatu, selalu memperoleh manfaat dan faedah. Maka apabila ia melihat dan mentadabbur alam ini, akan tergambar kebesaran Allah SWT,  seterusnya mengingati kebijaksanaan dan nikmat Allah kepadanya. Sabda Nabi saw: Fikirkan dan renungkanlah segala sesuatu yang mengenai makhluk Allah jangan sekali-kali kamu memikirkan dan merenungkan tentang zat dan hakikat Penciptanya, karena bagaimanapun juga kamu tidak akan sampai dan tidak akan dapat mencapai hakikat Zat Nya.

—–

Adaptasi dari: ‘Al-hubb al-‘azhim’ dalam ‘Ihfazhillaha yahfazhka’ (Jagalah Allah, Allah akan Menjagamu) oleh Dr. ‘Aidh Abdullah al-Qarny

Read Full Post »

BismiLLah…

Copied and pasted from Ustaz Nik Abduh’s blog.

Adakah Rajab bulan Allah?

Benarkah bulan Rajab adalah bulan Allah sebagaimana didendangkan di dalam ceramah dan khutbah Jumaat oleh sesetengah pendakwah bahawa ianya dinukilkan daripada hadis nabawy yang berbunyi, ” Rajab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadhan bulan umatku.”? Apakah hukum meriwayatkan dan menyebarkan hadis yang tidak benar daripada ar Rasul sallaLlahu alaihi wasallam?

Asy Syeikh Dr Yusuf al Qaradhawi menjawab:

Tiada satu pun nas berkenaan bulan Rajab kecuali yang menjelaskan kemuliaannya sebagai salah satu daripada 4 bulan yang haram ( al asyhur ul hurum ) sebagaimana di dalam Al Quran ( at Taubah: 36 ) iaitu Rajab, Zulqaedah, Zulhijjah dan Muharram. Bulan – bulan haram adalah penuh kelebihan.

Tiada satu pun Tihadis yang sahih warid daripada RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam yang menyatakan kelebihan bulan Rajab secara khusus kecuali satu hadis yang hasan: Bahawa RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam paling banyak berpuasa di bulan Syaaban. Lalu baginda ditanya mengenainya. Baginda menjawab, ” Ia ( Syaaban )adalah bulan di antara Rajab dan Ramadhan yang dilalaikan oleh manusia ( kelebihannya ).”

Maka, difahami daripada sabda itu bahawa bulan Rajab mengandungi kelebihan yang telah jelas diingati berbanding Syaaban.

Adapun hadis, ” Rajab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadhan bulan ummatku.”, maka ia  adalah satu hadis yang munkar ( tak dikenali )dan dhoif jiddan ( terlalu lemah ), bahkan kebanyakan ulama hadis menyifatkannya sebagai sebuah hadis maudhu’ ( palsu ).

Tiada harganya daripada sudut ilmiah mahupun ugama.

Demikianlah segala hadis yang diriwayatkan berkaitan bulan Rajab bahawa sesiapa yang solat sekian maka untuknya sekian dan siapa beristighfar ( di bulan Rajab ) sekali maka untuknya sekian, maka itu semua adalah melampau – lampau dan pembohongan ke atas ar Rasul.

Antara tanda nyatanya pendustaan dalam hadis – hadis tersebut ialah wujudnya perihal kelebihan atau ancaman azab yang melampaui batas. Para ulama berkata, sesungguhnya janji manis dengan pahala yang besar atas amalan baik yang kecil dan janji buruk dengan azab yang pedih atas amalan dosa yang kecil adalah antara tanda bahawa ianya adalah hadis yang dusta dan palsu.

Ini sebagaimana dendangan periwayatan palsu bahawa baginda bersabda, “Sesuap yang dimasukkan ke dalam perut orang yang lapar adalah lebih baik daripada membina seribu buah masjid.”

Hadis – hadis yang diriwayatkan mengenai kelebihan bulan Rajab adalah daripada kategori ini. Adalah menjadi kewajiban ulama untuk menyedari kepalsuan hadis – hadis sebegini dan mengingatkan manusia daripadanya.

Telah warid ( datang ) daripada baginda, ” Barang siapa yang meriwayatkan satu hadis yang dia tahu kebohongannya, maka dia termasuk daripada kalangan yang berbohong juga.”

Tetapi biasanya seseorang itu tidak tahu bahawa dia sedang meriwayatkan hadis yang palsu. Justeru adalah menjadi kewajibannya untuk tahu dan mengambil hadis – hadis daripada sumbernya yang betul.

Di sana terdapat kitab – kitab hadis yang muktamad ( dipegang ) dan terdapat kitab – kitab yang khusus menyatakan mengenai hadis – hadis yang lemah dan palsu seperti‘al Maqasid al Hasanah’ oleh as Sakhawi, ‘Tamyiz al Thayyib min al Khabith lima yaduru ‘ala alsinati an nas min al hadith’ oleh Ibn ad Diba’, ‘Kasyf al khafa wa al ilbas..’ oleh al ‘Ajluni dan banyak lagi yang sayugia diketahui oleh para khatib dan penceramah ugama.

Mereka mesti menekuninya sehingga tidak lagi meriwayatkan kecuali hadis – hadis yang dipercayai kesahihannya. Hadis – hadis palsu ini sebenarnya adalah antara penyakit yang meracuni thaqafah Islamiah kita umat Islam. Ia tersebar melalui lidah para penceramah, buku – buku dan cakapan awam sedangkan ia adalah dusta dan anasir perosak dalam agama kita.

Adalah sayugia kita menyucikan dan menjernihkan thaqafah Islamiah kita daripda hadis – hadis jenis ini.

Terjemahan dari laman http://www.qaradawi.net

Komentar:

Telah datang bulan Rajab yang mulia. Menggandakan ibadah di bulan ini adalah digalakkan. Kelebihannya adalah kerana ia termasuk daripada 4 bulan yang haram ( dimuliakan Allah ) sebagaimana disebut di dalam Al Quran. Ia mulia sejak terciptanya langit dan bumi lagi.

Ibadah puasa di bulan ini adalah digalakkan. Ia menjadi muqaddimah kepada sambutan kedatangan Ramadhan al Mubarak. Ia menjadikan kita lebih bersedia untuk menyambut juadah pahala dan rahmat pengampuan  tuhan yang lebih besar di bulan tersebut.

Berpuasalah pada hari – hari terpilih seperti Isnin dan khamis dan teruskan sehingga Ramadhan. Tambahkan bacaan Al Quran dan ibadah – ibadah lain. Insya Allah, keselesaan akan lebih terasa di bulan Ramadhan nanti.

Di negara kita, penyebaran hadis – hadis yang palsu dan dusta masih banyak berlaku termasuk hadis – hadis berkaitan kelebihan Rajab. Ia mungkin tanpa disedari disebabkan kejahilan dan kurangnya pendedahan pengajian ilmu hadis di kalangan penceramah ugama. Apapun, ia tetap satu kesalahan besar jika dipandang ringan. Asy Syeikh al Qaradhawi memberi peringatan yang jelas akan bahaya ini dan mencadangkan penyelesaiannya. Justeru setiap kita mesti ambil cakna terutama para ilmuan ugama.

Ayuh, bersegeralah melakukan ketaatan dan kebajikan di bulan mulia ini. Hayatilah juga peristiwa al isra’ wa al mi’raj.

Read Full Post »

BismiLLah…

Antara si celik dan rabun,  pencopet dan penyamun, poket pak menteri dan perut rakyat, subsidi dan insentif, keuntungan dan inflasi, fakta dan isu peribadi…

Sape yang belum berkesempatan menonton debat, sila lah tonton.

Semasa menonton rancangan ini di Astro Awani tempoh hari beserta dengan analisisnya, saya tersengih-sengih, dan kadangkala tertawa sendiri. Laksana si gila. Barangkali terkena tempias si gila dari kaca TV. Sedang ayah (pekerja Petronas) dan pakcik saya (pesara Petronas) sibuk memeriksa data-data yang dikemukakan oleh Pak Menteri… palsu lebih dari yang benar…

Read Full Post »