Feeds:
Posts
Comments

Archive for March, 2008

Tak mahu kalah…

Bismillah…

Di celah-celah kesibukan menelaah untuk peperiksaan, masih mencuri-curi masa untuk membuat perkara-perkara lain… (Well, lagi nak exam, lagi besar keinginan untuk membuat ini dan itu…)

Kala ini sebenarnya sedang berusaha menghadam segala nota untuk MCQ bagi modul Physical Examination dan History Taking. Belajar online, tak lari dari turut me’loginYahoo Messenger. Dan agak memeranjatkan, (juga sedikit ‘teruja’), apabila melihat ini dalam Yahoo Insider:

iklan

Tersengih. Gelak sedikit. Rupa-rupanya mereka juga tak mahu kalah. Mungkin juga terasa terancam dengan kempen online pembangkang yang besar-besaran. Dan mata saya tertancap pada perkataan “Paid Political Advertisement“; tertanya-tanya, berapa banyak wang rakyat yang digunakan untuk membiayai iklan online?

(Geleng kepala)

Tak mengapalah. Saya juga mahu mengiklankan… liputan al-Jazeera mengenai perkembangan pilihan raya Malaysia. Selamat menonton. Dan saya harus mengubah fokus saya sementara waktu kepada nota-nota yang bertimbun.

Read Full Post »