Feeds:
Posts
Comments

Archive for March, 2012

Read Full Post »

انا العبد

Read Full Post »

BismiLLah…

Alhamdulillah, saya telah tamat ‘tagging‘ untuk posting ke-5 saya di NICU. (Neonatal intensive care unit). Dan pagi sabtu lalu, saya dikhabarkan dengan kelahiran anak kedua sahabat saya. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Saya sangat gembira. Mungkin bagi orang lain, kelahiran merupakan satu proses yang biasa, tapi bagi saya, ia merupakan satu keajaiban Allah yang cukup besar. Barangkali ada yang hairan, saya yang berada di aliran perubatan berfikir demikian. Setiap hari berhadapan dengan 1001 pesakit, membuatkan saya insaf dan bersyukur atas segala kurniaan-Nya dari sekecil-kecil nikmat.

Kisah di NICU dan IVF

Baby of Ms X, 3rd triplet born via ELLSCS at 29 weeks. Conception via IVF

Saya merenung bayi sekecil 2 telapak tangan saya. Pernafasannya masih bergantung kepada ‘ventilator’ akibat paru-paru yang tidak matang (chronic lungs disease / bronchopulmunory dysplasia) meskipun ubat untuk mematangkan paru-paru sudah diberikan. Kasihan anak ini. Tetapi lebih derita kedua ibu bapanya. Mereka berikhtiar dengan IVF (In-vitro fertilization / kaedah persenyawaan beradas) demi mendapatkan seorang cahaya mata. Bukan mudah, bukan murah. Saya terfikir, kalau tak berduit, bagaimana ya? Wahai, bagi wanita yang mudah hamil dan mudah pula bersalin, tunduk dan sujudlah kepada TuhanMu!

Dan IVF itu berjaya, si ibu disahkan mengandung kembar tiga. (Kehamilan melalui kaedah ini mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk menghasilkan janin kembar) Dan kehamilan kembar kebiasaannya mempunyai risiko-risiko tersendiri kepada ibu dan juga bayi. Dan risiko terbesar adalah melahirkan bayi dalam keadaan pra-matang (sebelum 37 minggu). Dan bayi pra-matang juga mempunyai komplikasi-komplikasi yang tersendiri. Semakin awal kelahiran (sangat pra-matang), semakin tinggi risiko untuk mengalami komplikasi.

Ubun-ubun bayi itu saya usap. Duhai anak, lekas-lekas sembuh, kasihan ibu-bapa mu, bersusah payah untuk mendapatkanmu. Dan setelah kau lahir, mereka masih diuji dengan keadaanmu yang kritikal ini. Semoga kau membesar menjadi anak yang soleh, jambatan untuk menyampaikan hidayah Allah kepada kedua ibu bapamu. Ya, bayi ini anak kepada pasangan suami-isteri bukan islam. Tetapi anak ini masih fitrah. Saya tidak tahu bagaimana harus saya mendoakan anak ini.

اِذْهَبِ البَأْسَ رَبَّ النَّاسِ وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَاءً إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَماً
Jauhkanlah dia dari kesakitan, wahai Tuhan sekalian manusia, sembuhkanlah dia, dan engkaulah maha penyembuh yang tidak akan datang kesembuhan kecuali datang dariMu, kesembuhan dari jenis yang tidak akan kembali penyakitnya” [Riwayat Muslim]

ربِّ اجْعَلنِي مُقِيمَ الصَّلاةِ وّمِنْ ذُرِّيَّتِي رَبَّنّا وَتَقَبَّلْ دُعَاء (40) رَبَّنَا اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَلِلمُؤمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الحِسَاب (41
“My Lord, make me an establisher of prayer, and [many] from my descendants. Our Lord, and accept my supplication. Our Lord, forgive me and my parents and the believers the Day the account is established. [Ibrahim: 40-41]


Kisah seorang sahabat & Premature ovarian failure

Mak, kawan kakak F dah pregnant!” Saya mengkhabarkan kepada ibu saya berkenaan teman sekuliah saya dulu. Excited.
Dah kahwin, biasalah tu pregnant. Apa yang nak dihairankan?” Saya terdiam. Tapi saya tak tahu kenapa, sejak dulu, setiap kali saya mendapat khabar bahawa teman saya hamil, pasti saya ingin kongsikan kegembiraan itu. Kehamilan bukan sekadar rutin bagi seorang isteri/ibu, tetapi satu anugerah. Mungkin bagi wanita yang mudah conceive, ia melihatnya sebagai rutin. Tetapi bagi yang perlu berusaha lebih untuk hamil, hanya Allah yang lebih mengetahui kegembiraan si ibu dan bapa bayi tersebut.

Dan bayi hasil IVF di atas mengingatkan saya kepada sahabat yang baru melahirkan anak Sabtu lalu. Bagi saya ia merupakan satu keajaiban yang besar. Beberapa bulan sebelum pernikahannya, doktor mendiagnosa bahawa dia menghidap ‘premature ovarian failure‘ iaitu kemerosotan atau kegagalan fungsi ovari (organ yang menghasilkan telur/ovum) sebelum umur 40. Pesakit tersebut akan mengalami simptom-simptom menopaus sebelum umur 40; haid yang tidak teratur dan jarang-jarang. Dan sebahagian besar pesakit tidak akan mampu hamil melainkan dengan rawatan kesuburan (fertility treatment) dan assisted conception seperti Intrauterine insemination dan IVF. Dan bagi kami di aliran perubatan, ia merupakan satu keajaiban jika wanita tersebut mampu hamil tanpa assisted conception. Dan subhanaLLah, ini adalah kelahiran anaknya yang kedua!
* SubhanaLlah, Maha Suci Allah. Semua di dunia ini di bawah kekuasaan dan pengetahuan-Nya, dan kekadang ketentuan-Nya melebihi kemampuan pancaindera manusia untuk berfikir tentangnya.

Saya mengenali sahabat saya ini sebagai seorang yang teguh keyakinannya kepada Allah. Apabila dia berusaha, dia bersungguh-sungguh, apabila dia bertawakkal, dia menyerahkan seluruh urusan terebut kepada Allah dengan keyakinan yang tidak berbelah bahagi.

أنا عند ظن عبدي بي ، وأنا معه إذا ذكرني ، فإن ذكرني في نفسه ذكرته في نفسي ، وإن ذكرني في ملإ ذكرته في ملإ خير منهم ، وإن تقرب إلي بشبر تقربت إليه ذراعا ، وإن تقرب إلي ذراعا تقربت إليه باعا ، وإن أتاني يمشي أتيته هرولة
Allah the Most High says, ‘I am with my slave when he thinks of Me and I am with him when he mentions Me. For if he mentions Me to himself, I mention him to Myself; and if he mentions Me in a gathering, I mention him in superior gathering. If he approaches Me by a hand’s width, I approach him by an arm’s length, I approach him by two arms length. And if he comes to me walking, I hasten to him swiftly.
‘” [Al-Bukhari 8/171, Muslim 4/2061]

Ya, Allah berada pada sangkaan KITA hambaNya.

Saya yakin saya akan mengandung, sebab saya dah berdoa kepada Allah.”

Kalau dulu-dulu, saya rasa ayat ni satu ayat yang ‘inncocent’, biasanya keluar dari bibir anak-anak kecil yang masih dalam keadaan fitrah. Tapi hari ini saya sedar, betapa orang dewasa (saya), bila bertambah ilmu tentang dunia, semakin banyak bergantung kepada perkara keduniaan dan meminggirkan perhantungan kepada Allah. Dan ayat se‘innocent’ itu hanya mampu lahir dari jiwa yang benar-benar menyerah diri kepada Allah, di waktu susah dan senang.

Duhai sahabat, aku tak pernah berhenti mengagumimu sejak aku mula mengenalimu. Semoga Allah merahmatimu, putera dan puterimu serta ahli keluargamu, juga semoga rahmat Allah itu melimpahi teman-teman di sekelilingmu (termasukku).

Read Full Post »