Feeds:
Posts
Comments

Archive for April, 2006

Journey to Al-Andalus I

Bismillah…

March 13, 2006

Alhamdulillah, kami selamat tiba di lapangan terbang Antarabangsa Madrid lebih kurang 6.35ptg. Ala-ala KLIA gitu. Masih ada bau ‘kedai’, barangkali baru sebulan 2 airport ni siap. Sejak kami board on the flight, hinggalah ke dalam Metro (underground train), mata-mata manusia tak henti-henti memandang. (wah… belum apa2 dh jadi bintang popular free… =P) Kerana wajah yg kelihatan asing atau kerana sehelai kain yg tersemat indah di kepala? Wallahu A’lam. Abaikan… hehe.

Di Madrid, kami bermalam di Hostal Las Murallas, in the heart of Madrid. Hostel nya agak kecil, tapi cukup selesa. Ditambah lagi dgn layanan baik oleh empunya hostel. MasyaAllah! Walaupun dia x mampu bertutur dan memahami bahasa inggeris, tetap cuba memberi sbyk mungkin informasi ttg tpt2 berhampiran. If anyone of you ask about the accommodation, i would recommend this hostel. You won’t regret!

Initially, i felt lost. ntah. dlm hati: “boleh survive ke ni? mcm mana nk cari bus station n train station pagi2 buta esok? sampai ke tak?” Saya mmg betul2 rasa down, and… ntah. susah nk digambarkan perasaan aku kala tu. Begitu sukar nak berkomunikasi dgn org2 di sini. begitu sedikit yg mampu bertutur dlm bahasa inggeris. Diharapkan, Sekurang2nya, empunya hostel ni boleh membantu… kalau terpaksa bercakap dlm bahasa arab pn saya sanggup untuk usahakan… tapi.. wuwu~

Alhamdulillah, makcik empunya hostel tu call anak perempuannya yg agak fasih berbahasa inggeris… lantas semangat kembali memuncak… Rasa seperti tak sabar menanti esok!!

March 13, 2006

Awal pagi lagi kami bertolak ke Toledo. Perjalanan mengambil masa kira-kira 1 jam menaiki renfe (speed train: 8 Euro per trip, 13 Euros for return ticket). Ma sha’-Allah! Indah sungguh ciptaanNya… Terpesona melihat keindahan bumi yg suatu ketika dulu merupakan kebanggaan Islam… (ya, sungguh menyedihkan, Toledo adalah negeri pertama yg ditawan oleh puak Kristian drp pemerintahan bani Umayyah.)

Kami mula melangkah menjejaki tempat2 tinggalan sejarah. Bemula dgn Alcazar de Toledo (Toledo Fortress) which was built during the Roman periods. It was then rebuilt by Alfonso VI and Alfonso X during renaissance time. But now: The army headquarters or Military museum of Toledo. Malangnya, muzium ini ditutup untuk kerja2 pembaikian… (wuwu~ seriously, penat mendaki bukit!)

*BTW, Alcazar derived form the arabic word ‘al-qasr‘ which means castle.

Next destination: Mezquita (er.. lupe namanya…). It’s quite difficult to find the location on the map, apatah lagi in the real life! We were often lead to other places before we arrive there. Tersesat ke cathedral, plaza ntah mana2… alhamdulillah, akhirnya sampai… Unfortunately, again, the mezquita is closed! Hampa. Kami meneruskan perjalanan… Finding the next mezquita: Mezquita del Cristo de la Luz. Sekali lagi, kami hampir tersesat… naik turun bukit.. akhirnya, berjumpa… kedai kebab HALAL!!

kedai kebab halal

hehe~ tiba2 rasa excited… ade kedai halal kat sini? Nk jumpe Muslim pn susah.. huhu~
At first we were hesitate to enter the shop, tapi tgk gambar makkah, ayat2 al-Quran tergantung di dinding, kami masuk juga… Tapi peniaganya? “Ganasnya??” (istilah saya utk rugged)
Mungkin kerana kurang yakin dgn penampilan peniaganya, terlepas soalan dr mulut sahabat saya, Hannah.

Are you Muslim?” huhu~ bukan shj peniaga tu, saya pn terkejut dgn soalan yg tak diduga.
Alhamdulillah, Muslim.”
“Can you speak English?”
“Er…”

Alamak, bagaimana mahu membeli? Perkataan di dalam menu tidak mampu difahami walau satu patah. Susah juga begini. Tak tahu ape yg harus di’order’. Akhirnya, terluncur dr mulut saya, “Speak arabic?“.
Yes!
“‘Ammiyya am Fus-ha?
Fus-ha.
Lega. Lantas saya minta dia membacakan menu dalam bahasa arab dan seterusnya memesan makanan… (sukar untuk mempercayai, setelah beberapa lama tidak bertutur dlm bahasa Quran, alhamdulillah, masih mampu utk bercakap, walaupun kurang fasih, and ada broken arabic…)

Kami teruskan perjalanan. Tiba di Iglesia de Santiago del Arrabal (Santiago del Arrabal Church). Tersasar lagi? Well, it is used to be a mosque, i guess, berdasarkan ciri2 reka bentuk, plus the tall minaret. then it is transformed to a church, and now, it is abandoned! baik pulangkan kat org Islam.. huhu~

mezquita del cristo de la luz

Setelah berpusing2 di sekitar kawasan tersebut, akhirnya kami ketemu juga dgn masjid yg kami cari2 sejak awal di dalam Kota Lama Toledo. Mezquita del Cristo de la Luz. (Entrance: 2.00 Euro, or 1.50 Euro with student card). Masjid yg cantik, dgn ukiran2 khat kufi yg menceritakan sejarah pembinaan masjid tersebut. After the conquest of Christians in Toledo, it became a church. huhu~ church lagi? Sungguh cantik dan unik binaannya. It has 9 domes, which each of them has different shapes and patterns. Taman yg cantik, dgn teknologi pengairan yg mungkin agak terkehadapan berbanding zaman awal pembinaannya. Dari perkarangan masjid tersebut, seluruh bandar Toledo dapat dilihat dengan jelas, terutamanya hospital  (bangunan paling tinggi dlm gambar di bawah) yang telah dibina sejak zaman pemerintahan Islam.

toledohosp

Setelah kami bersiar-siar di sekitar kota lama Toledo, kami menuju ke bandar moden Toledo. Walaupun dipenuhi dengan bangunan-bangunan moden, masih terdapat beberapa bangunan dan kubu tinggalan zaman Umayyah, termasuklah hospital, bangunan restoran dan rumah kedai. Sungguh, kagum dengan keindahan dan keunikan seni bina Islam.

Read Full Post »