Feeds:
Posts
Comments

Archive for February, 2010

Random~

BismiLLah…

I just want to escape~~

but unfortunately, I can’t.

…. And anyone who reverences GOD, He will create an exit for him. And will provide for him whence he never expected. Anyone who trusts in GOD, He suffices him. GOD’s commands are done. GOD has decreed for everything its fate. [Quran 65: 2-3]

Read Full Post »

Melayu di Penang~

BismiLLah…

Melayu Pulau Pinang di bawah pemerintahan BN (Gerakan) vs DAP. Benarkah nasib Melayu lebih buruk di bawah DAP? Antara “dengar-dengarnya…..” dan data statistik, yang mana lebih eviden pada mata kita? Terima kasih Jannah kerana mempromo video ini 🙂

Read Full Post »

Kepada-Nya kita kembali

BismiLLah…

InnaliLLahi Wa Inna Ilayhi Roji’oun.

Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepadaNya jua kita kembali. Saya menerima pesanan ringkas daripada bonda saya memberitakan kepulangan nenda saudara saya (nenek Atam) ke rahmatuLLah sekembalinya saya dari hospital malam tadi.

Terkedu. Kali terakhir saya bertemu nenda saya itu pada hari raya puasa yang lalu. Ketika itu beliau masih kelihatan sihat, walaupun sebelah kiri tubuhnya lemah akibat serangan angin ahmar 3 tahun lalu. Setiap kali bertemunya, pasti kami melihat tangisnya kerana teringatkan bonda-bonda saudara saya yang telah lebih dahulu meninggalkan kami. Dan semalam, gilirannya pula untuk kembali ke sisi Tuhan.

Kita bila pula?

Mati itu tidak mengenal usia

Kepada ahli keluarga nenda, semoga tabah, semoga redha dengan ketentuan Ilah.

We will surely test you through some fear, hunger, and loss of money, lives, and crops. Give good news to the steadfast [2: 155]

Generasi tua semakin ramai yang pergi (tidak sedikit daripada golongan generasi muda juga), meninggalkan kita yang masih bertatih mengenal dunia. Sunyi. Dan kadang-kala terasa hilang pedoman. Tidak yakin sama ada jiwa yang mentah ini mampu membimbing dunia sebaik generasi terdahulu. Tapi barangkali memang sudah tiba masanya untuk kita belajar menjadi dewasa, menggantikan tempat mereka untuk memikul tanggung jawab, dan seterusnya memberi tauladan kepada generasi akan datang. (Haha, apa aku merepek ni~ tapi sungguh, itu yang saya rasakan. Sudah tidak boleh bermanja-manjaan. Mahu tidak mahu, kita perlu menjadi dewasa!)

====

Oh, ya, berkebetulan saya jumpa entry ini. Kita, menjadi kanak-kanak terlalu lama. Semoga ia menjadi pemangkin semangat untuk kita menjadi DEWASA! Selamat ‘membesar’!!!

Read Full Post »

Ortho OSCE

BismiLLah…

Alhamdulillah, the orthopaedic OSCE went well although I screwed up at the first station. (Of course, the exams always went well, but the students like me who always screwed them up!)

We had 2 stations for Orthopaedic and this exam has 20% contribution to the clinical part of BCh (Bachelor of Surgery). The Other 30% comes from Final Surgical OSCE in May and 50% from Surgical Long Case in June. We only have 5 minutes in each station.

Actually, the first station was EASY and SIMPLE. But for some reason, I could not perform the best. (Macam biasalah, gelabah macam apa… isk! The surgeon even asked me whether I was ok~)

Question 1: “The patient came in with complaint of pain on the right knee. Please examine the knee.”
Significant findings: Medial joint line tenderness and Positive Anterior drawer test and Lachman’s test. Impression/Diagnosis: Medial Meniscal tear and Anterior Cruciate Ligament tear of the right knee.

Question 2: “Examine the right hand of this patient.”
My Answer:

Me: There’s fixed-flexion deformity ….
Mr AC: How do you know that it’s a fixed-flexion?
Me: Ah, I mean, there’s flexion deformity of the DIP on the 4th digit.
Mr AC: ok, go on.
Me: There’s marked wasting of dorsal interossei muscles and wasting of hypothenar muscles. But no scar, swelling or sinus on the right hand.
Mr AC: How many dorsal interossei muscles are there?
Me: Er… (Counting the muscles on my hand) Four? Uh! No, Seven.
Mr AC: Good. What’s your impression?
Me: Ulnar nerve injury of the right hand.
Mr AC: Please convince me that it’s an ulnar injury.
Me: Em, he has positive Froment’s sign.
Mr AC: What do you mean by that?
Me: He used his right Flexor Pollicis Longus instead of right adductor pollicis muscle to hold the paper against resistance.
Mr AC: What else?
Me: Weak adduction and abduction of the phalanges.
Mr AC: Some more?
Me: Em…
Mr AC: How about the sensory?
Me: The sensory is intact. No discrepancy of the sensation on both hands.
Mr AC: So, what is…. (The bell rang!). You may go now.

Was quite disappointed because I did not get the chance to give my provisional diagnosis – Low ulnar lesion of the right hand.

BUT still, Alhamdulillah ‘ala kulli haal.

Read Full Post »

Kisah Keju

BismiLLah…

Beberapa minggu ini terasa terlebih keju. Makaroni bakar berkeju, pizza berkeju…  dan menonton video keju! Ini videonya:

Who Moved My Cheese

Semoga keju-keju ini meningkatkan motivasi diri!

Read Full Post »

Pre-OSCE

BismiLLah…

Esok saya akan menghadapi peperiksaan OSCE Orthopaedic (Segala yang berkaitan dengan tulang-belulang) selama 10 minit di Hospital. Seperti biasa, giliran saya adalah yang terakhir. Redha. Dan semoga Allah permudahkan urusan kami semua dan menentukan yang terbaik untuk kami. Ameen.

Walaupun esok periksa, saya tetap ingin menukilkan sesuatu. Kononnya penghilang rasa gemuruh sebelum peperiksaan.

Semalam, kami berkejaran ke hospital, kolej, kemudian ke hospital semula. Kelas berturut-turut, tiada masa senggang. Tak mengapa, nama pun penuntut ilmu. Alhamdulillah Allah beri kekuatan.

Mahu dijadikan cerita, selepas memasuki selekoh menuju ke hospital, sahabat saya cuba memarkir kereta di sebelah kiri jalan, beberapa meter daripada selekoh tadi. Sahabat saya telah menyalakan lampu kuning, tanda mahu membelok ke kiri, tapi barangkali kereta di belakang menyangkakan kami mahu memasuki simpang hospital beberapa meter di hadapan. Kereta tersebut yang agak laju berhenti mengejut dan.. “Bum!” Kereta di belakang kami ter-dilanggar oleh kereta di belakangnya. Sekilas, kami terlihat beberapa orang menunjuk-nunjuk ke arah kereta yang kami naiki. Sahabat saya terasa bersalah. Dan saya memujuknya, bukan salah kami, kerana sahabat saya telah menyalakan signal ke kiri.

Iya, pada mata kami, kami tidak bersalah kerana kami telah melakukan apa yang sepatutnya. Namun, pada mata beberapa orang sekeliling, kami bersalah kerana secara tidak langsung kami adalah punca kepada perlanggaran dua buah kereta di belakang kami. Iya, mungkin agak kurang sesuai memarkir kereta dekat dengan selekoh, lebih-lebih lagi jika kereta-kereta bergerak dengan kelajuan sederhana. Tapi di sisi lain, mungkin kemalangan itu boleh dielakkan jika kereta bergerak perlahan, sesuai dengan keadaan jalan yang sempit dan sibuk.

Mungkin bagi pembaca kisah ini tiada signifikasi, tapi bagi saya sendiri, ia memberikan pengajaran yang sangat berguna. Kedua-dua pihak (kami dan kereta di belakang) menyumbang kepada kemalangan tersebut, walaupun masing-masing merasakan mereka berada di pihak yang benar. Jadi, usah menyalahkan sesiapa kerana masing-masing membuat kesilapan. Kadang-kadang kita yakin dengan tindakan kita itu benar, tetapi tidak pada pandangan orang lain, kerana tiada gambaran yang jelas tentang apa yang berlaku (mungkin orang lain tak nampak kami dah beri signal), dan mungkin juga kerana sistem nilai yang berbeza.

Apapun, dalam membuat apa-apa keputusan, kita harus jelas akan asas pegangan kita, dan peka dengan pegangan orang lain di sekeliling kita. Jangan lekas menuding jari kepada sesiapa, sebaliknya cuba untuk memahami situasi semasa dan berlapang dada seadanya. Komunikasi yang baik amat perlu untuk mencapai persefahaman antara dua pihak agar tiada yang berdendam dan bermusuhan.

Oh, sekarang saya tak dapat nafikan dakwaan sahabat baik saya bahawa pemikiran saya kadangkala agak kompleks. Iya, mungkin saya memang mempunyai personaliti begitu.

Read Full Post »

Allah, grant us patience

BismiLLah…

I felt like my heart was stabbed with a blunt, dirty knife hundreds times. It was so painful that I could not endure without HIS help and guidance.

I should not put the blame on anyone, because I know, different people would have different values, hence their views on certain things. And regarding this matter, I surrender it to ALLAH. He is the all-knower, and The Best Judge of all. He Knows what’s inside His servants’ hearts more than we do.

O Allah, Grant us Patience and steadfastness, and Do not let us to be deviated by the whispers of Shaytan.

Read Full Post »

Older Posts »