Feeds:
Posts
Comments

Archive for March, 2009

BismiLLah…

Pernah sahabat saya bertanya, mengapa kelahiran itu keadaannya tidak menyenangkan? Saya diam. Pernah juga saya terfikir perkara yang sama selepas menonton beberapa episod kelahiran di hospital bersalin di sini.

Seketika saya teringat kepada kenyataan Professor saya dari Dublin berkenaan susu ibu. “Western women did not breast feed their babies because it was perceived as an act of animals. We are trying to change that perception.

Benarkah manusia lebih mulia daripada mereka?

Antara manusia dan haiwan

Dahulu pernah ustazah saya ajarkan, manusia ini dipanggil الحيوان النَّاطِق (Al-hayawaan-un-Naathiq) yang bermaksud haiwan yang boleh bercakap. Selain bentuk fizikal, kebanyakan tabi’at manusia dan haiwan memang banyak persamaan. Cuma yang membezakan kita manusia dengan haiwan adalah, kita mampu bercakap dan kita punya otak untuk berfikir dan mengawal segala tindak-tanduk kita. Bukankah Allah telah nyatakan di dalam kitab-Nya, bahkan manusia itu lebih buruk daripada haiwan seandainya mereka tidak menggunakan segala pancaindera mereka dengan baik? Dan jika diteliti ayat-ayat di dalam al-Quran, banyak ayat yang diakhiri dengan pertanyaan, “Mengapakah kamu tidak berfikir?” Ini menunjukkan, akal fikiran yang Allah kurniakan untuk kita yang membezakan kita dengan haiwan dan dengan orang-orang yang tidak beriman. Sekiranya mereka menggunakan akal dengan baik, nescaya mereka akan menemui jalan menuju hidayah Allah s.w.t.

We have committed to Hell multitudes of jinns and humans. They have minds with which they do not understand, eyes with which they do not see, and ears with which they do not hear. They are like animals; no, they are far worse – they are totally unaware. [al-A’raaf: 179]

Manusia yang terlalu mengejar keduniaan (kekayaan, pangkat/kuasa, wanita dsb) tanpa menggunakan ilmu atau akal fikiran (dan juga sandaran iman) hingga terlupa bahawa mereka sebenarnya berpijak di muka bumi Tuhan; mereka inilah yang akhirnya merendahkan martabat mereka sebagai sebaik-baik makhluk di dunia. Kerana mereka bertindak tidak kurang bezanya daripada tabi’at haiwan; berkejaran dan bercakaran demi merebut makanan, kuasa dan pasangan.

Antara manusia dengan manusia

Berkenaan soalan yang sahabat saya ajukan sebelum ini, agak sukar untuk saya fikirkan jawapannya. Sebagai seorang Muslim yang waras, saya yakin, setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Orang yang waras tidak akan semata-mata menerima-pakai teori generasi spontan yang diperkenalkan oleh ‘ulama‘ (baca: saintis) barat. Cuma, dibimbangi jika persoalan-persoalan yang timbul, jika tidak diimbangi dengan neraca iman, akan menyebabkan kita mempertikaikan hukum alam (baca: hukum Tuhan). Wa li ya na’uzubiLLah.

Antara hikmah yang dapat saya lihat (menggunakan pancaindera yang Allah kurniakan ini) adalah, agar manusia tidak lupa asal kejadian mereka. Agar manusia tidak bongkak dengan kehidupan dunia mereka. Agar mereka melihat diri mereka dan orang lain dengan pandangan yang sama rata.

Kejadian manusia (dan juga haiwan mamalia) terhasil daripada persenyawaan sperma dan ovum, yang membentuk zigot, dan seterusnya embryo. Apabila bentuk dan struktur fizikal telah sempurna dan matang untuk hidup di luar rahim, bayi akan dilahirkan melalui faraj ibu, bersama-sama air ketuban (yang berasal dari air kencing bayi semasa di dalam kandungan, dan mungkin bercampur tahi) dan darah. Oh ya, semasa di dalam kandungan, KITA semua telah menelan air ketuban tersebut, dan itu merupakan fisiologi yang normal.

Sebetulnya, sehingga kalian melihat proses tersebut, sukar untuk dibayangkan apa sebenarnya yang berlaku walaupun saya menceritakan semuanya di sini. Seperti mana kami, kalian juga tidak menyangka proses kelahiran itu begini dan begitu jika hanya mendengar-dengar cerita tanpa melihat. Ada sahabat saya yang hampir muntah dan pitam melihat proses kelahiran buat kali pertama walaupun telah diceritakan beberapa kali keadaan di dewan bersalin sebelum ini.

Jangan sombong!

Nah, KITA semua pernah berada di dalam situasi ini lama dulu, ketika kita dilahirkan oleh ibu kita. Mungkin ia menjijikkan bagi sesetengah orang, tapi inilah realitinya. Kita SEMUA lahir dalam keadaan jijik itu. Tetapi kita lupa. Sebab itu kita berani mendabik dada, berjalan dengan angkuh di atas bumi Tuhan.

“You shall not treat the people with arrogance, nor shall you roam the earth proudly. GOD does not like the arrogant showoffs. [Luqman: 18]

Walk humbly and lower your voice – the ugliest voice is the donkey’s voice.” [Luqman: 19]

Agar kita ingat;

إنَّ أكْرَمَكُم عِندَ اللهِ أتْقَاكُم

Sesungguhnya semulia-mulia di kalangan kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa.

Advertisements

Read Full Post »

BismiLLah…

Alhamdulillah, hari ini tamat sebahagian peperiksaan subjek Perbidanan dan Sakit Puan (Obstetrics & Gynaecology). Sebahagian lagi menanti kami semasa peperiksaan akhir bulan Oktober nanti. Maka bermula hari Isnin akan datang, saya akan memulakan posting baru: Jabatan Kanak-kanak (Paediatric Department)

Dua bulan kami berada dalam posting O&G (macam lama kan? Tapi sebenarnya 8 minggu itu sangat pendek!) cukup untuk membuatkan saya jatuh cinta kepada wanita. Maafkan saya jika bunyinya agak janggal. Tapi memang begitu maksud saya, kerana wanita cukup istimewa. (Di hospital hanya ada wad sakit puan, tiada wad sakit tuan =P)

Women's Territory

Dahulu, semasa kecil, saya selalu tertanya-tanya, kenapa ada klinik ibu dan kanak-kanak? Apa beza klinik tersebut dengan klinik biasa? Kenapa tiada klinik ‘bapa’ dan kanak-kanak? Kata emak, ‘klinik ini pesakitnya hanya perempuan dan kanak-kanak.’ Oh? Pada waktu itu saya faham, mungkin kerana wanita ini banyak ‘aurat’nya yang perlu dijaga, maka sangat bagus jika diasingkan lelaki dan perempuan. Lelaki tidak perlu klinik khusus, sebab lelaki ‘aurat’nya sedikit.

Pada pemerhatian saya sepanjang di hospital bersalin, lelaki (selain doktor) tidak dibenarkan masuk ke wad selain waktu melawat. Pernah seorang lelaki Arab mahu menemani isterinya di wad, lalu dimarahi oleh sister (ketua jururawat). Tetapi barangkali kerana ‘tidak faham bahasa’ (iyalah, bahasa melayu dan bahasa arab kan berbeza) dia berdegil buat tidak tahu dan tetap duduk di sisi katil isterinya. Kalau bukan memikirkan saya hanya seorang pelajar, mungkin saya tanpa segan silu ‘menghambatnya’ keluar. [Kesimpulannya, kefahaman saya semasa kecil tentang konsep klinik ibu dan kanak-kanak itu ada asasnya… hehe].

Trauma

Pertama kali kami menyaksikan kelahiran bayi, masing-masing tergamam, menahan rasa. Saya masih ingat, bagaimana doktor H.O. (house officer) mentertawakan kami. Ketika itu bermacam-macam perkara bermain-main dalam minda saya. Kecamuk. Mungkin kerana terkejut.

Ada doktor yang bertanya saya, “So, do you want to get pregnant?” (Agaknya doktor ini juga pernah ditanya soalan yang sama semasa posting O&G yang pertama. Jadi dia memulangkan ‘paku buah keras’ kepada kami.) Emak juga pernah bertanya soalan yang sama kepada saya. Saja mahu menyakat. Mak, saya masih belum ada jawapannya. Boleh tangguh?

Sebelum ini, kita hanya melihat hanya kegembiraan di atas perkahwinan dan kelahiran cahaya mata. Kita (yang tidak pernah ke dewan bersalin) pasti tidak pernah terbayangkan bagaimana bayi-bayi yang kita cubit-cubit pipinya itu keluar dari rahim ibunya untuk dilahirkan ke dunia. Tidak, kelahiran seorang bayi tidak semudah itu!

Sayangi, hargai dan taati

Orang selalu kata, jika sudah lama berkahwin, tetapi masih belum dapat anak, belum adalah rezekinya. Dan jika cepat dapat anak, lekaslah rezekinya. Benarlah. Cuma semasa kecil dulu, lain yang saya faham. Saya ingat, nikah itu ‘magic word’. Kemudian, ‘magic’ juga, Allah kata ada anak, maka ibunya akan tiba-tiba mengandung. Jika tidak, tak mengandung lah. Rupa-rupanya, nak ada anak bukan semudah ‘magic’ itu.

Saya pernah bertanya adik kecil saya, macam mana adik keluar dari perut mak, tak ada lubang pun. Kata adik, “ala, potong la perut, buat lubang. Lepas tu keluarlah!” (Katanya dia menonton Medik TV)

bayi comel ini bukanlah tiba-tiba wujud

Proses kelahiran tidaklah semudah apa yang saya dan adik saya pernah gambarkan itu. Bagi yang mudah mengandung, tiada komplikasi dan lancar pula kelahirannya, tahniah. Dan banyakkanlah syukur kerana Allah mempermudahkan jalan kalian. Tidak sedikit yang mengalami kesukaran untuk mendapatkan anak. Pernah saya menemu-bual seorang pesakit yang menghidapi endometriosis, yang menyebabkan kemandulan (sementara). Selama 7 tahun, penyakit tersebut datang dan pergi, dan bukan sedikit pengorbanan mereka untuk mengembalikan kesuburan demi mendapatkan seorang anak.

Mudah untuk mengandung tidak bermakna mudah untuk melahirkan. Dalam jangka masa 40 minggu, bermacam-macam perkara boleh berlaku. Bagai meletakkan nyawa di hujung tanduk, begitu besar pengorbanan seorang ibu yang sudi mengandungkan kita! Risiko untuk mendapat penyakit sepeti anaemia (kurang darah), diabetes (kencing manis), darah tinggi, sawan (eclamptic seizure), sakit jantung, pendarahan dan bermacam-macam lagi yang akhirnya boleh membawa kepada kematian. Bayangkan pula jika si ibu memang sudah menghidapi penyakit tersebut sebelum mengandung? Bahkan risikonya lebih besar.

40 minggu yang bebas daripada sebarang komplikasi, tidak menjamin kelancaran kelahiran anak. Seperti pesakit saya yang tiada komplikasi semasa mengandung, dan kelahiran juga dikatakan lancar, tiba-tiba bayinya disahkan mati (stillbirth) sebaik sahaja ia dilahirkan!

Salah satu mekanisme bayi lemas dalam kandungan

Kelahiran; bukan semudah ungkapan ‘keluar daripara rahim ibu’. Ia adalah kemuncak kepada 40 minggu ‘mengendong’ bayi ke sana ke mari. Proses yang ‘bunyinya’ pendek itu boleh menjangkau masa hampir sehari. Ya, sehari si ibu berada dalam keadaan kritikal. Sedangkan kelahiran yang hanya makan beberapa jam saja boleh meragut nyawa si ibu. Bayi lemas dan risiko perlu dibedah (pembedahan juga ada risikonya sendiri). Jika kelahiran biasa, (melalui faraj), risiko rahim pecah, faraj koyak/rosak, lemah jantung (heart failure), sawan dan sebagainya. And again, although the baby has been safely delivered, there is still a risk of “bleed to death!” Oh ya, kerana seketul uri juga si bayi boleh menjadi yatim!

Gerun, bukan? Jika anda di tempat saya, apa jawapan anda untuk soalan yang diajukan di atas?

Bukanlah niat saya untuk membantutkan niat sesiapa yang mahu memiliki seorang cahaya mata. Bukan niat saya juga agar anda menghalang sesiapa untuk mendapatkan anak. Sekadar berkongsi kisah, agar kita semua sedar, kita pernah meletakkan ibu bapa kita dalam situasi yang kritikal. Tapi alhamdulillah, mereka boleh menarik nafas lega melihat kita membesar dengan sihat, mampu untuk berfikir dan belajar dengan baik… (ya, mampu untuk membaca tulisan saya yang mungkin tidak menyenangkan ini). Ya, agar kita bersyukur kepada Tuhan, dengan menghargai pengorbanan ibu bapa yang bukan sedikit.

Maka, jangan sekali-kali kita biarkan mereka melalui saat-saat kritikal lagi melihat sikap kita yang tidak mengenang budi mereka, yang tidak bersyukur atas nikmat Allah yang mengizinkan kita untuk menghirup udara dunia (yang fana’).

Your Lord has decreed that you shall not worship except Him, and your parents shall be honored. As long as one or both of them live, you shall never say to them, “Uff” (the slightest gesture of annoyance), nor shall you shout at them; you shall treat them amicably.

arabicAnd lower for them the wings of humility, and kindness, and say, “My Lord, have mercy on them, for they have raised me from infancy.”

=====

p/s: Mak and ayah, thank you!

Read Full Post »

BismiLLah…

Inviting you to the upcoming event held by PMC Islamic Society:

maulidurrasul

p/s: Next event on 11 April 2009 @ 15 Rabi’ul Akhir – on Fiqh Medicine. Don’t miss it!

Read Full Post »

Semangat Yang Hilang (XPDC)

Tidak engkau seorang
Juang hingga titisan
Rempuh tak berharapan

Nanti aku di sana
Di ufuk pemikiran
Lalu menghayatinya

Kita laksanakan
Mata hati yang damai
Di sana kejujuran

Semarak impian segunung harap dipulang
Usahlah diragukan keupayaan sendiri
Hati yang membara mengikutkan kata-kata
Jawapannya di sini
Semangat kita yang hilang
Oh kita cari pulang

Malu bertanya kawan
Sesat cari jalan pulang
Biar ia berkesan
Di lubuk hati terbenam

Read Full Post »

Apple of My Eye

BismiLLah…

Minggu ini minggu ke-6 posting kami di Jabatan Perbidanan dan Sakit Puan. Serasa seperti begitu sebati dengan jiwa. Manakan tidak, belajar tentang wanita juga bermakna belajar tentang diri sendiri. Seronok juga menjadi obsess dengan kaum sendiri. Oh, don’t misunderstand me. I’m genotypically, phenotypically and ‘mentally’ XX.

Namun belakangan ini, jiwa saya menjadi sebak dan resah melihat pesakit yang mengandung anak luar nikah, dan yang dimasukkan ke hospital untuk siasatan lanjut selepas diperkosa. Ada juga yang meminta perlindungan hospital daripada ‘perbuatan’ saudara sendiri. Saya bukan tidak tahu hakikat bekerja dalam bidang ini pasti akan menemukan saya dengan kes-kes sebegini, cuma saya masih belum bersedia untuk berhadapan dengan semua ini. Kadang-kadang saya merasakan musibah yang menimpa mereka lebih meruntun jiwa saya berbanding dengan pesakit yang menghidap barah. Mungkin saya silap, dan masih mentah dalam menilai, tapi itulah yang bermain-main di jiwa saya. Hilang maruah, hilang segala-galanya. Kasihan!

Sebetulnya, bukanlah semua kes yang dilaporkan itu benar-benar genuine. Ada yang benar-benar menjadi mangsa. Ada juga yang ‘memangsakan’ diri sendiri. Ada yang pernah menjadi mangsa, tetapi merelakan diri pada ajakan seterusnya. Dan tidak kurang juga yang mengaku diperkosa semata-mata untuk menutup malu apabila terlanjur sebelum berkahwin dan dimasukkan ke hospital kerana komplikasi mengandung.

Kata teman saya, dunia ini sudah di akhir zaman!

Professor kami menggalakkan kami untuk berbual-bual dengan pesakit sebegini dan mengumpul maklumat latar belakang sosial mereka. Katanya, seorang doktor bukan saja mengurus luaran pesakit, malah perlu memainkan peranan sebagai kaunselor untuk mengurusi emosi pesakit yang barangkali terganggu akibat penyakit yang dihadapinya. Ya, kerja ini tidak mudah. Kami pernah cuba-cuba untuk bercakap dengan pesakit-pesakit ini. Tapi kadang-kadang bahasa yang digunakan terasa ‘sumbang’. Bimbang tersalah cakap, akhirnya menamatkan perbualan.

Kes-kes ini mengingatkan saya pada sebuah karya Patrick Redmond bertajuk ‘Apple of My Eye’ yang saya beli semasa Winter sale di Manchester. Kisah yang membuatkan saya sedih dan marah.

Susan, sekitar 7-8 tahun,  di’perguna’kan oleh bapa tirinya -seorang bekas paderi yang disegani dan dihormati- selama beberapa tahun. Ibu kandungnya yang mengetahui hal tersebut tidak menghalang, malah, menyalahkan anaknya apabila suaminya mula marah-marah. Susan tidak pernah mengetahui bahawa apa yang dilakukan oleh bapa tirinya itu merupakan satu salah laku sehinggalah dia meningkat remaja. Implikasinya, dia tidak berasa malu untuk menerima ‘ajakan’ lelaki.Dan daripada seorang anak yang berjiwa lembut, Susan berubah menjadi gadis yang memberontak akibat konflik yang pelbagai dan begitu berat untuk ditanggung oleh seorang anak kecil yang masih belum mampu menilai baik dan buruk!

Berbekalkan dendam, akhirnya Susan membunuh bapa tirinya untuk menyelamatkan anak jirannya yang berumur 5 tahun yang dianggap seperti adiknya sendiri daripada perangkap bapa tirinya.


Ya Allah, dengan sifat pengasihMu, lindungi kami daripada segala perbuatan jahat manusia, jin dan syaitan yang terkutuk. Amin.

Read Full Post »

Doubled –

BismiLLah…

Sekadar mahu berkongsi kegembiraan atas kecemerlangan mereka…

KOTA BHARU, 12 Mac (Hrkh) – Pelajar Maahad Muhammadi Perempuan, Nik Nor Madihah Nik Mohamad Kamal, 18 mendapat 20A (19A1, 1A2) dipercayai pelajar terbaik SPM 2008 peringkat kebangsaan.

Anak nelayan dari Kampunug Sabak, Pengkalan Chepa menerima slip keputusan tersebut daripada anggota Exco kerajaan negeri, Ustaz Mohd Amar Abdullah di sekolah tersebut hari ini. Dengan keputusan itu Nik Nur Madihah juga meraih pelajar paling cemerlang di Kelantan dalam peperiksaan terbabit.

Seorang lagi pelajar, Nor Farah Aisyah Nazim, 18 memperolehi keputusan 17A. Baca selanjutnya.

====

Seriously, a 20-A’s; a double of my SPM result 6 years back! (Quoting Dr. Bala’s word: She must have such a huge grey matter!)

Read Full Post »

BismiLLah…

Bullied by 2 naughty girls; Munirah & Sa’adah to answer 10 diffiult short-answered questions which I can’t find the answer in any book. Luckily my brain is still functioning to generate answers for half Obs & Gynae-related question. So, here goes my answers:

1. How old are you?
–> Not too old, but not so young. (oh, how old is old, and how young is young?)

2. Are you single?
–> A haploid.

3. At what age do you think you’ll get married?
–> Like the old says: “Bile dah sampai jodohnya..”

4. Do you think you’ll be marrying the person you are with now?
–> Tell me, can I marry an XX?

5. If not, who do you want to marry?
–>A person genotypically and phenotypically XY.

6. Who will be your bridesmaid & bestman?
–> We don’t need a ‘Z’

7. Do you want a garden/beach or traditional wedding?
–> Garden/beach is too far away, and a traditional wedding costs a lot.

8. Where do you plan to go on honeymoon?
–> Under the Sun.

9. How many guests do you think you’ll invite?
–> I like Muni’s answer: “As many as I know. If the food x enuff, we do potluck, kay.”

10. Will that include your exes?
–> I understand it as ‘X’s. (XX or XXY or whoever with an ‘X’ ). So my answer is yes.

11. How many layers of cake do you want?
–> How many layers does a ‘Kek Lapis Sarawak’ have? I’ll count next time.

12. When do you want to get married, morning or evening?
–> Which one do you mean? The reception or the nikah?

13. Name the song/tune you’d like to play at your wedding.
–> I don’t play any. The radio will.

14. Do you prefer fine dining or just normal spoon & fork n knife?
–> I prefer right metacarpi and phalanges.

15. Champagne or red wine?
–> ever heard this hadeeth?

ابْنَ عَبَّاسٍ ‏ ‏يَقُولُ ‏
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏يَقُولُ أَتَانِي ‏ ‏جِبْرِيلُ ‏ ‏فَقَالَ يَا ‏ ‏مُحَمَّدُ ‏ ‏إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ قَدْ لَعَنَ الْخَمْرَ وَعَاصِرَهَا وَمُعْتَصِرَهَا وَشَارِبَهَا وَحَامِلَهَا وَالْمَحْمُولَةَ إِلَيْهِ وَبَائِعَهَا وَمُبْتَاعَهَا وَسَاقِيَهَا وَمُسْتَقِيَهَا ‏

Ibn ‘Abbas berkata; aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Jibril telah datang kepadaku lalu berkata – “Ya Muhammad, sesungguhnya Allah ‘azza wa Jalla melaknat khamr (arak), pemerahnya dan pengilang perahan, peminumnya, pembawanya dan yang dibawa kepadanya, penjual dan pembelinya,  pemberi minum dan yang meminta minum dengannya. [Musnad Ahmad] Read more.

16. Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
–> A houseman works 24/7. So, I choose day 8 of any week in calendar.

17. Money or household items?
–> Books, books and books. And a telescope.

18. How many kids would you like to have?
–> Oh, I think the consultant of Obstetrics & Gynaecology Department will know this better. I’ll go consult them after class tomorrow.

19. Will you record your honeymoon in DVD/CD?
–> I think our four hippocampi are more than enough 🙂

20. Whose wedding plan would you like to know ?
–> Maybe i should just wait for the invitation cards…

Read Full Post »

Older Posts »