Feeds:
Posts
Comments

Archive for June, 2012

BismiLLah…

Oh, dan saya perlu selalu mengingatkan diri saya tentang ini:

Pesanan untuk Penuntut perubatan

oleh Shaykh Dr Yusri Rusydi Sayed Jabr – A Vascular surgeon as well as a syeikh in Egypt (Muhaddith)
di Dataran Hayyu ‘Asyir, Kaherah. 7 April 2011

1. Adalah perlu bagi penuntut ilmu perubatan belajar dengan penuh tanggungjawab sehingga dia menjadi pakar dalam bidangnya. Ketika ayahku meninggal ketika aku masih belum tamat pengajian perubatan, aku terfikir untuk keluar bekerja dan mengumpul duit. Syaitan sentiasa mendorong berbuat demikian namun aku mengambil keputusan untut tetap meneruskan pengajian walaupun dalam keadaan payah.

Imam Syafie berkata:” Jika kamu meninggalkan seorang guru ketika belum sampai masanya, maka Allah akan haramkan kebaikan padamu. Menuntut ilmu memerlukan masa yang panjang dan kecerdikan (zakiyy)”.

2. Seorang doktor Muslim perlu menguasai ilmu qawaid fiqhiyyah dan qawaid tibbiyah. Perlu juga menguasai maqasid syari’yyah iaitu menjaga akal, harta, agama, jiwa dan nasab. Contohnya dalam masalah percampuran nasab seperti bank sperma, ini dilakukan oleh mereka yang jahil dan tak beriman kepada Allah. Tak patut bagi seorang doktor Muslim melakukan demikian kerana kita adalah kaum yang dimuliakan Allah dengan Islam.

3. Seorang guru kamu yang mahir dalam ilmu perubatan umpama syeikh kamu dalam agama. Bersungguh-sungguhlah menuntut ilmu daripadanya.

4. Doktor Muslim perlu menguasai sepenuhnya ilmu perubatan. Jika dia mengambil keputusan untuk membedah seorang pesakit, padahal ada cara lain yang lebih baik untuk merawat pesakit tersebut, tetapi tidak diketahui oleh doktor tersebut lantaran kurang ilmunya, maka dia akan disoal di hadapan Allah di akhirat nanti. Doktor perlu tahu sejauh mana keperluan untuk melakukan pembedahan atau tidak, terutama kepada pesakit yang datang yang minta dibedah untuk mengubah ciptaan Allah. (pembedahan plastik untuk tujuan kecantikan). Doktor Muslim tersebut perlu mengetahui hukum dan menasihati pesakit tersebut dengan baik.

5. Doktor Muslim perlu menghormati manusia sebagai ciptaan Allah. Sebenarnya, kebanyakan ilmu perubatan yang dipelajari hari ini diambil dari fahaman Barat yang menganggap manusia umpama sekeping daging yang tak berguna, bukan makhluq Allah yang perlu dihormati. Kita perlu perbetulkan kembali fahaman yang salah ini. Hubungan dengan pesakit adalah hubungan kasih sayang dan rahmah dengan makhluq Allah, bukan merawat dengan tujuan untuk membuat uji kaji atau bereksperimen. Anggaplah pesakit umpama diri kita sendiri yang perlu ditolong, pasti kita akan memberikan rawatan yang terbaik.

6. Doktor Muslim perlu arif dengan perkembangan terkini dan semasa ilmu perubatan, kerana ilmu ini berkembang dengan pesat, serta kaitkannya dengan hukum agama.

7. Doktor wajib menjaga rahsia dan aurat pesakit, dilarang berdua-duaan dengan pesakit yang berlainan jantina. Buka aurat untuk pemeriksaan sekadar perlu @ darurat @ jika tak dapat dielakkan sahaja.

8. Pastikan doktor Muslim ini berbeza dengan doktor bukan Islam. Kamu bukan dijadikan untuk dunia, tetapi kamu dijadikan untuk akhirat. Rezeki sudah ditentukan Allah, itqan (bersungguh-sungguh) dalam pekerjaanmu itulah yang dituntut. Hikam Ibhu A’thaillah menyebut: kamu sibuk dengan perkara yang telah ditentukan (rezeki), dan menjauhkan diri dari perkara yang dituntut (bersungguh-sungguh) adalah dalil Allah mencabut pandangan baik dari jiwa kamu.

9. Saidina Ali menyebut: ” Kedudukan seseorang adalah pada apa yang dia kuasai, bukan apa yang dia miliki. Apa yang mampu kita beri pada orang lain itu lebih baik daripada apa yang kita miliki”.

10. Penting bagi seorang doktor Muslim terlibat dengan misi kemanusiaan. Aku pernah bertanya kepada Dr. Abdul Qadir Qutb, seorang pakar pembedahan tentang bagaimana untuk menjadi hebat dalam bidang ini? Beliau menjawab: Mahu tak mahu, kamu perlu terlibat dalam misi peperangan, maka kamu akan mendapat pengalaman umpama kamu terlibat dalam ilmu perubatan selama 20 tahun.

11. Ketika terpilih untuk misi kemanusiaan di sempadan Afghanistan, aku sempat merawat 150 orang pesakit. Seorang doctor Afghanistan merasa kagum lantaran banyak pembedahan yang aku lakukan berjaya. Beliau bertanya apakah rahsianya dan aku menjawab; Aku bukan membuatnya dengan tangan, tetapi aku membuatnya dengan hati.

12. Pesanan untuk pelajar perubatan; tuntutlah ilmu untuk mencari redha Allah, bukan tujuan untuk dipandang manusia. Ilmu perubatan adalah ilmu yang bermanfaat untuk manusia. Tanda menuntut ilmu kerana Allah: panjang masanya, bersungguh-sungguh, rendah diri kepada sahabat2 dan pesakit, hormati guru yang mengajar kita. Kekallah dengan apa yang telah ditentukan Allah, itu adalah tanda wali Allah.

~Manusia adalah ciptaan Allah yang agung, jadi persediaan untuk merawat makhluq Allah ini perlulah hebat.

*credit to (Dr) Lyanna Yahya.

===

Pesanan untuk diri sendiri: Sila rajin dan bersungguh-sungguh!

Read Full Post »

BismiLLah…

Untuk ke sekian kalinya, saya ditegur kerana tidak mengemaskinikan blog. Mak pun sudah pesan, tak boleh berhenti, walau sibuk mana pun. Mungkin, belakangan ini saya gagal menguruskan masa dengan baik. Urusan walimah adik perempuan saya, urusan peperiksaan di tempat kerja, urusan penjadualan HO di wad, urusan peribadi yang lainnya… Oh, banyak alasan. Walimah dah berlalu, peperiksaan dah lulus, dan jawatan kerja tambahan sebagai ketua pengurus HO di wad sudah diberikan kepada orang lain. Tapi masih gagal menulis. Mungkin kerana semakin kurang berfikir, semakin kurang membaca (walaupun buku berak-rak terbeli sampai dah roboh, tapi tak sampai separuh yang dah dibaca). Usrah juga sudah beberapa kali tertinggal. Oh, kalau zaman kampus dulu pasti sudah diberi amaran: Futur! +_+

…sambungan kepada tulisan saya yang separuh jalan dan terbengkalai sejak 2 bulan lepas…

—————————————————–

“…This Angel is commanded to write Four decrees: that he writes down his provision (rizq), his life span, his deeds, and whether he will be among the wretched or the blessed…” (potongan hadith ke-4 dalam Hadith 40 an-Nawawi)

Allah mengetahui segala sesuatu dengan ilmu-Nya yang azali.

Saya masih ingat, Shaykh Riad mengatakan sifat al-Qadir dan al-Muqtadir Allah berkait dengan sifat Allah al-‘Alim. Allah Maha mengetahui segala keadaan makhluk-Nya yang berupa ketaatan, rezeki mahupun ajal. Dan pengetahuan Allah ini bersifat azali, sebelum pun qadar atau ketetapan Allah ini dituliskan di dalam ummul-KItaab yakni Luh Mahfuzh 50 ribu tahun sebelum diciptakan langit dan bumi. [Rujuk Sahih Muslim – hadith #6416]

“Do you not know that Allah knows what is in the heaven and earth? Indeed, that is in a Record (Luh Mahfuzh). Indeed that, for Allah , is easy.” [Al-Hajj: 70]

Verily, the first of what Allah created was the Pen, and He said to it: “Write.” The Pen said: “O my Lord, what shall I write” He said: “Write the decree and whatever will throughout eternity.” [recorded by Imam Ahmad through various routes of transmission. At-Tirmidhi also recorded it from a Hadith of Abu Dawud and he (At-Tirmidhi) said about it, ‘Hasan Sahih, Gharib.’]

Empat kalimah yang ditulis di peringkat janin

Malaikat diutuskan kepada janin untuk ditiupkan ruh selepas 40 hari, dan pada waktu itu juga dituliskan 4 perkara/ketentuan ke atas janin tersebut: Rezekinya, umurnya, amalnya dan sama ada dia termasuk dalam golongan yang bahagia atau celaka. (Rujuk Hadith ke-4 dalam Hadith 40 an-Nawawi)

Dan terdapat banyak hadith lain yang memperincikan setiap satu daripada 4 perkara tersebut. (Sahih Muslim, kitab al-Qadr)

‘Abdullah b. Mas’ud reported: Evil one is he who is evil in the womb of his mother and the good one is he who takes lesson from the (fate of) others. The narrator came to a person from amongst the Companion of Allah’s Me ssenger (may peace be upon him) who was called Hudhaifa b. Usaid Ghifari and said: How can a person be an evil one without (committing an evil) deed? Thereupon the person said to him: You are surprised at this, whereas I have heard Allah’s Messenger (may peace be upon him) as saving: When forty nights pass after the semen gets into the womb, Allah sends the angel and gives him the shape. Then he creates his sense of hearing, sense of sight, his skin, his flesh, his bones, and then says: My Lord, would he be male or female ? And your Lord decides as He desires and the angel then puts down that also and then says: My Lord, what about his age? And your Lord decides as He likes it and the angel puts it down. Then he says: My Lord, what about his livelihood? And then the Lord decides as He likes and the angel writes it down, and then the angel gets out with his scroll of destiny in his hand and nothing is added to it and nothing is subtracted from it.

Edward’s syndrome, Down’s syndrome and etc.

Kebetulan, atau memang Allah mahu saya belajar tentangnya, banyak pula syndromic babies/children yang dimasukkan ke wad kanak-kanak sejak akhir-akhir ni. Kalau masa student dulu, mungkin teruja bila dapat jumpa kes yang macam-macam. Membaca kurang nak masuk ke otak, melihat sendiri, lebih mudah ingat. Tapi dalam realiti pekerjaan, menjadi doktor bukan sekadar merawat penyakit, tetapi termasuk mengendalikan pesakit dan keluarganya sebagai seorang individu. Iya, orang putih kata holistic approach.

Dan hadith ini, sedikit sebanyak menyentuh hati saya:

Abu Tufail reported: I visited Abu Sariha Hudhaifa b. Usaid al-Ghifari who said: I listened with these two ears of mine Allahs Messenger (may peace be upon him) as saying: The semen stays in the womb for forty nights, then the angel, gives it a shape. Zubair said: I think that he said: One who fashions that and decides whether he would be male or female. Then he (the angel) says: Would his limbs be full or imperfect? And then the Lord makes thein full and perfect or otherwise as He desires. Then he says: My Lord, what about his livelihood, and his death and what about his disposition? And then the Lord decides about his misfortune and fortune.

Benarlah Allah telah menentukan semuanya ke atas manusia. Kadang-kadang manusia terlupa bahawa pengetahuan kita sangat terbatas, tak terjangkau pengetahuan Allah ‘azza wa Jalla. Berada dalam bidang sains ini, kita hanya melihat setiap proses yang berlaku itu hanyalah sekadar proses yang spontan – disebabkan kecacatan ‘gene’ dsb, walhal setiap satu daripadanya tidak terlepas daripada pengawasan Allah. Kerap kali saya melihat ibu-bapa mempersoalkan, mengapa anak mereka begitu dan begini, masing-masing mencari punca, hatta ada yang menyalahkan satu sama lain hingga berlaku perceraian. Semoga Allah jauhkan.

Namun banyak juga yang saya pelajari daripada ketabahan dan kesabaran ibu bapa yang anak mereka tidak sempurna. Saya percaya, sabar dan redha itu hanya mampu terbentuk apabila tawakkal dan pergantungan mereka kepada Allah sentiasa subur. Duhai ibu-ibu, semoga Tuhan merahmati-Mu dan menggantikan yang lebih baik untukmu disebabkan kesabaranmu!

…I swear by Allah – there is no God but He – one of you may perform the deeds of the people of Paradise till there is naught but an arm’s length between him and it, when that which has been written will outstrip him so that he performs the deeds of the people of the Hell Fire; one of you may perform the deeds of the people of the Hell Fire, till there is naught but an arm’s length between him and it, when that which has been written will overtake him so that he performs the deeds of the people of Paradise and enters therein.” (potongan hadith ke-4 dalam Hadith 40 an-Nawawi)

… Dan di hujung usia…

Tidak ada sesuatu jiwa yang dilahirkan melainkan Allah telah menulis tempatnya di dalam syurga atau neraka. Telah ditulis juga sama ada ia akan celaka atau bahagia. Lalu seorang lelaki bertanya, “Wahai Rasulullah, kenapa kita tidak berserah kepada kitab (taqdir) kita dan meninggalkan amal?” Baginda bersabda, “Beramallah, kerana setiap orang dipermudahkan untuk melakukan apa yang diciptakan untuknya. Golongan bahagia dipermudahkan untuk melakukan amalan orang bahagia, manakala golongan celaka dipermudahkan untuk melakukan amalan golongan celaka,” lalu baginda membaca ayat:

As for he who gives and fears Allah And believes in the best [reward], We will ease him toward ease. But as for he who withholds and considers himself free of need And denies the best [reward], We will ease him toward difficulty. (Al-Layl: 5-10) [Riwayat Bukhari (1362) dan Muslim (2647)]

Imam Ahmad rahimahuLLah meriwayatkan daripada Anas b Maalik:

Janganlah kamu berasa kagum dengan seseorang sehingga kamu melihat bagaimana kesudahannya, kerana sesungguhnhya seseorang itu beramal dalam tempoh yang panjang daripada umurnya atau masanya, dengan amalan yang baik. Jika ia mati dalam keadaan itu, dia akan masuk syurga. Namun kemudiannya dia berubah dan melakukan amalan jahat. Sesungguhnya seseorang itu pula beramal dalam tempoh yang panjang dengan amalan jahat. Jika ia mati dalam keadaan itu, dia akan masuk neraka. Namun kemudiannya ia berubah, lalu melakukan amalan yang baik.” [Riwayat Ahmad 3/120 – isnadnya sahih]

Imam ibn Rajab mengulas, pada pandangan manusia, hakikat sebenar kelihatan berbeza dengan yang zahir. Sedang kesudahan yang buruk itu disebabkan oleh rahsia batin yang tersembunyi daripada pandangan manusia, sama ada berbentuk amalan jahat dsb, maka sifat yang tersembunyi itu yang menyebabkan kesudahan buruk ketika mati. Semoga Allah hindarkan. [Jaami’ Uloom wal-hikaam]

Kesimpulannya, ‘Don’t judge a book by its cover’. Dan jangan sesekali berputus asa dengan pelaku dosa serta maksiat, kerana bukan kita yang menilai dan menentukan kesudahan mereka (dan kita), sebaliknya ALLAH lebih mengetahui tempat tinggal kekal mereka sesudah mereka (dan kita) dibangkitkan daripada kematian.

============

Rujukan:
1- Jaami' Uloom wal-hikaam oleh Imam Ibn Rajab al-Hanbali
2- Nota2 kuliah Shaykh Riad Ouarzazi
3- Belief in al-Qadr by Dr Saalih as-Saalih

Read Full Post »

BismiLLah…

A 14-year old girl was brought in to the resuscitation bay in emergency depeartment yesterday night, with no sign of life. Cardiac monitoring showed asystole and CPR was commenced immediately. She was revived, but then went into VT and asystole. Another cycle of CPR was commenced, again, she was revived but the same sequence continues. The child was eventually pronounced dead after 90 minutes of resuscitation.

A heart-breaking news for the parents indeed, and for us as well. Should the child was brought earlier to the hospital, she might be saved. The cause of death was unknown, however from the history obtained from the parents – altered behaviour, blank stare, abnormal limbs movement, lethargy – likely cause is meningoencephalitis: an acute inflammation of brain parenchyma as well as the membranes surrounding the brain.

The mother was in denial, hardly accepting the bad news, as her child was previously healthy with no co-morbidity, a bright student and active in school. And her greatest regret is to believe that child was possessed by some spirit (jinn) as told by the ‘bomoh’ they visited few days back, at the initial onset of illness. As a result, child was kept at home despite being unwell for many days and was only brought to hospital once child was very ill, cyanosed (blue) and unresponsive.

It is disappointing indeed, to know how some people react to certain illnesses. It is common in our culture, to seek help from the ‘bomoh’ or ‘dukun’ rather than going to the clinic or hospital to get further treatment. I am not against that though, as long as the principle of healing technique is parallel to what our prophet had taught us. Everyone has the right to seek treatment alternative to what is being offered in hospital. However, what triggers my concern is, many people still have stigma on certain illnesses especially psychiatric illness as well as TB, epilepsy and leukaemia, just to name few. They rather be labeled as being possessed by the spirit or was sent some black magic than being labeled with such illnesses. It is not that I don’t believe in the world of unseen, the black magic and all, but can’t we be sensible enough to think when to seek medical attention in hospital? And why would we easily believe or choose to believe that other people sent us black magic out of envy and grudge? Are we that great to think that we are as noble as angels and others are as evil as demons?

O you who have believed, if there comes to you a disobedient one with information, investigate, lest you harm a people out of ignorance and become, over what you have done, regretful. [Hujurat: 6]

O you who have believed, avoid much [negative] assumption. Indeed, some assumption is sin. And do not spy or backbite each other. Would one of you like to eat the flesh of his brother when dead? You would detest it. And fear Allah ; indeed, Allah is Accepting of repentance and Merciful. [Hujurat: 12]

As for this unfortunate girl’s case, the death is preventable. I mean, death due to this illness is preventable if intervention  is started earlier. But I didn’t mean that doctor’s efforts may overrule Allah’s Qadr upon her. Of course, our belief as a Muslim, if it has pre-ordained upon her to die on the same day at the same time, nothing can stop it from happening. Doctors are just mere human, and Allah is the Most Able and Powerful. But at least, if something was done earlier, perhaps we won’t have so much of regret if the child still fail to survive out of her illness.

Usamah ibn Shuraik narrated: “I came to the Prophet, peace be upon him, and found him with his companions. They were calm and serene as if there were birds over their heads. I greeted them and sat down. Then some bedouins came from various places. They asked him: ‘O Allah’s Messenger! Should we seek medical treatment for our illnesses?’ He replied: ‘Yes, you should seek medical treatment, because Allah, the Exalted, has let no disease exist without providing for its cure, except for one ailment, namely, old age’.” (Reported by Ahmad and the six sunan. Tirmidhi considers it a sound hadith.)

Anas ibn Mas’ud reported that the Prophet, peace be upon him, said: “Verily, Allah has not let any malady occur without providing its remedy. Therefore seek medical treatment for your illnesses.” (Nasa’i, Ibn Majah, and al-Hakim.)

Jabir narrated that the Messenger of Allah, peace be upon him, said: “There is a cure for every disease. Whenever an illness is treated with its right remedy, it will, by Allah’s permission, be cured.” (Muslim)

Read Full Post »