Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘myDIY’ Category

BismiLLah…

Bicara tentang warna.

Ini Warna Dunia

Merah
Kuning
Biru
Putih
Oh, itu warna ‘gemilang’!
Tapi kata adik;
Warna itu menghapus girang.

Kata orang,
Merah itu keberanian
Tapi kenapa ia mengundang ketakutan?

Kata orang,
Kuning itu ceria
Tapi kenapa ibu bermuram durja?

Kata orang,
Biru itu perpaduan
Tapi kenapa ia memisahkan?

Kata orang,
Putih itu suci
Tapi kenapa ia meremukkan hati?

Ibu,
Kerana warna manusia bahagia
Kerana warna manusia derita
Kerana,
Bahagia dan derita
mewarnakan dunia

5 Mei 2009M @ 10 Jumadil Ukhra 1430H
Wad Kanak-kanak
Hospital Seberang Jaya

Advertisements

Read Full Post »

Biar diburu…

Terus berlari
Mara
Hingga kencang nafasmu
Terus berlari.

Di belakangmu!
Ia menghambat
Laksana sang rimau lapar
tidak pantas membiar mangsa
bebas

Usah toleh lagi
Terus berlari
Awasi derap langkah
Andai ia menghampiri

Jangan sampai nanti
Pedang-tajamnya
memenggalmu;
MATI.

Nour Elfaqiha
26 Rabiul-Thani 1429
Air Hitam, Penang
.

———-

p/s: Tak mahu menjadi pemburu masa (kerana masa di’hadapan’). Biar diburu, jangan ia mendahulu. Masa itu kan pedang?

Read Full Post »

Jari jemari berlari…

BismiLLah…

Merepek sebentar.

flame

‘panas! api!’
aku terkaku
terjelepuk duduk
terbaring kaku
lesu

aku melihat api
marak
merebak
membahang ke segenap anggota

api
belum mahu padam
walau telah kosong
tong-tong
buih
karbon dioksida

kerna
bukan gasolin
bukan litar pintas
yang menjadi anak api

air,
zikrullah,
juga ta’awwuz;
hanya itu –
pemadam bisikan syaitan.

11 Sya’ban 1428

api jahat

Read Full Post »