Feeds:
Posts
Comments

Archive for September, 2006

Got a new ‘hut’!

BismiLLah…

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah atas usia yang dikurniakan, dan atas inayah-Nya juga kita sama2 ditentukan untuk bertemu Ramadhan pada tahun ini. Well, this is my first post since I arrived at Dublin, I guess. (Actually I’ve written a few drafts, but macam malas nak upload semula)

 

Panjatan syukur kepada Allah juga, dengan izin-Nya, akhirnya kami berpeluang ‘berteduh’ di rumah sewa sendiri bermula 1 Ramadhan. Lega, dapat settle down by Ramadhan, and paling penting, Raye nanti ade rumah! 🙂 Teringat juga seorang sahabat yg diusik oleh adik2 junior yang baru tiba. “Akak dok plan2 nak masak & jemput org untuk raya ni dah ade rumah ke?” :”>

Well, our house is about 30 minutes ‘Irish walk’ to our college, UCD if we are using shortcut. Alhamdulillah dapat landlord yang baik dan pemurah, so the rent is relatively cheap (not really, but affordable). Beliau juga telah bermurah hati memberikan mugs + pans + pots + dishes + cutlery and all…

Sebut pasal barang2 dapur yg dihadiahkan/ditinggalkan oleh non-Muslim, antara problem atau soalan yang biasa diajukan oleh Malaysian Muslim: “Boleh ke guna diorg punye? Entah ape yang diorang masak dulu2…”
Hmm.. boleh ke? Lebih2 lagi bila tinggal dalam komuniti penggemar setia ‘bacon’ a.k.a ‘pork’ a.k.a babi plus beer and all… then, kena ‘warisi’ barang2 diorg… Dengar je pun, mungkin ade yg dah geli geleman.

1st thing, benar2kah kita pasti bahawa mereka menggunakan periuk2 & bekas2 makanan yg ditinggalkan itu utk memasak pork dsb? Maksud saya, kita tidak melihat sendiri ‘najis’ tersebuh secara zahirnya… maka, tak perlulah diselidiki. Tak perlu susah2 bertanya kepada tuan rumah… ‘Did you use those pots and plates to cook and eat bacon?’ Please don’t!

2ndly, Rasulullah s.a.w. sendiri telah memberikan solusi yang terbaik utk kita semua… sebagai memudahkan urusan kita umat Islam.

Vol 7, Book 67. Hunting, Slaughtering.
Hadith 387. (Shahi Bukhari)
Narrated By Abu Tha’laba Al-Khushani: I said, “O Allah’s Prophet! We are living in a land ruled by the people of the Scripture; Can we take our meals in their utensils? In that land there is plenty of game and I hunt the game with my bow and with my hound that is not trained and with my trained hound. Then what is lawful for me to eat?” He said, “As for what you have mentioned about the people of the Scripture, if you can get utensils other than theirs, do not eat out of theirs, but if you cannot get other than theirs, wash their utensils and eat out of it. If you hunt an animal with your bow after mentioning Allah’s Name, eat of it. and if you hunt something with your trained hound after mentioning Allah’s Name, eat of it, and if you hunt something with your untrained hound (and get it before it dies) and slaughter it, eat of it.”

Boleh tgk huraiannya in arabic di sini.

Memang tak dinafikan, bukan semua orang bile bagi hadith dan huraian begitu dan begini, boleh terima dengan mudah. Lagi2 kalau mindsetting sejak kecil, makhluk bernama b.a.b.i itu jijik. But in certain cicumstances, we have to overcome those wrong mindsetting. Bukan di semua tempat kita boleh ikut selera kita… jgn kerana perasaan ‘jijik’ itu menyukarkan urusan kita. Kita adalah duta Malaysia, dan juga duta Islam… tunjukkan keindahan Islam. Islam itu indah dan mudah 😉

Advertisements

Read Full Post »

Ahlan ya Ramadhan…

BismiLLah…

Alhamdulillah, panjatan kesyukuran ke hadrat Allah, kerana dengan inayah dan rahmatNya kita masih diberi peluang untuk bertemu lagi dengan Ramadhan. Esok, 1 Ramadhan – bermulanya ramadhan kedua bagi saya sebagai anak rantau. Sebelum kembali ke Dublin, cukup ramai yang bertanyakan: “Tak sedih ke puasa kat sana?” dan “Tak sedih ke raye tanpa family?”

Jawapan saya selalunya: “Apa yang nak disedihkan?” Tanpa mak, ayah, abang, adik2, dan saudara-mara di sisi, bukannya akan menjejaskan puasa kita, dan pastinya tidak akan membatalkan hari raya. Sekurang2nya di sini, dapat berimamkan syeikh2 Arab, al-Hafiz, yang alunan bacaan Qurannya bisa menusuk jiwa2 yang mendengarkannya. Sungguh, di Malaysia jarang sekali untuk mendapat peluang sebegini. So, why not grab the chance? 🙂

Menjelang Ramadhan, menjadi kebiasaan di sini (dan di negara2 yg mempunyai komuniti Arab Muslim yang ramai), orang2 Arab akan berlumba2 untuk bersedekah, memberikan sponsor untuk program2 berbentuk Islamik dan tak dilupakan juga bermurah hati menjamu para Jama’ah Masjid Dublin berbuka puasa setiap hari – Nasi briyani + mutton + ayam tandoori. Yummy! Dan pastinya ini juga saat2 yg dinanti2kan oleh penggemar2 nasi briyani Dublin Mosque yg merindui keenakan dan keharumannya! Hehe~

 

Bila disebut tentang perkara sunat dalam bulan Ramadhan, the first few things that comes to our mind: Segerakan berbuka bila tiba waktunya, melewatkan makan sahur, bertarawikh secara berjama’ah di masjid, memperbanyakkan baca Quran. Alhamdulillah, sekurang2nya kita masih ingat sebahagian drp sunnah2 Nabi. Tapi, jgn pula kita lupakan sunnah2 lain yg lebih penting untuk dititikberatkan.

Cthnya, solat di awal waktu. Kita bimbang jika kita terlewat berbuka puasa, tapi jarang berasa bimbang kerana melewatkan solat fardhu yang 5. Bayangkan, sebelum maghrib lagi kita sudah bersedia menghadap makanan, tak sabar untuk mengisi perut yang lapar. ‘kurang pahala kalau lmbt berbuka!’ Alangkah baiknya, jika kita dalam mendirikan solat juga kita bersikap begitu. Sebelum azan dilaungkan lagi, kita sudah selesai berwudhu’ dan bersedia untuk menghadap Allah.

Dulu2 masa sekolah menengah, bila saya katakan saya selalu tarawih di rumah shj, ada yg bertanya, “Awak reti ke solat tarawih?” (Dengan nada sindiran). Saya pelik, perlukah apa2 skill yg khusus utk solat tarawih? Walhal, secara kaifiyyahnya tak beza drp solat2 sunat lain. Hm, mungkin juga itu menjadi sebab kenapa ada yg merasakan seolah2 solat tarawih itu seolah2 tak sah jika tidak ke masjid. Maka kalau tidak ke masjid, tarawih akan ditinggalkan?

Satu lagi trend: masjid untuk solat tarawikh, solat raya, solat jumaat je. Walaupun jauh, sanggup dtg ke masjid tertentu setiap hari demi tarawih. Alangkah baiknya kalau solat fardhu yang lain pn begitu. Atau sekurang2nya solatlah di surau berdekatan… Bukankah solat fardhu secara berjama’ah itu sgt dituntut sepertimana solat tarawih (bagi lelaki)?

Teringat dulu, masa kecil2 dulu, mu’allim/ah akan tanya siapa yg berjaya khatamkan Quran dalam bulan ramadhan. Masing2 berlumba2 angkat tangan. Bangga. Khatam Quran dlm bln ramadhan seakan2 sudah menjadi adat. Malam 1 ramadhan, masing2 bermula dengan alif, lam, meem selepas membaca al-fatihah. Kemudian berkejar2 membaca Quran hingga min-al-jinnati wa-an-naas sebelum bermula 1 syawal. Bagaikan jet lajunya. Segala hukum tajweed dilanggar. Bila ditanya, jawabnya: “nanti tak sempat khatam!”
Aduhai…

Apepun, sekurang2nya kita ada kesedaran untuk memuliakan bulan Ramadhan dan memanfaatkan masa yg singkat ini untuk beribadah dgn sebanyaknya. Moga2 Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan yg lalu sebagai medan pelaburan untuk ke negeri Abadi, dan sebagai platform untuk kita memantapkan dan menambahkan mutu dalam ibadah kita seharian, insyaAllah. Dan paling penting, semoga kita sama2 istiqamah dlm ibadah walaupun setelah Ramadhan meninggalkan kita. Ameen~

Read Full Post »

Nasyid Pilihan #3

سائر


مولاي إنّي سائر للدين حتما سائر

فالقدس صاحت غادر أدمى فؤادي الطاهر

ونداء الأقصى ابكاني فجر واجداني

وضمير الأمة يا ربي مات بلا جاني

مجرم قالوا لأني أرفض الذل الكبير

أرفض العيش بصمت ضمه القهر الكبير

فليقولوا ما يقولوا أنت من أرجوا رضاه

أنت من تعلم أني لك أرخضت الحياة

يا من رويت بدمائك أشجار العزة والإنتصار

إن يسرقوك من تريخنا لن ينزعوك من صدورنا

يا شهيد يا شهيد يا شهيد

المنشد: محمد الحسيان

 

Well, this beautiful nasyeed is a tribute to as-Syaheed Syeikh Ahmad Yassin.
‘Asaa Allahu an yab’atha-hu maqaaman mahmouda.
Mahu dengar?

 

here is the transliteration for the above song:

Mawlaaya Inny saer liddeeni hatman saer
falqudsu sahat ghadir adma fouady attahir

wanida’ ul-aqsa abkany fajro wajdany
wa dhamir ul-ummati yarabbi mata bi la jany

mojremun qalu li anny arfoudh udzzul al-kabeer
arfoudh ul-`aeysa besamtin dhammah ul-qahr ul-kabeer

fal yaqoulu ma yaqoulu anta man arju ridhah
anta man ta’alam anny laka arkhastu ul-hayah

ya man rawait bi dimaaeka asyjar il-`izzati wa al-intesaar
In yasriqouka min tareekhina lan yanza`ouka min sudurina
ya shaheed, ya shaheed, ya shaheed

Read Full Post »

BismiLLah…

Alhamdulillah, I made a wise choice to go to PWTC last Saturday to support the effort of the ADNI Alumni a.k.a. the young Mujahids (InsyaAllah). Walaupun masih teringat-ingat ‘Seminar Perpaduan Islam’ yg berjln pada waktu yg sama di UIA. But I’m sure, the Palestinians issue is the ‘ummah’ issue which each and every one of us, as Muslims, should be aware of, and any events held to support Palestine are far more ‘awla’ for us to attend than any other event that we should consider as ‘furu’ issue – the endless issue.

Back to the topic, it was such a great event that whoever failed to attend that day would regret (unless they’re heartless and never bother about this issue or maybe they have their own reason, WaLLahu A’lam). Maybe it was quite ‘kelam kabut’ at the beginning, but the rest was OK. Plus the talk/forum by the 3 speakers: Dr. Daud, Prof. Kopansky and Mr. Mattias Chang – they’re marvellous! The soft spoken Dr. Daud, the ‘bubbly’ Prof. Kopansky. I wonder who are the lucky ones to have him as a lecturer? And I think I’d love the ‘sarcastic’ & maybe ‘cynical’ style of Mr Chang. Berapi! Seriously, I felt embarassed as his knowledge and awareness about our Holy Land are over ours. Inilah, saya juga layak masuk dlm golongan rakyat Muslim Malaysia yg hampeh. Terlalu miskin pengetahuan ttg konflik di Palestina.

Well, I was ‘googling’ this morning, searching for the ‘new’ map of Middle East which was proposed by the Westerners (particularly, Ralph Peters). And here is…

The current Middle East The 'New' Middle East

Perhatikan kedua-dua map, analyze and differentiate… takut2 esok2 kalau jadi kenyataan (Na’uzubiLLah… ), kita yg lupa dan alpa hanya mampu mengangguk. Gagal mengingati apatah lagi untuk membela nasib2 saudara kita di Timur Tengah. Dan semoga mereka di sana juga tidak alpa…
Boleh juga meneliti keterangan tentang ‘peta baru’ di sini.

Read Full Post »

Countdown – 8 days to go…

BismiLLah…

Dah masuk bulan baru. AlhamduliLLah, masih dikurniakan nikmat hidup, Islam dan Iman. Dan terlalu banyak nikmat Allah yg lain yang tak terhitung jumlah dan nilainya.

“And Remember! your Lord caused to be declared (publicly): “If ye are grateful, I will add more (favours) unto you; but if ye Show ingratitude, truly My punishment is terrible indeed.” [Ibraheem: 7]

Bermulanya bulan ni, tibalah musim pelajar2 luar negara (khususnya UK, Eire & Middle East) untuk pulang kembali ke negeri permusafiran masing2. Musim airport dibanjiri oleh lautan manusia, dan dilimpahi air bening yang mengiringi pemergian orang2 tersayang.

my ticket

Masih ada seminggu sebelum penerbangan ke Dublin, Ireland (melalui London Heathrow). Sahabat2 lain ada yang dah selesai mengemas. Tapi saya, beg masih kosong. Barang2 juga masih berselerakan (dan masih ada yg belum dibeli). Sungguh, malas yang bersangatan untuk mengemas. Barangkali kerana sudah enak bersenang-lenang di rumah… hehe~

Sekadar mengingatkan tentang polisi baru Airport Heathrow dan Irish Airlines (Aer Lingus) yg harus diambil kira.

Travelling from UK Airports:

With effect from Monday 14th August the following UK airports served by Aer Lingus have implemented a new hand baggage policy:

Birmingham, Bristol, Edinburgh, Glasgow, Jersey, London Heathrow, Manchester.

Customers travelling from these airports will be able to take on board as hand baggage one cabin bag no bigger than 16cm by 35 cm by 45 cm. This is equivalent to a small laptop bag.
However, restrictions remain in place on the contents of cabin baggage:

Cabin baggage MUST NOT contain:

  • Any cosmetics
  • Any toiletries
  • Any liquids
  • Any drinks
  • Any gels

Erm… It seems like I have to buy a new, smaller cabin bag. And for more than 13 hours on flight, NO drinks (except for the provided drinks), NO toothpaste, NO facial cleanser, NO lotion/moisturizer. Oh, I will be dried dead! For the security sake. Fine. But I wonder, is lip balm/moisturizer such as Vaseline considered as cosmetics?

Hm, whatever it is, bye2 Malaysia. Miss me NOT. 😀

Read Full Post »