Feeds:
Posts
Comments

Archive for December, 2008

Yoga?

BismiLLah…

a good one.

Read Full Post »

Berkorban apa saja

BismiLLah…

Musim peperiksaan 2 minggu lalu yang juga musim makan-daging-qurban, saya mendapat panggilan telefon daripada teman saya:
“Eh, daging yang dah busuk boleh buang tak?”
“Kenapa nak simpan?”
“Bukan, daging ni daging qurban. Tapi nampaknya dah busuk. Kena tanam ke?”
“Nak tanam kat mana? Buang aje lah.”
“Boleh buang macam tu aje?”
“A’a”
“Siapa yang kata tak boleh pakai buang aje ek?”
“Orang kampung.” (Saya gelak. Saya maksudkan adat & budaya Melayu)
“Hah?”
Tak, saya pernah tanya ustaz, tak ada dalil yang mengatakan kena tanam ke, dan tak ada dalil yang kata tak boleh buang macam biasa.”
“Oh, ok, ok.”

=== Dipetik dari al-ahkam.net

أتاني داعي الجن فذهبت معه فقرأت عليهم القرآن قال : فانطلق بنا فأرانا آثارهم وآثار نيرانهم وسألوه الزاد فقال : لكم كل عظم ذكر اسم الله عليه يقع في أيديكم لحما وكل بعرة علف لدوابكم فقال النبي : فلا تستنجوا بهما فإنهما زاد إخوانكم

Berkata Ibn Mas’ud ra : ‘Rasulullah saw berkata : Salah seorang dari kalangan Jin telah memanggilku, dan Aku pergi bersamanya, membaca al-Quran kepada mereka.’ Dia membawa kami melihat kesan mereka dan kesan api mereka, dan mereka bertanya baginda mengenai makanan dan baginda bersabda : ‘Bagi kamu semua TULANG yang disebut nama Allah yang kamu perolehi, bagi DAGING pula, dan semua lebihannya bagi binatang kamu‘. Nabi saw bersabda : ‘Maka jangan kamu beristijak (membersihkan diri) dengannya, kerana ia adalah makanan yang diperuntukan kepada saudara kamu [Hadith riwayat Muslim #450].

Hadith ini menjelaskan bahawa :

  1. Nabi saw membacakan al-Quran kepada Jin Islam
  2. Tulang binatang sembelihan yang disebut nama Allah adalah makanan kepada Jin Islam.
  3. Lebihan daging itu pula adalah makanan kepada binatang.
  4. Larangan beristinjak dengan tulang
  5. Ada dikalangan ulama yang mengatakan bahawa Jin yang kufur akan memakan tulang yang tidak disembelih dengan nama Allah.

Kesimpulannya adalah tidak ada nas yang menyuruh menanam tulang binatang aqiqah selepas selesai memakan dagingnya. Perintah larang yang ada adalah seseorang itu tidak boleh beristinjak menggunakan tulang binatang yang disembelih dengan nama Allah swt kerana tulang itu adalah makanan saudara kita seIslam, iaitu Jin Islam. WA.

Baca juga: 1, 2, 3.

===

Seketika saya teringat ‘Eidul-Adha yang disambut di Dublin tahun lalu,  kami mendapat daging qurban hadiah daripada masjid di sana. Setelah daging dimasak, ahli rumah saya yang bukan-Islam pulang. Sahabat serumah saya yang lain kalut memikirkan alasan untuk dikemukakan kepada Mai Anh agar dia tidak berkecil hati jika tidak diajak makan bersama. Lebih-lebih lagi jika dia tahu lauk tersebut agak istimewa.

Ajak saja dia makan. Tak payah susah-susah fikirkan alasan.”
“Bukanke haram bagi daging qurban kepada non-muslim?”
Saya pernah baca fatwa Dr. Yusuf al-Qaradhawi, harus untuk kita berikan daqing qurban kepada jiran non-muslim.  Jadi, apatah lagi jika housemate kan. Lagipun memang ada pandangan ulama’ yang mengharamkan, dan ada pula yang mengharuskan.”

Dipetik dari buku Fiqh Minoritas (terjemahan indonesia) oleh Dr. yusuf al-Qaradhawi pp. 209:

Sebenarnya islam telah menegaskan tentang hak tetangga dengan sangat jelas; baik itu seorang muslim maupun non muslim. Hal tersebut sesuai dengan apa yang ditunjukkan dalam firman Allah s.w.t.:

Dan tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh.

Seorang sahabat, Abdullah bun ‘Amr telah berwasiat kepada puteranya agar tidak melupakan tetangganya yang beragama Yahudi seandainya ia menyembelih hewan qurban. Bahkan, Abdullah bin ‘Amr menegaskan kembali isi wasiatnya tersebut.

Baca juga: MEMBERI DAGING KORBAN KEPADA ORANG KAFIR, Fatwa hukum daging qurban berkaitan orang bukan-islam. Kisah daging Korban

Read Full Post »

Mabruk 2

BismiLLah…

Keputusan peperiksaan Ophthalmology & ENT sudah keluar. Alhamdulillah, lega kerana lulus kedua-dua subjek tanpa perlu hadir untuk Viva (peperiksaan secara lisan bagi calon-calon yang mendapat markah ‘borderline’ lulus-gagal dalam peperiksaan bertulis). Sungguhpun begitu, jauh di sudut hati, masih ada perasaan tidak puas hati atas pencapaian saya. Lebih-lebih lagi apabila mengetahui ramai sahabat saya yang lulus dengan cemerlang. Mungkin bagus berperasaan begitu, supaya saya berusaha dengan lebih tekun dan gigih dalam peperiksaan yang akan datang. Tetapi perasaan tersebut boleh jadi negatif – jika saya menjadikan alasan tidak sihat sebagai penyebab kepada keputusan yang tidak cemerlang. Seharusnya saya bersyukur dengan anugerah yang telah Allah kurniakan – ya, mungkin saya patut melihat ke bawah; sahabat-sahabat saya yang masih terkandas – mereka perlu menelaah pelajaran di waktu cuti untuk menduduki peperiksaan kali kedua. Semoga Allah permudahkan!

Dan tahniah kepada semua yang lulus dengan cemerlang =)

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ

Ya Tuhanku tunjukkan aku untuk mensyukuri nikmat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kedua ibu bapaku dan (tunjukkan aku) untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh”. [An-Naml: 19]

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

“Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku untuk mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau berikan kepadaku dan kedua ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada zuriatku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri”. [Al-Ahqaf: 15]

Read Full Post »

Mabruk!

BismiLLah…

Selamat pengantin baru,
selamat berbahagia,
selamat ke anak cucu,
selamat sejahtera…

Alhamdulillah, sahabat serumah saya telah selamat diijab-qabulkan semalam di Seremban. Tahniah buat Maryam! Semoga Allah memberkati pernikahan kalian.

Oh, sebenarnya ramai lagi sahabat dan kenalan saya yang lain ber-kenduri-kendara bulan ini. Ya, bulan Disember – musim peperiksaan (di kolej saya) tetapi musim ‘cuti sekolah’ bagi kebanyakan IPTA lain merangkap musim kahwin 🙂

Maka saya dedikasikan doa dan lagu di bawah (bukan lagu nyanyian Saloma di atas) buat kalian; Siti Maryam & suami, Abg Ghoni & Kak Faisa Ishak, Manihah Alias & suami, Kak Aruz & suami, Kak Salilah & suami, kak Wan Aisyah & suami… dan pasangan-pasangan lain (tak tersebut semuanya..)

BaarokaLLah – by Amir Awan

=====

[1] Diriwayatkan daripada Hassan bahawa ‘Aqil bin Ali Abi Talib r.a. telah menikahi seorang wanita dari kalangan Bani Jusham. Lalu kaumnya datang dan mengucapkan, “Semoga berbahagia dan ramai anak.” Maka ‘Aqil berkata, “Janganlah kamu berkata demikian.” Mereka lalu bertanya, “Jika demikian, apakah yang patut kami katakan wahai Abu Yazid?” Beliau berkata, “Katakan:

barakah2.jpgSemoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat ke atas kamu

Begitulah yang diperintahkan kepada kita”. [Musnad Ahmad #1648, diriwayatkan juga oleh an-Nasa’i dan ibn Majah dalam hadith dengan makna yang sama.]

Dalam riwayat imam Ahmad yang lain, Rasulullah melarang daripada mengucapkan “Semoga berbahagia dan ramai anak.” Ucapkanlah:

بَارَكَ اللَّهُ لَهَا فِيكَ وَبَارَكَ لَكَ فِيهَا ‏

====

[2] Daripada Anas r.a. Rasullulah s.a.w. ternampak kesan Sufrah (sejenis wangian berwarna kuning) di baju Abdul Rahman Bin Auf r.a. lalu beliau bertanya, “Apakah ini?” Abdul Rahman r.a. menjawab, “saya telah mengahwini seorang wanita dan telah membayar mas kahwin emas seberat sebiji kurma.” Rasulullah s.a.w. bersabda:

barakah1.jpg “Semoga kamu diberkati Allah,

Adakan walimah walaupun dengan seekor kibash.” [Sahih Bukhari #4758]

===

[3] Menurut Abu Hurairah r.a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, Rasulullah s.a.w. akan berkata:

barakah3.jpgSemoga Allah memberkati kamu dan (melimpahkan) berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikan. [Hadith Hasan Sahih. Riwayat at-tirmizi #1011]

===

[4] Menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar adalah disunatkan kita mengucapkan seperti ucapan-ucapan Rasulullah s.a.w. di atas manakala makruh kita mengucapkan “Semoga berbahagia dan banyak anak.

Read Full Post »

The DDx?

BismiLLah…

A history taking – Dec 15, 08

23/M/Female, an IPTS student

C/O:
Maculo-papular rash on limbs x 1/7

Hx of presenting complaint:
Maculo-papular rash x 1/7 over all four limbs. No rash on the trunks. Bright red in colour. Non-itchy. Painless. Not getting worse with exposure to sunlight.
Facial flush – diffuse, bright red on the cheeks.
4days ago, had a high-grade fever x 3/7. Initially did not improve with PCM. Fever subsided spontaneously and abruptly after 3 days.
No other symptoms of URTI
Associated symptoms:
Severe myalgia and arthralgia – predominantly on small joints, wrist, ankle and knee joints. Occasionally on shoulder and lower back. Unable to sleep at night due to pain.
Swollen hands and feet.
Headache – throbbing in nature. No retro-orbital pain.
No abdominal pain, vomiting or change in bowel habit. Did not notice any yellow sclera.
Reduced appetite, but still can tolerate orally. No lethargy. But feels dehydrated.
PU is normal. No urinary symptoms.
No spontaneous bruising, no gum bleeding.

Never had similar symptoms before. No hx of direct contact with patient with similar symptoms. No h/o contact with animals or open water source. Not eating outside recently. Se*ual hx unremarkable. Not in contact with used needles.

Past Medical Hx:
NKMI. No hx of hospitalisation.

Drug hx: Not on any regular medication. NKDA.

Family hx: Insignificant.

Social hx: IPTS student. Never smokes or drinks. Non IVDU. Had hx of travelling to the area of common case of dengue. Chikungunya also has been reported. She didn’t know any case of dengue or chikungunya reported while she was there. But there was frequent fogging activity in that area.

O/E:
PR=80bpm, BP=97/68mmHg, T=37.2 C

Diffuse maculo-papular rash on all four limbs and neck with the presence of ‘isles of white in a sea of red.’
The rash blanches on pressure.
No conjunctival pallor or jaundice.
Facial flush.
Dry tongue and mucous membrane.
Submental, submandibular and jugular chains LN are palpable, firm, mobile and tender.
No abdominal distension, palpable abdominal mass, or organomegally.
Diffuse swelling of hands and feet. Slight tender, but no pitting.
PIP, MCP, wrist, IP, MTP and ankle joints are tender. No stiffness.
Hess’ (tourniquet) test is negative.

Lab Ix:
FBC: Hb=13.9, WBC=4.0, HCT=40.8%, Plt=151

Read Full Post »

The EBM exam

BismiLLah…

The Surgical OSCE:

Completed. After waiting for 4 hours in the quarantine room.

Station 1: Investigation – X-Ray of scaphoid fracture
Station 2: Clinical Exam – Rheumatoid Arthritis with secondary osteoarthritis
Station 3: Clinical Exam – Peripheral arterial disease
Station 4: Clinical Exam – ‘lumps & bumps’ (searching for an inguinal hernia, but can’t find it.)
Station 5: History taking – Intermittent claudication
Station 6: Investigation – Ultrasound of gallbladder

The EBM exam:

All the formulas in head. Confident.
Entered the exam hall and started counting the tables, “100.. 110… 115, 116, 117, 118 and 119.”

“Eh, up to 119 only?

And mine is 122 – the second last student in the list. (Oh, 4 of us were forgotten!)

Read Full Post »

a L.O.V.E from a sister

BismiLLah…

You such a disgrace. Either quit medicine or improve yourselves.” – PL
Ok, Prof, we’ll learn medicine by heart. Insya’Allah.

——–

And here is a gift from a sister. Thanks 🙂

NEVER QUIT

When things go wrong, as they sometimes will,
When the road you’re trudging seems all uphill,
When the funds are low and the debts are high,
And you want to smile, but you have to sigh,
When care is pressing you down a bit,
Rest, if you must, but do not quit.

Life is queer with its twists and turns,
As every one of us sometimes learns,
And many a failure turns about,
When he might have won had he stuck it out;
Don’t give up though the pace seems slow—
You may succeed with another blow.

Often the goal is nearer than,
It seems to a faint and faltering man,
Often the struggler has given up,
When he might have captured the victor’s cup,
And he learnt too late when the night slipped down,
How close he was to the golden crown.

Success is failure turned inside out—
The silver tint of the clouds of doubt,
And you never can tell how close you are,
It may be near when it seems so far,
So stick to the fight when you’re hardest hit—
It’s when things seem worst that you must not quit.

Read Full Post »