Feeds:
Posts
Comments

Archive for July, 2006

Cintailah Bahasa Al-Quran :)

BismiLLah…

Alhamdulillah, saya baru pulang dari Kelantan selepas seminggu ber’KIBAR’. (bukan mengibarkan bendera, tapi berprogram KIBAR = kursus intensif bahasa arab). Sebenarnya, kursus tersebut masih belum tamat, tapi dengan berat hati, saya terpaksa pulang seminggu lebih awal atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. (senang kate ade masyaqqah/keuzuran)

Ade orang bertanya saya, “kenapa join KIBAR? awak kan dah ‘tere’ arab?
dan ade yang berkata, “Awak dah boleh jadi guru bahasa!
saya hanya tersenyum…

Bagi saya, bukan kelas bahasa itu yang paling penting (wpn itu adalah ‘menu’ utama), tetapi tarbiyyah yang bakal diperoleh, dan sejauh mana kita dapat memberikan contribution dan commitment dalam program tersebut.

Secara jujurnya, saya akui, jika difikirkan dari segi zahir kursus, memang tak banyak yang saya dapat selain mengulangkaji ilmu bahasa yang saya pernah pelajari. Menyesal? Tidak sama sekali. Pengalaman dan tarbiyyah itu jauh lebih berharga daripada ilmu jika tidak diamalkan. Ya, jika bukan memikirkan pengisian ruhiyyah, mungkin saya tidakkan menyusahkan diri berpagi2 menjejakkan kaki ke bumi Kelantan (yang saya rindui?) ini.

Sesungguhnya, saya amat mencemburui sahabat2 yg begitu bersemangat untuk mempelajari Bahasa Arab; lughat ul-Quran, wa lughatu ahlil-Jannah!
Pelik?
Mungkin, saya memang pelik…?
Mengapa cemburu?
Kerana suasana pembelajaran yang berbeza. ‘Ruh’ atau semangat yang berbeza. Matlamat belajar yang mungkin juga berbeza… 

Huh?

Sejak kecil, umur pn baru 4 tahun, saya telah didedahkan dengan bahasa arab, dan berterusan hingga saya menamatkan tingkatan 5, juga di sekolah Arab. Tentang kepentingan untuk belajar bahasa arab, saya sudah lebih dari maklum. mana tidaknya, setiap kali peperiksaan, antara tajuk karangan yang ditekankan: “al-lughat ul-‘arabiyyah wa fawa-idu-ha” (Bahasa Arab dan faedahnya) dan “Ahammiyyat ul-lughat-il-‘arabiyyah” (kepentingan bahasa arab). Hanya sekadar TAHU, tapi tiada perlaksanaannya… Sekadar rasa seronok dengan kelebihan yang ada berbanding pelajar sekolah agama biasa… “Aku lebih mahir bahasa Arab!

Malangnya, kebanyakan kami kabur dengan matlamat & tujuan mempelajari bahasa al-Quran. Maka tidak hairan, setiap kali kelas ‘Nahu‘ & ‘Sorof‘ bermula, mata ini sering sahaja mahu lelap… Insya’ (karangan)? Jika mu’allimah (guru) tidak berpesan mahu mengutip kerja2 kami, tak ramai yang akan menyiapkannya…

Sungguh, setiap kali saya mengimbau kenangan lalu, terasa ingin mentertawakan diri sendiri.. alangkah teruknya – berilmu hanya pada zahirnya, tetapi jahil pada hakikatnya… ighfirni wa irhamni ya Rabb!

Dan kerana itu, saya amat mengagumi sahabat saya, yang baru ‘mengenali’ bahasa yang unik dan indah ini. Mereka sedar akan kepentingannya, lantas berusaha untuk mempelajarinya. Demi mardhatiLLah…
Alangkah beruntungnya mereka! – Moga2 Allah memberkati usaha kalian dan mempermudahkan segala urusan kalian untuk ‘berkhidmat’ di jalan-Nya… Ameen.

‘Ala kulli hal, Alhamdulillah kerana Dia telah membukakan jalan untuk saya untuk memperbaiki diri daripada kejahilan masa silam. as-Syukru LiLLahi Wahda-Hu!

Advertisements

Read Full Post »

BismiLLah…

Di kala keributan makhluk2 bernama manusia yang berwarganegarakan Malaysia membincangkan isu perkahwinan Siti Nurhaliza dan Datuk K, saya menerima se’pucuk’ email berkenaan dgn isu kebebasan beragama dlm Islam, from the eyes of a Christian in Sidney. Terasa darah laju mengalir ke segenap kapilari. Geram. Sedih. Kesal. Sedang saya seorang diri tidak mempunyai kudrat (mungkin sebenarnya kurang berusaha) untuk menghalang proses Kristianisasi dari terus-terusan berkembang biak di Malaysia.

Kadang2 saya terfikir, di negara2 selain Malaysia (dan negara Islam di nusantara lain), statistik menunjukkan bahawa bilangan Muslim semakin bertambah dari sehari ke sehari. Sebagai ‘duta’ Malaysian Muslim ke luar negara, pastinya saya berbangga dgn perkembangan itu. Namun, di Malaysia, cukup sukar untuk merasakan ‘aura’ ke’izzah’an sebagai Muslim. Tidak perlu berjubah dan berpurdah, cukup dengan memakai baju kurung dan tudung labuh/bidang 60 sahaja, org sudah memandang serong. Muslim ekstrim. Ahli PAS. Gadis ‘Kampung’. Konservatif! Aduhai…

Teringat adegan di Mesir bulan lalu. Saya menziarahi ARMA (lupa singkatan drp apa) a.k.a Dewan Malaysia di Kaherah, dan beramah mesra dgn ‘warden’nya.
“Pakai macam ni takpe ke kat sana?”
Terpacul soalan yang kerap kali diaju kpd saya sblm ini. Barangkali dia menyangka semua pelajar universiti di Barat lebih senang dgn ‘western costume’. Bukannya baju kurung dan tudung labuh.

Ah, biarkan mereka. Isu sekarang mengenai ‘Malay Christians’ yang kian meningkat bilangannya…
Saya poskan sebahagian daripada artikel dlm email tersebut di sini:

——————–

Muslim women who share a secret love
Posted on 28/06/2006

Islam, rather than Western culture’s focus on sexual freedom, shapes day-to-day reality for a third of the world’s Anglicans. Malay women who convert to Christianity are forced to live a double-life. KATRIN ARNHOLZ spoke to one of them.

According to the official census, Malays number 65 per cent of the population. In Malaysia, Kamariah says, a Malay is a Muslim by definition. “A Malay is a Muslim. Full stop,” she says. Few dare to go public if they convert to Christianity.

Azlina Jailani requested officially to leave Islam in 2001 and succeeded in changing her name to Lina Joy, but the government’s National Registration Department refused to delete ‘Islam’ from her identification card. For such decisions, it is not the government departments that are responsible, but the Syariah Court – the court in Malaysia which supervises Muslims’ adherence to Islam. To the disadvantage of Lina Joy, the judge ruled, ‘As the plaintiff is a Malay, she is subjected to the laws of Islam until she dies’.

The only way to get legally married is to marry a Malay Christian who is also still on paper a Muslim”, says the young woman. “But then our children will also be Muslims on paper, and their children, and the circle is never broken. But if we want to change our identification cards, it won’t happen without problems. The Syariah Court can decide to put me in prison”, explains Kamariah. Therefore she does not think now of marrying or of changing her identity card, and she lives – like most single adults in Malaysia – with her Muslim parents. They do not know that their daughter is a Christian.

Kamariah became a Christian in 2000 after being in a two-year relationship with a Chinese Christian. “I was always envious; he had a relationship with his God. My God was far away, unattainable,” she remembers. “His prayers were answered. Mine were not.” So Kamariah decided one day to entrust her life to Jesus. Since then much has changed. Even though she does not speak with her parents about Christianity, she prays in her house. “Suddenly my mother took the Koran verses off the wall and instead hung up a picture of some flowers”, she says happily. One day, she hopes, she will not have to hide her faith any longer. “I wish that more Malay Christians would come out publicly and go to church and not meet secretly. That would be a break-through in our society.”

bacaan lanjut: Muslim women who share a secret love

Read Full Post »

June 18, 2006

I’m 21!

Hari ni kelas bahasa macam biasa. Started at 12 p.m. and ended at 4 p.m. Dan macam biasa juga, bila ustaz keluar sekejap, dan latihan yg perlu dibuat telah diselesaikan, saya curi tulang: main hp J.

I received a message from Raihani, Ainul’s housemate.
Leq & Fiza, petang nanti jangan masak tau! Nanti kitorg datang masak ramai2.”

Eh, ada ape diorg nak datang ramai2?
Hurm.. mungkin sebab Ainul habis exam hari ni?

Or… ntah, saya tak mampu untuk memikirkan sebab2 yg lain. Hafizah di sebelah pula kurang mempedulikan soalan saya, tekun menyiapkan latihan.

Ah… biarlah. I left the question unsolved.

Petang tu agak ramai kenalan Ainul yang datang. Walaupun mula2 agak segan dan malu2, tapi seronok, rasa bertuah dapat berkenalan dgn sahabat2 baru dan memanjangkan ukhuwah sesama mereka.
Ainul tiba, barulah saya tahu… makan-makan tu sempena hari lahirku… (terharu!)
Selesai makan, solat berjamaah, dan menonton.
(bukan tv, tapi laptop!) kira2 jam 11 barulah semuanya beransur pulang…

Rasa bertuah menyambut hari lahir di ardhil kinanah…
Sungguh, ukhuwah itu sunggih manis dan indah jika disemai dengan mahabbah yang bertunjangkan iman!

Read Full Post »

June 16, 2006.

Hari ini, Jumaat. Cuti. Selepas sarapan, Raihani membawa kami ke “Suq ‘Arabi” (Pasar Arab). Ala-ala pasar pagi Malaysia. Tapi mungkin lebih ‘meriah’, dan lebih pelbagai barang yang diniagakan. Tapi saya lebih suka pasar pagi di Malaysia.. hehe~ maaf ya warga mesir.. ;D

Hari ini pertama kali kami naiki bas Mesir. Tak jauh beza daripada ‘bas mini’ Malaysia dulu, cuma yang membezakan, bas di sini tiada loceng! Macam mana nak turun? Kalau nak turun di perhentian seterusnya, anda harus ke depan (sebelah driver) dan beritahu driver, nak turun! Kalau tak hafal selok belok jalan kat sini, memang boleh terlajak n ‘makan angin’ free… hihi~

Pulang ke rumah, kami naiki teksi. Tambangnya tidak semahal teksi di Ireland. phew! Sepanjang perjalanan, kami bersembang. Pakcik driver cuba2 juga untuk mencelah, tapi tak dilayani. Akhirnya dia marah, kerana kami tidak bercakap dalam bahasa mereka – arabiyah ‘ammiyah. Ah, abaikan…

Berdekatan dgn tempat tinggal, terdpat sebuah lagi pasar. Pasar kereta. “Suq Sayyaraat“. Sebuah kawasan lapang yang dipenuhi dengan kereta2 terpakai. Bunyi hon pula sentiasa berterusan. Di sini org2 Arab melelong atau meniagakan kereta2 mereka dari pagi hingga ke malam setiap hari Jumaat. Harganya mungkin jauh lebih murah daripada harga kereta di pasaran. Jika bernasib baik, dapatlah kereta yang masih bagus… Sesiapa yg nak beli kereta murah, marilah dtg Mesir…

 

June 17, 2006.

Dari pagi kami ke ‘Asfour bersama sepupu dan pakcik. Kami naiki ‘tramco‘ a.k.a van mesir, kemudian keretapi underground. (ala2 Metro di Spain dan UK) Satu perkara yg saya suka mengenai underground train ni, gerabak untuk lelaki dan perempuan dipisahkan! Kalau mahu malu kerna dihalau oleh guard/polis, silakan duduk di mana anda suka tanpa mengira jantina…
Sebenarnya saya masih belum benar2 tahu, ‘Asfour ni tempat yg bagaimana.. Hinggalah kami tiba di pintu masuk, only then I know: ‘Asfour adalah sebuah ‘gedung’ kristal. Harga: murah yg bersangatan. Malangnya, saya kurang berminat dengan barangan seperti ini. Lagi2 tak pernah terlintas di hati saya, datang ke Mesir untuk membeli kristal. Jadi, saya hanya membuntuti org lain, dan hanya memberi pendapat jika diperlukan.

p/s: Terima kasih pija, atas hadiah hari lahir in advance.. 😀

Kemudian kami ke Dewan Malaysia (M’sia Hall) Kaherah. Hati meronta2 ingin bertemu sahabat yang menginap di situ. Tapi memikirkan semua pasti sibuk dengan exam, so, we just proceed to meet the warden. Membawa barang yang dikirim dari Ireland. Selepas beramah mesra beberapa lama, kami ke destinasi seterusnya. Hussain.

Masjid Saiyidina Hussain

Saya tak pasti nama sebenar tempat tersebut. Tapi nama Hussain diambil sempena makam yang terletak dalam Masjid Saiyidina Hussain. Barangkali masjid ni tak pernah keputusan pengunjung – pelancong, dan saya yakin, pastinya makam ini menjadi tempat ‘wajib’ untuk diziarahi oleh penganut fahaman syi’ah. Cukup dengan melihat amalan2 khurafat mereka. Kami sekadar menyedekahkan al-fatihah, dan mengambil gambar.. 😀

Maqam Saiyidina Hussain

Sebenarnya hussain terkenal dgn tempat beli-belah yg murah. ‘Adik beradik’ Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor di Kelantan, dan Nilai 3 di Negeri Sembilan. Pantang melihat Malizi, para peniaga terus mempromote barang2 jualan. “Murah, murah…! Lima ringgit!”
Mungkin tu hanya satu, dua patah perkataan yg mampu dihafal mereka demi menarik pelanggan Malizi. huhu~

Takut juga melihat patung2 kucing, tutankhamen, dan segala macam patung dan tongkat yg dijual. Lebih2 lagi dikatakan penduduk mesir kebanyakannya mempraktikkan sihir atau ilmu hitam. Banyak juga kes pelancong dipukau, dan ditipu… Bukan untuk menakutkan sesiapa yg berhajat untuk menjejakkan kaki ke Ardhil Kinanah, cuma sekadar berpesan2 agar beringat2…
Banyakkan doa dan mohon perlindungan Allah dari segala perbuatan buruk manusia dan gangguan yaitan… dan yakinlah, “IhfaziLLah Yahfaz-ka…” al-hadith.

Read Full Post »

June 14, 2006

BismiLLah…

Hari ini kelas pertama kami. 5 min sblm jam 8, kami berjln menuju Ma’had Iqra’ yg tak jauh dari bangunan KPT. Kelas 4 jam sehari. Mampu ke? Hafizah pula menyatakan kebimbangannya, takut2 tak dpt mengejar pelajaran yg diajar, lalu dimarahi oleh Ustaz Abdullah yg kelihatan garang! Saya tertawa.
Pija, In sya’ Allah, takde apa yg perlu ditakutkan. Itu lumrah org yg menuntut ilmu…

Seperti yg diduga, Ustaz Abdullah mmg agak garang tegas. Namun, apa yg mengagumkan, dia masih bermurah hati memberi senyum biarpun baru sesaat dia memarahi menegur silap kami. Moga2 saya juga mampu menjadi org yg murah senyum.
Agak mendukacitakan, ustaz tak mampu bertutur dlm bahasa inggeris sbg bahasa perantaraan. Bagi saya yg punyai asas dlm bahasa arab, in sya’ Allah tiada masalah. Tapi, ini mungkin satu cabaran besar buat Hafizah.
Takpe pija, chaiyok!

Sekurang2nya Ustaz masih boleh berlembut dan bertoleransi dgn Hafizah ketika menegur silapnya. Saya? Ustaz marah sekali jika saya membuat silap. Lagi2 kesalahan kecil & remeh. Maaf ya ustaz!

Selepas ‘Asar, seperti rutinnya, saya dan Hafizah memasak bersama. Belum pn selesai, sepupu saya mengajak kami keluar. Minum ‘asir katanya. Dgn berat hati, kami turutkan juga. Bukan apa, bukan kebiasaan saya keluar dgn lelaki, walaupun saudara mara sendiri.
Moga2 Allah memelihara kami dari segala bentuk fitnah.

Di pertengahan jalan, seorg lelaki menyertai kami. Saya kurang senang. Tidak dipandang mukanya walau sedikit. Senyum jauh sekali. Mujur saya mampu menahan diri drp menzahirkan kemarahan di situ.

Kenal tak ni siapa?

Saya mengangkat muka, memandang wajah sepupu, kemudian ke arah lelaki tadi sekilas. Geleng kepala. Malas nak peduli!

Ni pakcik kita ni. Kenal?
Ntah.” Aku jawab tak endah. Tak tahu-menahu saya ada saudara mara lain selain sepupu di sini. Mungkin berkecil hati dgn layanan saya, ‘pakcik’ itu berjalan seorg di hdpn. Sepupu saya cuba menerangkan yang sebenarnya. Rupa2nya ‘pakcik’ itu adalah sepupu bongsu emak saya. Sape suruh tak bgtau awal2 nk kenalkan sedara lain..huhu~

Di kedai ‘asir, saya memaksa diri untuk pura2 berlagak ramah. Bimbang ada yg berkecil hati. Saya cuba menghapus kejanggalan bercakap dgn si ‘pakcik’. Yup, just act accordingly…
Sebelum senja berlabuh, kami pulang ke KPT. Langkah dipercepatkan. Risau melihat mata2 yg memandang. Sibuk aje!
Ah, masih panjang hari2 yg bakal dilalui di sini…

Read Full Post »

Catatan Sang Pengembara Kerdil – 2

June 13, 2006

BismiLLah…

Jam saya menunjukkan 8.30 pg. Masih awal. Teringat janji dgn Mudir Ma’ahad Iqra’ pd jam 10. Selesai berkemas2 sedikit sebanyak, Ainul dah pn tiba untuk membawa kami ke Ma’had. ‘Eh, awalnya Ainul?’ Malangnya persoalan tu hanya bermain di minda. Saya biarkan, sambil menunggu Hafizah bersiap. Bimbang juga melihat Ainul yang semakin resah. Kami sudah lewatkah?

Ainul, janji pukul 10 kan?” Saya menjeling jam saya. 9.15 pg. Masih banyak masa.

A’a, tp skrg dah 10.15.”

Hah?” Saya melihat jam kembali. Entah untuk kali ke berapa, saya tak tahu. “Biar betul, Ainul?” Ainul menunjukkan jam di telefon bimbitnya.

Ya Allah!

Terburai tawa Ainul. Saya menahan malu. Pastinya Hafizah juga masih belum mengubah ‘time zone’ jamnya. Saya geleng kepala… Macam mana boleh silap tukar time zone ni? Walhal semalam dah tanya perempuan Arab tu kat Airport…

Di Ma’had, kami menduduki ‘imtihan tahriri & syafawi’ (ujian bertulis & lisan) untuk menentukan ‘mustawa’ (level) Kelas Bahasa Arab sepanjang 2 minggu kami di sini. Dan buat pertama kali, saya diminta menjwb soalan ‘i’rab’ secara syafawi. Gugup!
Alhamdulillah, saya di Mustawa 3 dan Hafizah Mustawa 1. Tapi atas sebab2 tertentu, kami sama2 belajar dlm Mustawa 2. Allahumma Yassir La-na Umura-na, Wa la tu’assir ‘alay-na!

Ptg tu Gee membawa kami ke ‘Jamid’ (baca: Gamek), membeli barang2 dapur. Ainul masih dlm minggu Imtihan, pasti sibuk mengulangkaji. Banyak yg mata memandang sepanjang jln. Hairan melihat wajah2 asing, atau barangkali kerana pakaian kami yg sedikit berbeza drp pelajar perempuan Malizi di sini. Ah, abaikan mereka.
Kemudian, Gee bawa kami ke kedai ‘Ashir (jus buah) yang tersohor agaknye di Hayyu ‘Asyier. Pertama kali menikmati fresh mango juice. Alhamdulillah.

Malam tu saya berkenalan dgn ‘ahlu bayt’ (housemate) Ainul, Raihan yang dth bertandang. Lepas Raihan & Ainul pulang, kami berbual sakan dgn Ila &… yang dtg menggantikan Gee & Mid untuk menemani kami di rumah tamu KPT (Kolej Pelajar Terengganu).
Alhamdulillah, seronok dapat kawan baru lagi! Indahnya ukhuwah ini!

Read Full Post »

June 12, 2006

Dari tetingkap kapal terbang Lufthansa, saya perhatikan tanah tandus yang bakal kami jejaki. Perang kemerah-merahan. Sedikit sekali tompok2 hijau kelihatan. Berdebar2 melihat tayar yang hampir mencecah bumi Kaherah. Segala perasaan bercampur baur. Antara gembira dan… er, takut? Yang pastinya, saya gementar!

Lapangan terbang dipenuhi warga arab yang berbagai2 ragam. Hingar-bingar. Sedikit sekali warga asing (termasuk saya dan hafizah?) yang menanti giliran untuk diperiksa oleh Pegawai Kastam. Gerun juga melihat tubuh2 besar di sekeliling kami.

Hush..! Hush..!
Beberapa syeikh2 Arab berkata ke arah kami, sambil memberi isyarat supaya kami ke hadapan – memenuhkan barisan. Barisan? Walhal kami hampir2 melampaui garisan kuning (yg sepatutnya kami berbaris di belakangnya). Kami pura2 tak mengerti. Tidak sanggup kami dimarahi pegawai yg bertugas… Kami sedar, kami hanya pendatang!

Saya mengharapkn agar sepupu saya tiba sebaik kami selesai urusan di airport – demi berlepas diri drp suasana yg kami belum serasi dengannya. Atau sekurang2nya, bertemu dgn Malizi agar terasa ringan bebanan hati. Saya melihat cuaca di luar. Senja sudah pn berlabuh. Pastinya sepupu saya ke Masjid. Redha. ‘Penghuni’ airport semakin berkurangan. Handphone? Lebih baik dimatikan. Tiada coverage. Namun, setelah sejam menunggu, kami berusaha mencari telefon awam. Alhamdulillah, sepupu berjaya dihubungi slps beberapa kali. Terbayang juga wajah sahabat baik saya, Ainul. Pastinya dia sedang menanti ketibaan kami.

Ah, tidak sabar rasanya untuk ‘berkenalan’ dgn Ardhul Kinanah!

Read Full Post »