BismiLLah…
Alhamdulillah, dan insya’Allah, sekali lagi PPIMI akan menganjurkan Perhimpunan Ukhuwah Insaniyyah Seluruh Ireland atau lebih dikenali dengan nama PUISI pada musim sejuk yang akan datang. PUISI bukanlah program yang berbentuk sastera yang mengajak para pesertanya bersajak atau berdondang sayang, tetapi PUISI adalah sebuah program yang menghimpunkan warga Malaysia khususnya pelajar di seluruh Ireland dan United Kingdom bagi bersama-sama berbincang dan berkongsi wadah yang tidak mungkin kita perolehi daripada kuliah-kuliah di kolej-kolej dan universiti di sini. Lebih-lebih lagi, pada penghujung musim sejuk, rata-rata pelajar di UK dan Ireland akan bercuti. Jadi, PUISI adalah antara solusi terbaik untuk memenuhi masa yang terluang.
PUISI 07
Tema:
Begin With The End In Mind
Tarikh:
23 – 26 Disember 2007
Tempat:
Mt. Melleray Scout Centre
Yuran:
35 Euro Sahaja!
PUISI 07 kali ini merupakan kesinambungan daripada PUISI 06 yang lalu, yang bertemakan “7 Habits of Highly Effective People“. Bagi memenuhi tuntutan habit yang ke-7, iaitu ‘sharpen the saw’, pada tahun ini PPIMI membawakan ‘Begin With the End in Mind’ untuk sama-sama kita saling muhasabah, adakah langkah yang kita aturkan dan jalan yang kita lalui akan benar-benar membawa kita untuk mencapai matlamat hidup kita yang sebenar? Speaker utama yang akan mengupas tajuk ini adalah Us. Hasrizal Abdul Jamil.
Promo PUISI 07:
Untuk maklumat lanjut mengenai PUISI 07, sila layari: http://puisi07.ppimi.org/
atau laman penganjur: http://www.ppimi.org/v1/news.php
atau emailkan pertanyaan anda kepada: puisi07@ppimi.org