Feeds:
Posts
Comments

Archive for May, 2009

10A, titik.

BismiLLah…

NILAI 28 Mei — Setiap pelajar yang menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) hanya dibenarkan mengambil 10 subjek maksimum mulai tahun depan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Serentak dengan itu, beliau berkata, beberapa perubahan akan dilakukan terhadap sistem pengredan SPM.

“Ia akan mempunyai banyak implikasi positif, satu yang pasti adalah para guru akan berupaya memberi lebih tumpuan terhadap bilangan mata pelajaran utama dan guru juga akan lebih khusus,” katanya.  – Utusan

Saya terdiam. Mahu setuju atau tidak?

Secara peribadinya, saya sendiri tidak bersetuju apabila ‘adik-adik’ kita berkejar-kejar mengumpul bilangan A terbanyak. Persoalan ‘hilang tumpuan’ bukan isunya, tetapi apa gunanya kalau ambil subjek yang ‘overlap’ antara satu sama lain, semata-mata untuk menambahkan bilangan A? Contohnya, jika sudah ambil subjek Biologi, Fizik dan Kimia, kenapa perlu ambil subjek Sains? Atau, situasi yang lebih dekat dan menjadi isu di sekolah saya dahulu, mengapa perlu ambil subjek Pendidikan Islam jika sudah ada Pendidikan al-Quran & as-Sunnah dan Pendidikan Syari’ah Islamiyah? Tetapi, jika mahu ambil subjek yang banyak kerana mahu meluaskan ‘horizon’ atau skop pemikiran dan ilmu pengetahuan, bukankah itu suatu yang patut dipuji dan dicontohi? (Ya, balik kepada niat kita)

Adapun, keputusan TPM kelmarin benar-benar memeranjatkan saya. Bagi saya, mengehadkan matapelajaran kepada 10 adalah keterlaluan. Seingat saya, semasa SPM 2002, pelajar aliran Sains di sekolah saya diwajibkan mengambil 11 subjek minimum. Empat subjek teras: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, tiga subjek wajib aliran sains: Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, dan tiga subjek wajib ‘sekolah arab’: Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiyah. Jadi, mulai tahun hadapan, terpaksalah pelajar aliran sains di sekolah saya mengkompromikan salah satu daripada 3 subjek wajib sekolah.

Bantahan saya bukan semata-mata kerana sekolah saya, tetapi kerana memikirkan kelebihan mengambil subjek  tambahan kepada subjek wajib bagi aliran yang dipilih (Ah, Bahasa saya pun sudah caca-merba). Lagipun, bukan kami, pelajar aliran Sains Agama sahaja yang membantah, pakcik-pakcik MIC juga!

Saya terfikir, adakah pakcik-pakcik menteri itu bimbang, generasi baru akan lebih pandai dan lebih luas pengetahuan daripada mereka? Atau, adakah pekerja di kementerian itu begitu malas, atau teknologi di negara kita terlalu terkebelakang untuk menapis matapelajaran yang diambil supaya tiada yang bertindan (overlap)? Atas dasar apakah sebenarnya mereka berpendapat bahawa pelajar (dan guru-guru kepada pelajar) yang mengambil lebih daripada 10 subjek itu hilang tumpuan daripada subjek asas aliran masing-masing?

Iklan UCD Horizon

Iklan UCD Horizon

Oh, tiba-tiba saya rindukan kolej saya di Dublin. Batch saya adalah perintis kepada ‘UCD Horizon‘, di mana selain daripada subjek asas kursus perubatan, kami dibenarkan (diwajibkan) untuk mengambil sekurang-kurangnya satu subjek di luar kursus pada setiap semester tahun 1 hingga semester pertama tahun 3. Dan kami tidak dibenarkan mengambil subjek yang overlap. Ya, di UCD yang teknologi IT nya agak terkebelakang daripada Malaysia mempunyai sistem begitu. Dan program UCD Horizon inilah yang menyebabkan kebanyakan pelajar berasa bangga dengan universiti kami. Seorang pelajar perubatan mempunyai pengetahuan (sekurang-kurangnya asas) dalam ilmu perniagaan dan seorang pelajar kejuruteraan mempunyai asas pengetahuan dalam perubatan! Ya, pastinya universiti juga berbangga dengan produk-produknya. (oh, ini statement perasan)

Dengan itu, saya amat berharap agar encik TPM mempertimbangkan kembali keputusannya, kerana mengehadkan matapelajaran kepada 10 itu sangat merugikan pelajar. Pelajar akan semakin sempit pemikirannya, dan tidak mampu berfikir di luar kotak (out of the box). Bukankan ini akan merugikan negara juga?

Read Full Post »

Perkongsian IV

BismiLLah…

Di sini saya simpulkan apa yang saya dapat daripada 3 pembentangan yang seterusnya (Reality and The Effectiveness of the Zionist Project, Revival of Islam in Palestine and Facing the Zionist Agenda, The End of Zionism) oleh Dr Mohsen Saleh dan Dr Azzam Tamimi.

Beberapa perkara penting yang perlu kita tanamkan dalam minda dan sanubari kita adalah, kemunculan dan kejayaan Zionis dan Israel sebenarnya berlaku di atas kelemahan umat islam sendiri. Ya, lihat saja sejarah Turki ‘Uthmaniyah yang begitu memilukan. Mereka (orang kafir) tahu dan percaya kekuatan umat islam terletak pada kesatuan, dan mereka berjaya memecahbelahkan kita dengan pelbagai cara, termasuklah  dengan menerapkan semangat nasionalisme dalam diri umat islam. Dan lebih malang, kerana kejatuhan Empayar ‘Uthmaniyah yang sebelumnya begitu gah dan hebat, umat islam zaman kini menjadikan alasan bahawa kita terlalu lemah dan tidak mampu berbuat apa untuk menyelamatkan saudara islam kita yang ditindas. Ya, kita terlalu memandang Israel (Zionis) sebagai suatu kuasa yang hebat, dan menjatuhkan Zionis itu satu perkara yang mustahil. (Kalau di Malaysia, kita boleh lihat tidak sedikit yang sudah berputus asa memboikot barangan2 yang menyumbang kepada Zionis. katanya, itu perkara yang sia-sia dan menyusahkan umat islam sendiri.)

Adakah Zionis benar-benar kuat?

  • Mungkin ya, kerana kita melihat Zionis sebagai suatu kuasa besar yang dilindungi oleh kuasa-kuasa besar yang lain. (yang sebenarnya kebanyakan mereka adalah drp golongan yahudi juga)
  • Menurut beliau, pemimpin Eropah memberi sokongan kepada Yahudi kerana bimbang digelar sebagai anti-semitik jika enggan. (Dahulu orang2 Yahudi di Eropah pernah ditindas dengan dahsyat oleh golongan anti-semitik)
  • Tentera Israel semakin berkurangan, ramai anak-anak muda di Israel enggan menyertai tentera.
  • Semangat tentera juga kian lemah dek kegagalan menguasai semenanjung Gaza walaupun bertempur dengan segala teknologi moden yang ada.
  • Menurut beliau lagi, Perdana Menteri Israel juga tidak yakin sama ada mampu kekal sebagai kuasa dunia untuk 50 tahun lagi.
  • Israel juga bergantung kepada kerjasama negara-negara Islam di sekelilingnya (Mesir, Jordan, Arab Saudi) agar kekal berkuasa
  • Negara-negara Islam seperti Mesir enggan membantu warga Palestin kerana khuatir kemenangan Hamas akan membawa kepada kemenangan ikhwanul muslimin di mesir.
  • Kalau umat islam meneliti bagaimana Apartheid boleh dijatuhkan, kita juga akan mampu menjatuhkan Zionis; total rejection (requires unity of the ummah), resistance, maintain the activity against Zionist. (Jadi, teruskanlah memboikot!)

Percayalah, seandainya seluruh umat islam itu bersatu, dengan izin Allah, kita akan menjadi ummah yang terkuat!

===

Video: Ya ‘Abid al-Haramayn

Translation:

‘O ye who worships in the vicinity of the Two Holy Sanctuaries!
Had you witnessed us in the battlefield
If you but see us, you will realise that
you are only jesting in worship.

He who brings wetness to his cheek with his tears should know
that our necks are being wet by our blood.
He who tires his horses without purpose,
now that our horses are getting tired in battle.

Scent of perfume is yours,
while ours is the glimmer of spears
and the stench of dust [in battle].
We were narrated about in the speech of our Prophet,
an authentic statement that never lies.
That the dust that erupts by Allah’s horses
and which fills the nostrils of a man
shall never be combined with the smoke of a raging Fire.

This, the Book of Allah speaks among us that
the martyr is not dead,
and the truth in Allah’s book cannot be denied.’

*Dr. Mohsen ada menyebut tentang perbezaan Tanah haram (holy land) di bumi Hijjaz (Makkah & Madinah) dan Baytul Maqdis di Palestin. Dan seperti yang disebut di dalam sya’ir oleh Syeikh Abdullah ibn al-Mubarak di atas, bumi Hijjaz adalah tempat Muslimin mengabdikan diri dalam bentuk haji & umrah, towaf, solat (i.e. beribadah dalam keadaan yang ‘selesa’ dan tenang), dan bagi penduduk di Baytul Maqdis atau Palestin, pengabdian mereka kepada Allah adalah dengan Jihad yang memerlukan pengorbanan darah!

Read Full Post »

BismiLLah…

Zionisme vs Judaisme (Dr. Azzam Tamimi)

Dr. Azzam mengungkapkan kekecewaan beliau terhadap rata-rata umat islam sekarang yang memandang sama rata antara Zionis dan Yahudi. Malah, beliau turut menegur KITA yang menggunakan ayat al-Quran dalam konteks yang salah untuk menjustifikasikan kebencian kita terhadap Yahudi. Walhal, bukan semua Yahudi itu seperti yang kita bayangkan. Ya, Yahudi tidak sinonim dengan Zionis. Seharusnya kita menghormati orang Yahudi selagi mana mereka tidak memerangi kita. Bukankah Allah memerintahkan kita agar berbuat baik sesama manusia?

Sembahlah Allah dan janganlah kamu mensekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah terhadap kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat, orang yang dalam perjalanan dan hamba sahaya. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri” (Ali ‘Imran: 36).

Dr. Azzam menyeru kita, umat Islam agar membetulkan ‘mindset’ kita, dan memisahkan istilah Yahudi dan Zionis, kerana ‘mindset’ yang salah akan menyukarkan proses perdamaian antara Muslim dan Yahudi. (NB: perdamaian di sini bukan bermaksud perjanjian perdamaian yang dilakukan oleh barat) Ya, kalau kita meneliti sejarah silam, orang Yahudi dan Islam pernah berada dalam satu masyarakat yang sama, di bawah pemerintahan yang sama tanpa masalah. Gerakan Zionislah yang bertanggung jawab terhadap krisis perkauman (dan keagamaan) antara Yahudi dan Islam.

Menurut beliau lagi, dahulunya kebanyakan Yahudi serta “ulama’-ulama’”nya membenci Zionis kerana  ia bercanggah dengan ajaran Thalmud. Malah, Yahudi Ortodoks (Naturei Karta) menganggap Theodor Herzl dan Zionis lainnya sebagai ‘murtad’. Zionis adalah gerakan ‘racist’ yang menyeru kepada penubuhan negara Yahudi. Mereka menggunakan doktrin agama seperti ‘Land of Promise’ dan ‘chosen people of God’ untuk mendapat sokongan daripada Yahudi.

Terdapat 3 perkara penting (the three covenants) dalam Thalmud;

  1. Tidak pulang ke Palestin sebelum kedatangan ‘Messiah’,
  2. tidak terlibat dalam peperangan dengan bukan-Yahudi (Goyim) kerana sejarah menunjukkan kekalahan demi kekalahan tentera Yahudi dalam peperangan,
  3. tidak berdoa agar ‘Messiah’ mereka muncul hinggalah tiba waktunya.

Walaupun pada mulanya Yahudi menentang ideology Zionis yang melanggar Thalmud, namun peristiwa Holocaust memaksa mereka akur kepada keperluan penubuhan negara bangsa Yahudi. Ya, ramai pengkaji searah berpendapat peristiwa Holocaust adalah batu loncatan kepada kejayaan Zionis dan penubuhan negara haram Israel. Dan kini, tidak sedikit daripada bangsa Yahudi yang akhirnya mengasosiasikan agama dan bangsa mereka dengan Zionisme.

Saya rasa terpukul, baru beberapa minggu sebelum konvensyen ini, kami berbincang tentang Protokol Zionis (Protocols of the Elders of Zion), dan hari ini (hari konvensyen) Dr. Azzam menyatakan bahawa protocol itu palsu! Anda boleh menggunakan sumber internet untuk mencari kajian ahli sejarah dan akademik berkenaan protocol ini. (Sila klik sini, sini dan sini atau sini) Beliau menegur sikap kebanyakan kita yang merujuk dan menyebarkan protocol tersebut tanpa mengkaji sumbernya. Dahulu, protocol ini digunakan untuk menjustifikasi tindakan German yang menyembelih orang-orang Yahudi (Holocaust). Walhal, pada waktu yang dikatakan protocol ini ditulis, orang Yahudi masih lemah dan ditindas, dan Zionis juga masih baru dan ditentang oleh kebanyakan Yahudi. Protokol itu terlalu sempurna untuk ditulis oleh Zionis pada waktu itu.

Beberapa nasihat Dr. Azzam kepada kita, Muslim:

  1. Mengkaji punca konflik Palestin-Israel ke akar umbinya.
  2. Bersikap adil terhadap Yahudi (i.e. treat them with regard to the people of the book)
  3. Membuka peluang untuk berdialog dengan pro-Israel, khususnya di barat
  4. Tidak menggunakan isu agama semata-mata untuk mendapatkan sokongan terhadap Palestin, tapi kaitkan juga dengan isu kemanusiaan seperti isu Vietnam dan kekejaman Amerika, Afrika Selatan dan Apartheid.
  5. Kita harus (mesti) percaya bahawa agenda Zionis akan berakhir. Namun, kejatuhan Zionis bukan bermakna pengakhiran Yahudi, kerana punca permasalahan kita hari ini bukanlah Yahudi, tetapi Zionis. Dan Yahudi berhak menetap di mana mereka berada, selagi mana mereka tidak memerangi rakyat setempat dan tempatan.

Read Full Post »

Penubuhan Negara ‘haram’ Israel (Sambungan)

  1. Orang-orang Yahudi di seluruh Eropah ditindas, malah dibunuh di Rusia (Czarist Pogroms). Semuanya kerana semangat anti-semitisme yang ‘dianuti’ oleh kebanyakan penduduk Eropah yang ‘racist’. Maka mereka perlukan sebuah negara bangsa Yahudi yang boleh menjamin perlindungan dan menjaga kebajikan mereka.
  2. Palestin bukanlah pilihan pertama, tetapi Palestin dipilih disebabkan cadangan negara lain sebagai negara Yahudi ditolak.
  3. Sejak 1880an, orang Yahudi mula berhijrah ke Palestin dan bermastautin di sana.
  4. Selain itu, propaganda Hibat Zion juga disebarkan oleh puak Zionis untuk menarik orang Yahudi agar ‘kembali’ ke ‘bumi yang dijanjikan’ (The promised land)
  5. Penduduk Palestin mula menyatakan protes pada 1893 atas kemasukan dan pendudukan Yahudi di Palestin. Namun dek kemerosotan kuasa ‘Uthmaniyah dan campur tangan British, protes-protes tersebut dipandang sepi.
  6. Selepas persidangan Zionis pertama (1897), Theodor Herzl menawarkan sumber kewangan kepada Turki (Turki pada waktu itu menanggung hutang yang banyak) sebagai tukaran kepada Palestin untuk dijadikan negara Yahudi. Tetapi Sultan Abdul Hamid II yang bekerja keras mempertahankan Turki ‘Uthmaniyah yang berada di ambang kejatuhan menolak.
  7. Huru-hara di negara-negara Arab dan kekalahan dalam Perang Dunia Pertama membawa kepada kejatuhan Empayar ‘Uthmaniyah dan pendudukan British di Palestin.
  8. Dalam Deklarasi Balfour 1917, British menyokong penuh penubuhan ‘national home of the Jewish’ di Palestin.
  9. Puak Zionis mula mendakwa Palestin mempunyai nilai sejarah yang penting bagi Yahudi untuk menjustifikasi hak mereka terhadap Palestin. Sebahagian pembesar British membantah, tetapi tidak dilayani.
  10. Dalam laporan King-Crane Commission 1919, disebut bahawa Program Zionis tidak akan dapat dilaksanakan melainkan dengan kekerasan (kerana bantahan orang Arab Palestin dan kawasan sekitarnya terhadap penubuhan negara Yahudi di Palestin). Ya, rutin mendapatkan tanah secara kekerasan itu berlaku hingga ke hari ini.
  11. Sekitar Perang Dunia Kedua (1939-1945), semakin ramai kaum Yahudi membanjiri bumi Palestin, khususnya dari German akibat Holocaust.
  12. Pada tahun 1947, bahagian Barat Palestin dibahagi kepada tiga bahagian (kawasan Yahudi, Arab, dan UN) atas arahan United Nations Special Committee on Palestine (UNSCOP).
  13. Dan pada 1948, Ben-Gurion mengisytiharkan penubuhan negara Israel, diikuti dengan pemusnahan etnik Palestin secara besar-besaran oleh kumpulan pengganas Irgun, Haganah dan Stern di Deir Yassin. Lebih 70 ribu penduduk asal Palestin menjadi pelarian, dan ‘Kampung-kampung’ yang dikosongkan diduduki oleh kaum Yahudi. (Peristiwa Nakbah).
  14. Amerika Syarikat mula mengiktiraf negara Israel, diikuti oleh Iceland, Romania, Uruguay, Soviet Union dan Ireland.
  15. Menurut Henry Cattan dalam bukunya Palestine and International Law, penubuhan negara Israel tidak sah di sisi undang-undang antarabangsa, kerana Israel tidak mencapai syarat-syarat pembinaan negara: “a people, a defined territory, and a government.

Read Full Post »

Perkongsian I

BismiLlah…

Dedikasi buat Raihan dan sahabat-sahabat lain yang tidak berpeluang menghadiri Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis.

Tajuk 1: Kejatuhan Islam (Empayar ‘Uthmaniyah) dan penubuhan Negara ‘haram’ Israel.
oleh: Dr. Roslan b Mohd Nor

Sebetulnya, dalam banyak-banyak tajuk yang dibincangkan, saya paling tertarik dengan tajuk ini. Bukan kerana penceramah, tetapi memang semata-mata kerana tajuk ini. Kerana bagi saya, banyak yang kita perlu belajar daripada sejarah kejatuhan Empayar ‘Uthmaniyah.

Apa pula kaitan kejatuhan Empayar ‘Uthmaniyah dan Palestin? Palestin berada dibawah naungan islam sejak tanah suci itu dibebaskan oleh Solahuddin al-Ayyubi hinggalah saat-saat kemerosotan Empayar ‘Uthmaniyah yang akhirnya menyebabkan Palestin jatuh ke tangan Zionis.

Kejatuhan Empayar ’Uthmaniyah

Menurut penceramah, Cristopher Catherwood, seorang penulis British menulis di dalam bukunya A Brief history of The Middle East, bahawa setiap konflik yang berlaku di Timur Tengah seperti isu Palestin, perang teluk di Iraq, termasuk peperangan di Bosnia dan Kosova berpunca daripada kemusnahan Empayar ‘Uthmaniyah.

Mengapa tidak? Bukankah terdapat hadith yang menyebut;

That heard Allah’s Apostle saying, “We are the last but will be the foremost to enter Paradise).” The Prophet added, “He who obeys me, obeys Allah, and he who disobeys me, disobeys Allah. He who obeys the chief, obeys me, and he who disobeys the chief, disobeys me. The Imam is like a shelter for whose safety the Muslims should fight and where they should seek protection. If the Imam orders people with righteousness and rules justly, then he will be rewarded for that, and if he does the opposite, he will be responsible for that.” [Sahih Bukhari: Volume 4, Book 52, Number 204]

Maka, dengan berakhirnya khilafah atau pemerintahan islam, maka berakhirlah pembelaan terhadap umat islam itu sendiri. Malahan, umat islam masing-masing semakin tidak mempedulikan nasib saudara seagama mereka di Negara sendiri mahupun di Negara lain.

Sabda baginda lagi:

لينقضن ‏‏ عرى ‏ ‏الإسلام ‏‏ عروة ‏‏ عروة ‏ ‏فكلما انتقضت ‏‏ عروة ‏ ‏تشبث الناس بالتي تليها وأولهن نقضا الحكم وآخرهن الصلاة

The knots of Islam will be undone one by one until every one of them is undone, and the first one to be undone is the knot of ruling (by the Book of Allah) and the last one is the knot of prayer (Solah) [Musnad Ahmad]

Turki ‘Uthmaniyah berada di puncak kegemilangannya hinggalah zaman pemerintahan Sultan Suleyman al-Qanuni (1520-1566). Selepas baginda turun daripada takhtanya, Empayar ‘Uthmaniyah semakin merosot sedikit demi sedikit dek serangan-serangan musuh daripada luar dan kelemahan pemerintah sendiri.

Terdapat empat perkara yang digariskan oleh penceramah, sebagai sebab-sebab kejatuhan khilafah ‘Uthmaniyah.

  1. Hutang
  2. Revolusi arab
  3. Perjanjian rahsia Skyes-Picot  antara Perancis dan Britain
  4. Kekalahan Jerman yang menjadi proksi Kerajaan ‘Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama.

Hutang

Dolmabahce Palace

Dolmabahce Palace - kediaman diraja yang baru

Kerajaan ‘Uthmaniyah mula membuat pinjaman (baca: berhutang) dengan Bank Eropah sekitar pertengahan abad ke-18 untuk membiayai pembaik-pulihan stesen kereta api, kekurangan dalam pendapatan Negara, dan perbendaharaan Diraja yang mewah dan berlebih-lebihan. Pastinya, terma dan syarat pinjaman dibuat oleh orang British dan Perancis yang licik, yang konon-kononnya membantu memudahkan urusan peminjaman. Maka, kegagalan kerajaan Turki ‘Uthmaniyah membayar balik wang tersebut mengakibatkan pemilikan jajahan takluk Turki ‘Uthmaniyah beralih tangan kepada kuasa-kuasa besar Eropah.

Revolusi Arab 1916

Bangsa Arab, terkenal dengan bangsa yang begitu bangga dengan bangsa mereka sendiri. Mereka adalah bangsa terbaik kerana ramai nabi-nabi yang lahir dari kalangan bangsa mereka. Maka, tidak hairan jika mereka tidak senang untuk berada di bawah kekuasaan ‘Uthmaniyah yang bukan dari bangsa Arab. British mengambil peluang ini untuk menyemarakkan lagi semangat nasionalisme Arab, seterusnya menghasut supaya menuntut kemerdekaan daripada ‘Uthmaniyah. Sharif Husayn ibn ‘Ali, gabenor Saudi yang dilantik oleh ‘Uthmaniyah membuat perjanjian dengan Sir Henry Mc Mahon untuk mengadakan Revolusi. Sebagai pulangan, British menjanjikan sokongan penuh terhadap “pembebasan” ‘Arab Sa’udi daripada ‘Uthmaniyah, jaminan negara-negara di Semenanjung Tanah ‘Arab di bawah kekuasaan Sa’udi, dan subsidi, termasuk bantuan ketenteraan kepada keluarga Hasheemiyah (Hashimites). Malangnya, tanpa pengetahuan mereka, perjanjian tersebut awal-awal lagi telah terbatal dengan wujudnya perjanjian rahsia Skyes-Picot antara Perancis dan British. Akhirnya, Keluarga Hasheemiyah tidak mendapat apa-apa faedah selain daripada kemerdekaan, dan Empayar ‘Uthmaniyah yang menjadi mangsa belot semakin melumpuh.

Perjanjian rahsia Skyes-Picot

Perjanjian ini telah termeterai secara rahsia di antara Perancis dan British pada 16 Mei 1916, tahun yang sama berlakunya revolusi Arab, dengan jangkaan bahawa Turki ‘Uthmaniyah akan jatuh dan kalah di dalam Perang Dunia Pertama yang telah bermula sejak 1914. Dalam perjanjian ini, kawasan taklukan ‘Uthmaniyah telah dibahagi-bahagikan kepada beberapa bahagian; kawasan Trans-Jordan (Jordan, selatan Iraq dan Hayfa) kepada British, Turki, utara Iraq, Lubnan dan Syria kepada Perancis, Istanbul, Selat Bosphorus dan Armenia kepada Rusia. Palestin pada mulanya diletakkan sebagai ‘zon Antarabangsa’, namun selepas perjanjian tersebut diumumkan, British menduduki Palestin.

Kekalahan Jerman dalam Perang Dunia Pertama

Turki ‘Uthmaniyah telah menandatangani perjanjian dengan Jerman pada tahun 1914 sebagai proksi kepada negara tersebut untuk menentang Rusia dalam Perang Dunia Pertama. Walaupun pada mulanya kemenangan berpihak kepada tentera ‘Uthmaniyah, namun selepas penyusunan semula tentera British, akhirnya British berjaya menawan Baghdad dan Jerusalem pada tahun 1917. Revolusi Arab disebutkan sebagai salah satu faktor yang menyumbang kepada kekalahan ‘Uthmaniyah dalam peperangan tersebut. Sehubungan itu, Deklarasi Balfour 1917 telah diadakan oleh kerajaan British sebagai tanda simpati terhadap aspirasi Zionis Yahudi. Dalam deklarasi tersebut, kerajaan British menyatakan perancangan mereka untuk menjadikan Palestin sebagai ‘national home’ bagi bangsa Yahudi.

Dengan itu, pendudukan Palestin oleh Yahudi pun bermula…

====

Bagaikan terngiang-ngiang di telinga saya, kata-kata tegas Sultan Abdul Hamid II (1876-1909) kepada Theodor Herzl yang ingin membeli Palestin daripada ‘Uthmaniyah;

“Saya menganjurkan supaya dia (Hezrl) tidak meneruskan perkara ini (usaha mendapatkan tanah Palestin). Saya tidak dapat menjualkan walaupun satu kaki persegi daripada tanah ini kerana ianyabukan milik saya, tetapi milik rakyat saya . Rakyat saya telah membentuk serta mengekalkan Empayar ini dengan pengorbanan dan darah, dan kami akan mempertahankannya dengan darah kami sebelum menyerahkannya kepada sesiapapun. Biarlah yahudi-yahudi itu menyimpan sahaja wang mereka yang berbilion-bilion itu. Jika sekiranya Empayar ini berpecah, maka mereka bolehmengambil Palestin secara percuma. Tetapi mestilah dilangkah mayat kami dahulu, dan saya tidak akan membenarkanianya berlaku atas sebab apapun”

Nah, selama ini kita hanya melihat manisnya kegemilangan Islam di mata dunia. Kita terlupa untuk meninjau sejarah pahit, akibat kepincangan umat Islam sendiri.

Mari fikir-fikirkan, apa peranan kita?

=====

Rujukan:

– Nota Ceramah KBAZ Oleh Dr. Roslan
– History of the Ottoman empire and Modern Turkey oleh Ezel Kural Shaw
– Wikipedia

Read Full Post »

Next in line

BismiLLah…

Upcoming exam:

22 May 2009
Paediatric Short Case
Paediatric MCQ
Paediatric Short Notes

===

Ganbatte kepada semua kawan-kawan yang akan menempuhi peperiksaan akhir rotasi. Semoga Allah permudahkan.

Read Full Post »

BismiLLah…

Bicara tentang warna.

Ini Warna Dunia

Merah
Kuning
Biru
Putih
Oh, itu warna ‘gemilang’!
Tapi kata adik;
Warna itu menghapus girang.

Kata orang,
Merah itu keberanian
Tapi kenapa ia mengundang ketakutan?

Kata orang,
Kuning itu ceria
Tapi kenapa ibu bermuram durja?

Kata orang,
Biru itu perpaduan
Tapi kenapa ia memisahkan?

Kata orang,
Putih itu suci
Tapi kenapa ia meremukkan hati?

Ibu,
Kerana warna manusia bahagia
Kerana warna manusia derita
Kerana,
Bahagia dan derita
mewarnakan dunia

5 Mei 2009M @ 10 Jumadil Ukhra 1430H
Wad Kanak-kanak
Hospital Seberang Jaya

Read Full Post »