Feeds:
Posts
Comments

Archive for December, 2007

It’s Zulhijjah!

BismiLLah…

Sekadar peringatan…

Sudah masuk bulan Zulhijjah. Bererti sudah di penghujung tahun 1428 H. Mari muhasabah diri, di samping mengambil manfaat daripada kelebihan bulan ini, khususnya 10 hari pertama.

Read Related Article.

Mood: Tak sabar untuk menjejakkan kaki ke Maghribi!

Read Full Post »

Troublesome

BismiLLah…

Saje menjenguk blog sendiri yang mungkin sesuai diumpamakan sebagai rumah tinggal yang telah didiami lelabah. Sawang bergantung-gantungan di serata penjuru.

Alhamdulillah, telah selesai me’muat naik’ kerja kursus untuk projek Multimedia semalam – selepas seminggu berhempas pulas dari pagi hingga ke pagi. Dan kini, hanya tinggal seminggu lagi untuk menelaah dan menghadam segala ilmu yang dipelajari selama 3 bulan sejak bergelar pelajar perubatan tahun tiga ini.

Jadual peperiksaan:

12 Disember – Central Nervous Systems Disease
12 Disember – Gastrointestinal and Hepatobiliary Disease
13 Disember – Endocrine Disease
15 Disember – Respiratory Biology
18 Disember – Web Multimedia
18 Disember – Haematology Disease, Immunosuppression and Transplantation

Selamat Maju Jaya untuk semua rakan2 dan juga adik2 dan kakak2 yang juga menghadapi peperiksaan akhir semester.
Ma’at toufeq wan-Najaah.

—————-

Selingan:

Aman
Album : Aman
Munsyid : Rabbani
http://liriknasyid.com

Jangan kau ratapi pada ketentuan ini
Pohonlah petunjuk agar kau tenang di hati
Bersyukurlah kasu sabarlah dan reda
Kita dicuba dan diuji kesakitan, ketakutan

Kadangkala kehampaan
Walau kau hebat diuji di dunia fana ini
Hebat lagi di sana

Dari itu hentikan ratapan dan keluh hatimu
Sesungguhnya dalam kesempatan ada kelapangan
Dan sebaliknya

Setiap suratan yang kita tempuhi
Lihatlah hikmah yang tersembunyi
Dari itu pohonlah hanya kepadanya
Lapangkan hati yang sengsara

Redha menjadi penawar mengenal erti sabar
Redha pabila ditimpa musibah dan segala pancaroba dunia
Redha menjadi penawar mengenal erti sabar
Redha cerminkan keperibadian mulia
Hampirkan kita kepadanya
Redha menjadi penawar mengenal erti sabar

Read Full Post »