Feeds:
Posts
Comments

Archive for February, 2009

‘Malaysia dilanggar katak’

BismiLLah…

Oh, saya teringat mitos-mitos Tanah Melayu lama dulu; ‘Singapura dilanggar Todak’. Nampaknya Tanah Melayu memang diminati oleh haiwan-haiwan air. Kali ini Malaysia dilanggar katak. Mahu melihat apa nasib Hang Nadim versi moden.

Read Full Post »

Erdogan, Peres dan Gaza

BismiLLah…

Tidak Professional?

Semalam saya terpana menonton tindakan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan yang tidak semena-mena meninggalkan pentas forum ekonomi yang dihadiri pakar-pakar ekonomi dunia selepas bertikam lidah dengan Presiden Israel, Shimon Peres. Saya kagum dengan kelantangannya mengecam kekejaman Israel di khalayak antarabangsa; membuktikan keberaniannya dalam menegakkan kebenaran. Dan pastilah, saya tersenyum puas melihat si hidung tinggi Peres itu di’jatuh’kan air mukanya.

Namun, saya terfikir, apakah kesan langsung dan tidak langsung daripada perlakuan Erdogen yang sebegitu berani? Apa reaksi dunia, kesatuan Eropah dan rakyat Turki sendiri? Jika hanya dilihat pada zahirnya, atau jika berfikir dengan akal yang pendek, saya melihat tindakan Erdogan itu sebagai satu tindakan yang tidak matang. Ya, sepertimana saya terfikir untuk bangun meninggalkan ‘majlis’ apabila saya geram, tidak puas hati atau berasa dimalukan. Kononnya, biar ‘mereka’ tahu ‘kami’ marah. Tetapi saya tidak pernah berani melakukannya. Ya, mungkin kerana saya tidak seberani Erdogan. Dan pastilah jua, isu yang kami hadapi tidak sebesar isu dunia yang dipertahankan oleh Erdogan.

Sebaliknya, jika dinilai dengan akal yang waras, Erdogan benar-benar telah membuka mata dunia. Pertamanya, masih wujud di dunia ini pemimpin dunia yang tidak hanya “kami dengar dan kami ta’at” secara membuta tuli kepada kuasa-kuasa besar dunia yang bejat dan jahat. Pastinya, umat Israel berasa tercabar dengan kritikan keras Erdogan. Ya, paling keras dan kesat. Malahan, Erdogan juga dilihat berani mencabar kewibawaan moderator forum yang bertaraf dunia dan menegur hadirin yang memberi tepukan gemuruh atas ucapan Peres.

Keduanya, Erdogan dilihat sebagai pemimpin yang bijak, langsung tidak mengaitkan tindakannya dengan sokongannya terhadap Gaza. Beliau sebaliknya menjadikan ketidakadilan moderator forum sebagai alasan untuk mempertahankan tindakannya. Hasilnya, walaupun segelintir rakyat Turki mendakwa beliau tidak profesional, sebahagian besar, malah ketua pembangkang kerajaan Turki turut memuji tindakan beliau yang dilihat sebagai mempertahankan maruah negara dan rakyat Turki. Kini, hero Turki ini semakin mendapat tempat di hati rakyatnya yang pro-sekular. Tahniah Erdogan!

Secara tidak langsung juga, Erdogan menjadi wira dunia Islam dek suaranya yang mengatasi suara bangsa-bangsa Arab yang lainnya dalam menangani isu Palestin dan Gaza. Isu Gaza akan terus didengari dunia, dan pembelaan tidak akan begitu mudah berhenti dengan genjatan senjata ‘olok-olok’ Israel. Ya, masih ramai umat dunia ini yang bijak membaca tipu helah raja bangsa terkutuk itu. Moga-moga pemimpin negara (yang majoritinya) Islam yang lain juga bangkit dari lena, bersama-sama berganding bahu mempertahankan agama dan menentang puak kuffar.

Ya Allah, selamatkanlah Gaza, selamatkan Palestin, selamatkan kaum Muslimin di seluruh pelusuk dunia. Ya Allah, Engkau hancurkanlah puak musyrikin yang tidak pernah berhenti memusuhi Islam!

Baca:
Turkish PM storms of in Gaza Row

Erdogan: My anger over Gaza directed at Israeli government, not Jews

Israel: Erdogan’s Davos behavior may ruin Turkey’s EU chances

Erdogan Oh Erdogan
Selepas Kasut Muntazar Ke Muka Bush, “Tipping Point” Erdogan Pula Menjadi

Read Full Post »