Feeds:
Posts
Comments

Archive for September, 2008

‘Eid Mubarak

BismiLLah…

~ Masjid yang dirindu ~

“Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata: Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.”
[HR. Abu Dawud dan an-Nasai dengan sanad Sahih]

(more…)

Read Full Post »

BismiLLah…

Dalam sedar dan tidak, Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya. Moga-moga Allah anugerahkan juga malam-malam yang terakhir ini termasuk malam al-qadr untuk kita. Ameen. Ameen. Ameen.

Sedih, kerana rasa belum benar-benar menghayati Ramadhan ini, sedang ia sudah berada di penghujungnya. Untuk bertemu lagi Ramadhan tahun hadapan, pastilah belum ada kepastiannya. Mudah-mudahan masih panjang jodoh kita dengan Ramadhan.

Semalam ada sesuatu yang benar-benar mengusik jiwa saya. Seketika saya terfikir, mudah sekali kita tersentuh dan menangis apabila sedih, marah, kehilangan orang-orang terdekat, atau gagal peperiksaan (dan mungkin menonton drama yang menyayat hati??). Tapi, mampukah kita menangis apabila mengenangkan dosa yang menggunung? Yang belum pasti diampunkan? Mampukah kita menangis kerana memohon pengampunan Allah? (Ya, saya tahu ramai yang mudah menangis bila memohon sesuatu dalam solat hajat dsb.) dan mampukah kita menangisi pemergian ramadhan? Jika belum, menangislah! Walaupun tangisan itu pada mulanya dibuat-buat. Moga Allah, para malaikat dan segala yang disekeliling kita menjadi saksi kesungguhan kita memohon rahmah dan maghfirah Allah.

– benar-benar rindukan ini!

Read Full Post »

BismiLLah…

“Encik, harap bersabar ye. Ada kes kecemasan di dalam sana. Doktor2 semuanya menguruskan kes tu.”
“Kecemasan apa? Ni pun kecemasan lah!”
“Hm, pesakit tu gagal bernafas, jadi doktor perlu beri bantuan kepada dia.(s
ambil berfikir2 bagaimana mahu menerangkan istilah ‘resuscitation’ kepada pesakit garang ini). “
“Aku ni dah nak mati dah! Tak nampak ka sakit ni?”
(Sambil menekan-nekan perut. Air mukanya cukup menggambarkan kesakitan yang dialaminya)

Saya diam. Mungkin tak perlu dilayan pesakit begini. Maksud saya, tunggu saja hingga doktor tiba. Hendak ditolong pun, perlu mendapat arahan doktor juga. Maafkan kami, saya sendiri akui keadaannya itu juga dikira kecemasan. Ya, kalau mengikut ‘triage‘, pesakit Acute Abdomen termasuk dalam kategori Separa Kritikal. Tetapi jururawat dan pembantu perubatan boleh memberikan rawatan hanya selepas sesuatu kes atau aduan dilihat (review) oleh doktor. Jika tidak, isu medico-legal akan timbul, di mana pesakit boleh membuat aduan mahkamah jika berlaku sebarang kesilapan. Lebih-lebih lagi kesilapan pekerja yang tidak mempunyai ‘authority‘ dalam menentukan rawatan pesakit.

Seketika saya teringat kisah saya di jabatan kecemasan kira-kira 7 tahun lalu. Bukan sebagai pelajar perubatan, bukan juga sebagai pesakit. Tetapi sebagai pengiring pesakit. Ya, ketika itu saya begitu anti-hospital, anti-doktor, anti-ubat-ubatan. Pendek kata, saya anti segala yang berkaitan dengan medikal. Mungkin Allah mahu menguji saya, ramai anak buah (baca: dorm-mate) saya yang selalu sakit-sakit hingga dikejarkan ke hospital. Sebagai ketua dorm, menjadi tanggungjawab saya untuk mengiringi anak-anak buah yang sakit ke bahagian kecemasan. Begitu kerap saya ke Hospital Kota Bharu yang sibuk itu sehingga pakcik Jaga itupun sudah mengenali saya.

Kata-kata yang diluahkan oleh pesakit di atas itulah yang dulunya terlintas di minda saya setelah penat menanti ‘layanan’ daripada pegawai medikal. Bayangkan, tiba di sana dalam waktu Isya’, dan pulang ke asrama antara jam 1-3 pagi! Dan esoknya harus ke sekolah. Sebagai seorang yang bencikan hospital, mana mungkin saya terfikirkan alasan-alasan yang rasional atas kelewatan layanan doktor. Lagikan mahu peduli apa itu triage? Fikir saya ketika itu, mentang-mentang kita ini budak sekolah aja, maka kita dianak-tirikan!

Setelah saya bergelar pelajar perubatan (pre-klinikal) pun, saya pernah menangis dan hampir menjerit di St. James’ Hospital melihat teman saya terjelupuk di lantai tanpa bantuan sesiapa. Tiada kerusi roda. Siapa sanggup melihat teman yang tidak bermaya disuruh berjalan sendiri? Lega bila Kak Zaidah yang bersama saya terus menjerit ke arah jururawat yang memanggil nama teman saya.

Itu dulu. Ketika saya tidak faham. Ketika saya masih jahil tentang selok belok hospital. Ketika perasaan benci saya pada hospital masih menggunung. Kini, giliran saya untuk menelan kemarahan pesakit dan keluarga atau pengiring mereka. Walaupun pahit. Kerana saya tahu, mereka juga tidak belum faham…

Dan hari ini, segala yang menjadi ‘musuh’ saya dahulu adalah kehidupan saya. Moga-moga Allah permudahkan segala urusan. Ameen.

Read Full Post »

Perkara yang membatalkan Puasa (from PAPISMA)

Terlalu ramai umat Islam yg keliru dengan perkara-perkara ibadah, lebih-lebih lagi bab ibadah puasa. Kan dah jelas melalui dari alquran dan sunnah yg sohih, perkara-perkara yg membatalkan puasa seperti penerangan di bawah ini.

From the 9th Fiqh-Medical Seminar, convened at Casablanca, Morocco, during 8-11 Safar 1418, corresponding to 14-17 June 1997, under the eminent auspices of the Commander of the Faith- ful, His Majesty King Hassan II. The theme of the seminar was “An Islamic View of Certain Contemporary Medical Issues”, and it was held jointly with the Hassan II Institute for Scientific and Medical Research on Ramadhan, the ISESCO, the Islamic Fiqh Academy, and the World Health Organisation Regional Office.

Substances and actions that nullify the fasting:

According to the Quran and the authentic Sunnah of the prophet (pbuh) three actions nullify fasting: eating, drinking and sexual intercourse. Therefore, the passing of any solid or liquid sybstance that can be described as food or drink, in any quantity through the gullet would nullify fasting.

Accordingly, the participants agreed unanimously that the following do not nulIify fasting).

  1. Eye and ear drops, and ear wash.
  2. Nitroglycerine tablets placed under the tongue for the treatment of angina.
  3. Insertion into the vagina of pessaries, medical ovules, vaginal washes, vaginal speculum, and doctor’s or midwife’s fingers during pelvic examination.
  4. Insertion of the urethroscope into man or woman radio-opaque media for X-ray diagnosis or bladder irrigation.
  5. Tooth drilling, extraction, cleaning or the use of mis-~ and toothbursh, provided nothing is swallowed into the stomach, do not nullify fasting.
  6. Injections through the skin or muscle or joints or veins, with the exception of intravenous feeding.
  7. Blood donation or receiving blood transfusion.
  8. Oxygen and anaesthetic gases.
  9. All substances absorbed into the body through the skin, such as creams, ointments, and medicated plaster.
  10. Drawing blood samples for laboratory testing.
  11. Catheter and media for arteriography of heart or other organs.
  12. Endoscopy for diagnostic or intervention purposes.
  13. Mouth wash, gargle or oral spray, provided nothing is swallowed into the stomach.
  14. Hysteroscopy or insertion of an intrauterine device.
  15. Biopsy of the liver or other organs.

A majority of participants added the following:

  1. Nose drops, nose sprays, and inhalers.
  2. Anal injections, anoscopes, or digital rectal examination.
  3. Surgery involving general anaesthetic, if the patient decided to fast.
  4. Machine or intraperitoneal renal dialysis.
  5. Use of gastroscope, provided it does not entail the introduction of liquids or other substances into the stomach.
—–
Baca:

Read Full Post »

BismiLLah…

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.
Segala puji bagi Allah yang MAHA Menciptakan. Dengan rahmat dan ‘inayah Allah kepada kita semua, sekali lagi kita diberi peluang untuk mengecapi nikmat Ramadhan yang dinanti-nanti dan dirindu. Semoga kita bersungguh-sungguh menggunakan kesempatan yang ada untuk beramal semaksima mungkin, mudah-mudahan segala ibadah (umum dan khusus) kita diterima oleh Allah.

Selepas 3 tahun menempuh Ramadhan di bumi asing, akhirnya kembali ber-Ramadhan di tanah air sendiri. Mula-mula rasa agak kekok. Masih terbayang-bayang Ramadhan di Dublin. Masih terngiang-ngiang suara merdu suara imam mengalunkan ayat suci al-Quran di dalam solat, dan esak tangis para jama’ah tatkala imam berdoa dalam Qunut Solat Witr. Ya, masih belum hilang rindu saya pada Ramadhan di Dublin. Kadang-kadang saya tertawa sendiri bila terkenangkan kenangan berlari mengejar bas untuk ke Masjid (dan ke tempat lain juga). Episod mengejar bas itu sudah menjadi rutin – kerana orang-orang di sana juga begitu, kerana bas kadang-kadang tidak kerap, kerana tidak tahan menunggu sambil digigit kesejukan! Jadi, usah peduli apa orang kata….

Masjid Dublin yang terkenal dengan Tandoori Pak Usop yang merupakan juadah percuma setiap hari dalam bulan Ramadhan

Masjid Clonskeagh – Saya gemar bertarawih di sini, bacaan imamnya sangat indah dan menusuk kalbu

Masjid Negeri Pulau Pinang – masjid kegemaran saya yang baru

—–

Seperti tahun-tahun yang lepas, menjelang Ramadhan akan tersebar satu ‘hadith’ tentang ‘doa malaikat Jirbril menjelang Ramadhan’ di YM, email2, blog2 dsb. Saya ada bertanyakan ustaz yang dikenali, dan mencari-cari juga di internet jika ada ulasan tentangnya. Alhamdulillah, saya menemukan jawapannya. Menurut ustaz Zaharuddin di web nya, hadith yang tersebar itu tidak sahih daripada Nabi s.a.w., sebaliknya hadith yang paling hampir dengannya adalah seperti berikut:

ثُم رَقى الثَانية فَقال : ( آمِينَ ) ثُم رَقى الثَالثة فَقال : ( آمِينَ ) فقالوا : يا رسول الله سَمعنَاك تَقولُ : ( آمينَ ) ثَلاث مَرات ؟ قال : ( لَما رَقيتُ الدَّرجةَ الأُولى جَاءِني جِبريلُ صلى الله عليه وسلم فَقال : شَقي عَبدٌ أَدركَ رمضانَ فانسَلخَ مِنهُ ولَم يُغفَر لَه فَقلتُ : آمِينَ ، ثُم قَال شَقي عَبدٌ أَدرك والدَيهِ أَو أَحدَهُما فَلم يُدخِلاهُ الجنَّةَ . فَقلتُ : آمينَ . ثُم قَال شَقي عَبدٌ ذُكرتَ عِندهُ ولَم يُصلِ عَليك . فَقلتُ : آمينَ )

Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam naik ke atas mimbar kemudian berkata, “Amin, amin, amin”.
Para sahabat bertanya.”Kenapa engkau berkata amin, amin, amin, wahai Rasulullah?” Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata : ‘Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!’, maka aku berkata : ‘Amin’. Kemudian Jibril berkata lagi. ‘Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke syurga dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’ “.  Kemudian Jibril berkata lagi. ’Hai Muhammad celaka seseorang yang jika disebut nama engkau namun dia tidak bershalawat kepadamu dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’.”
(Riwayat tirmidzi, ibn hibban, Ahmad, Ibn Khuzaymah, Al-Hakim & disetujui oleh Az-Zahabi, Abu Yu’la, At-Tabrani dalam Al-Kabir & al-Awsat, At-Tayalisi, Al-Bukhari dalam Adab Al-Mufrad, Ibn Al-Ja’d, )

Hadith ini memberi amaran dan pengajaran agar :

a. berbuat baik kepada kedua ibu-bapa semasa mereka masih hidup

b. lakukan amalan-amalan yang baik dan mohon banyak2 agar Allah mengampunkan dosa2 kita didalam bulan Ramadhan dengan melakukan ibadat dengan ikhlas, jangan sombong.

c. seseorang yang apabila disebut Nabi saw kepadanya. langsung tidak berselawat kepada baginda; maka inilah dikatakan orang yang berhidung tinggi/sombong!!

—–

baca juga mengenai Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan oleh Ustaz Zaharuddin.

Read Full Post »