Feeds:
Posts
Comments

Archive for August, 2009

Canon of Medicine

BismiLLah…

Kenal dengan tajuk buku ini? Undang-undang dalam Perubatan (Canon of Medicine, Qanun fi-Ttib)

Kerap kali tajuk buku ini diulang sebut. Saya berasa cemburu, dan ingin sekali memilikinya. Alhamdulillah, seorang sahabat telah menghadiahinya kepada saya. Katanya hadiah hari lahir saya sejak 4 tahun yang lalu, setiap tahun sehingga tahun ini. (Oh, buku tersebut versi bahasa arab, ada 4 jilid kesemuanya).

Terharu.

Terima kasih, wahai yang lembut hatinya! Allah yubaarik fiek!

Nampaknya projek jangka masa panjang saya ini perlu diusahakan dengan bersungguh-sungguh. Moga-moga Allah permudahkan.

Read Full Post »

BismiLLah…

Allah said in the Quran, (Chapter 2, verse 258)

“Have you noted the one who argued with Abraham about his Lord, though GOD had given him kingship? Abraham said, “My Lord grants life and death.” He said, “I grant life and death.” Abraham said, “GOD brings the sun from the east, can you bring it from the west?” The disbeliever was stumped. GOD does not guide the wicked.”

Allah mentioned about the debate between Nabi Ibrahim (‘alayhissalam) with the tyrant king, King Namrud bin Kawan bin Kaush bin Sam bin Nuh, who claimed himself as a divine power. So Sayyidina Ibrahim turned on him his own arguments to bring to light his deep ignorance and the worthlessness of his argument.

When Sayyidina Ibrahim came out from fire (which Namrud used to burn him alive), he invited the king to admit the oneness of Allah, he argued that he was also able to gives lives and causes death. He summoned two men who had been sentenced to death, of which he forgave one of them and killed the other. Sayyidina Ibrahim did not continue with the argument, as what he meant with My Lord grants Life and Death” was, It is his Lord who created the universe and life from nothingness, and death and extinction.

Therefore, he continued with other argument. He pointed out to Namrud that Allah brings the Sun from the east, and asked him to show if he could bring it from the West. Namrud was confounded.

Zayd bin Aslam has also said that Allah sent down an angel to this oppressor king to command him to believe, but he refused to believe. The angel invited him a second and a third time, but he still refused each time. So the angel said, “You call your crowds and I will call mine.”

Namrud gathered his armies and forces at the time of sunrise but Allah sent him armies of mosquitoes. The mosquitoes were so many that the Sun was eclipsed by their numbers. They overpowered Namrud and his forces, sucking their blood. One of the mosquitoes got into the nostril of the tyrant king and sytayed there for 400 years. All this time he used to strike his head with a hammer until Allah has caused him to die. This was how Allah punished the non-believers.

Na’uzubiLLah. O Allah, we seek refugee in You, the Almighty.

Source: Stories of the Prophets by Ibn Kathir, published by Idara, edition 2006, page 109-110.

Read Full Post »

BismiLLah…

Sudah lama tidak menulis. Gerak jari-jemari sudah tidak selancar dulu. Idea tidak mahu lagi turun seperti hujan.

Minggu lalu, kami melawat Taman Botani Pulau Pinang. Bukan untuk bersuka-ria, tetapi lawatan itu adalah sebahagian daripada pengajian kami dalam subjek Kesihatan Umum/Masyarakat (Public Health). Kami mengkaji melihat bagaimana teknik-teknik kawalan vektor virus malaria yang dipraktikkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Secara ringkasnya, malaria lebih tertumpu di kawasan luar bandar di negara-negara tropika (termasuk Malaysia) dan merebak melalui gigitan nyamuk dari genus Anopheles yang membawa virus Plasmodium Malariae, Plasmodium Vivax, Plasmodium Falciparum dan Plasmodium Ovale (Spesis yang terakhir tiada di Malaysia).

Bagaimana untuk mengelak daripada dijangkiti virus ini?

1- Mengelak daripada digigit nyamuk.

2- Mengawal pembiakan nyamuk.

3- Sekiranya sesiapa di kalangan kita disyaki dijangkiti malaria, perlu diasingkan di hospital supaya jangkitan tidak merebak kepada orang lain. (Dalam kes ini, jangkitan bukan melalui manusia-manusia, tetapi manusia-nyamuk-manusia)

Bagaimana pula nyamuk jenis Anopheles ini membiak?

Pertamanya, perlu difahami, nyamuk Aedes yang membawa virus Denggi berbeza jenis dan cara pembiakannya berbanding nyamuk ini. Nyamuk Anopheles membiak di kawasan-kawasan hutan yang terdapat saliran yang baik seperti sungai. Permukaan air yang jernih, mengalir dan mendapat cahaya matahari yang cukup merupakan medium pembiakan pilihan nyamuk-nyamuk ini.

Beberapa langkah telah diambil oleh KKM untuk menghalang pembiakan nyamuk. Sebahagiannya seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di bawah. (Credits to Mr. Photographer)

inspection chamber

inspection chamber

Setiap saliran air yang telah ditutup (cover) menggunakan batu-batu sebagai langkah mencegah pembiakan nyamuk mempunyai lohong pemeriksaan (betul ke istilah ini?) seperti di atas. Jika saliran ini tersumbat atau berlaku pengaliran balik air ke belakang, lohong ini digunakan untuk memeriksa punca tersumbat dan membersihkannya.

Agitation Well & Anti-Malaria Public Bath

Agitation Well & Anti-Malaria Public Bath

Agitation well digunakan untuk ‘memecahkan’ permukaan air, supaya tidak menjadi medium pembiakan. Daun kelapa dan sabut kelapa di bawah berfungsi menghalang cahaya matahari daripada sampai secara langsung ke permukaan air.

Lain-lain cara untuk menyawal pembiakan nyamuk

Lain-lain cara untuk mengawal pembiakan nyamuk

Automatic Syphon Sluice

Automatic Syphon Sluice

Gambar di atas juga merupakan salah satu cara mengganggu pembiakan nyamuk di dalam saliran air. Berfungsi secara otomatis.

Kata kawan saya, “Kita kena buat semua ini, dan membelanjana berjuta-juta kerana nyamuk. Ya, hanya kerana nyamuk!

Saya terfikir, ‘Bukankah Raja Namrud, si angkuh itu juga mati kerana nyamuk? Alangkah hebat tentera Allah!’

Ya, agar kita sentiasa beringat-ingat.

Read Full Post »