Feeds:
Posts
Comments

Archive for January, 2008

Blackout

Bismillah… 

Saya paling benci gelap. Kalau masa kecil2 dulu, selalu dimomokkan dengan hantu. Hantu susu, hantu p*cong, hantu raya, dan ‘budak kecil’ (t*yol). Pada burung hantu pun takut. Takutnya sampai besar. Lampu menyala sampai pagi. (ayah memang marah). Kalau tiba2 bekalan elektrik terputus, terus ralat. Memanggil2 aja. Duduk dekat2 dengan lilin, lampu suluh. Bila tidur, selimut sampai tutup muka, tak mahu melihat gelap. Kelakar. Itu dulu…. (tp kadang2 terbawa2 juga takutnya… tapi bukan takutkan hantu… hanya takut gelap.)

Ya, dulu2. Yang gelapnya hanya sekejap-sekejap. sekarang, cuba-cuba bayang kalau gelapnya lama. Berhari-hari. Berminggu-minggu. Moga tak sampai berbulan-bulan. Kasihan anak-anak gaza. Mungkin ada juga yang takut gelap seperti saya. Tapi saya percaya dalam hati mereka ada cahaya. Cahaya yang kan menyuluh semangat, memadam takut. Moga Allah anugerahkan mereka sabar. Tingkatan sabar yang lebih tinggi, kerana sabar sentiasa ada dalam diri mereka.

The Inside Story: Blackout in Gaza

Semoga kita semakin dekat dengan insaf. Insaf untuk membela saudara kita. Saudara se’aqidah. ‘Aqidah yang menjadi ikatan. Sampai Sang Israfil meniup serunai saktinya.

Jangan hanya kasihan, tapi diam2 saja. Kalau tak mampu keluarkan duit untuk mereka pun, sekurang2nya pulaukan barang2 orang israel itu.

“O you who believe! Spend of that with which we have provided for you, before the day comes when there will be no bargaining”
[ Al Baqarah: 254]

Dan jangan lupa do’a; senjata kita.

Advertisements

Read Full Post »

Maghribi…

Bismillah…

ALhamdulillah, telah selamat tiba di Dublin beberapa hari lepas setelah 10 hari berpergian. Ke UK-Maghribi-Spanyol. Pengalaman yang cukup banyak dibandingkan dengan jangka-masa permusafiran. Worth 1-year experience. Sebenarnya saya juga tidak menyangka akan benar-benar sampai ke maghribi. Akhirnya. Pada mulanya saya telah membatalkan perancangan saya untuk ke sana memandangkan kesuntukan wang. Tapi barangkali dek cemburu melihat perancangan cuti musim sejuk teman yang lain, maka saya mencuri masa membuat survey harga tiket. Ya, tiba-tiba. Di ambang peperiksaan. Kononnya untuk mengurangkan tekanan belajar. Kira-kira 110 euro untuk tiket pergi-balik dari Dublin ke Maghribi. Murah? (Bagi yang mempunyai wang yang mencukupi.)

Sebelum ada yang bertanya jadual perjalanan saya; nah, ini dia (perjalanan saya agak komplikated, jadi ini perjalanan teman musafir saya):

070108: Bertolak jam 6.20 pagi dari Dublin, transit di Madrid selama 2 jam setengah dan tiba di Lapangan Terbang Casablanca Mohamad V jam 2.40 petang. Kemudian mengambil tren dari airport ke Casablanca Voyageur, dan terus ke Marrakesh. Tiba kira-kira jam 10.40 malam. Menginap di hotel yang terletak di tengah-tengah souq (pasar).

080108: Melawat ke Muzium Marrakesh, Madrasah Ibn Yousuf, Kubah Ba’adiyn, Istana al-Badii‘, dan Masjid Koutobia. Kemudian malamnya kami ke Jami’ el-Finaa’. Di sana kami merasa beberapa masakan tradisional Marrakesh: Kus-kus (juga makanan tradisi di beberapa negara arab lain), Tojien, Baroshet (brochettes), dan salatoh yang sedap! Dalam perjalanan pulang ke hotel, sempat juga tawar-menawar jalabah (jubah tradisional yang menjadi pakaian rasmi Maghribi), dalam sehelai dua!

090108: Bergerak ke gunung Atlas jam 9.00 pagi, dipandu oleh Yousuf, anak watan Maghribi yang boleh-dikatakan fasih berbahasa Inggeris. Perjalanan ke sana memakan masa selama sejam lebih, kemudian mendaki dan menuruni gunung tersebut dalam masa kira-kira 3 jam setengah. Dari Atlas, kami terus ke mahattoh (stesen keretapi) untuk ke Casablanca Voyageur. Dari sana, kami mengambil teksi kira-kira 15 minit ke Masjid Hassan II (baca: thani [dua]) – masjid kedua terbesar di dunia selepas Masjidil Haram di Makkah. Selepas Isya’, kami ke stesen Casa Port untuk menaiki tren ke Rabat Agdal. Tiba di Rabat kira-kira jam 9.40 malam. Kami bermalam di kediaman (rumah sewa) pelajar perempuan yang sedang menuntut di Universiti Mohammad V, Rabat. (Terima kasih adik-adikku, kerana sudi menumpangkan kami, dan memanjakan kami!)

100108: Pagi itu kami ke souq qadiemmembeli-belah lagi! – dan Oudaya, melihat runtuhan city wall dan sisa istana yang kini menjadi muzium. Selepas zohor, kami ke rumah Mariem -teman sekuliah adik-adik yang menumpangkan kami di rumah mereka – atas jemputan sempena 1 Muharram. Katanya orang-orang Maghribi ini suka sekali mengadakan haflah (majlis) untuk pelajar dari Malaysia. Simpati barangkali. Mak jauh, ayah juga…. apatah lagi adik beradik dan saudara-mara lain… Majlis bermula jam 2 (kot) dan berakhir jam 6 petang (baca: malam). Lama kan? Takpe, pengalaman 🙂

Plan kami hari itu sedikit berubah dari asal. Sepatutnya kami bergerak ke Meknes pada malam itu. Tapi keadaan memaksa kami bermalam lagi di Rabat…

110108: Jam 7.12 pagi, tren dari Rabat ke Meknes. 3 jam perjalanan. Di Meknes, kami mengunjungi Muzium Darul Jami’e yang dahulunya merupakan istana. Kemudian ke Dhoreh (Makam) Moulay Isma’il, Darul Makhzen (istana di raja yang baru) dan Harru-Shawanee (tempat simpanan air sebagai bekalan untuk masa kemarau dan darurat). Seterusnya, ambil tren ke Fes, kira-kira 50 minit perjalanan. Sampai di sana agak lewat petang, jadi kami dibawa berjalan-jalan sekitar ‘taman panjang’ (kata adik yang membawa kami) dan makan. Bermalam di hotel.

120108: Pagi tu bersarapan dengan sarapan tradisi orang-orang Maghribi. Kuih yang semacam donat, tetapi rasanya seperti roti canai tawar. Dan roti canai versi Maghribi – juga tawar, serta sejenis kuih lagi yang saya tidak sanggup makan sebab ada keju. Kuih/roti kami makan cicah coklat. Sedap 🙂

Kami dibawa ke atas bukit, melihat runtuhan city wall. Melihat pemandangan bandar Fes yang baru dan lama di waktu pagi. Cantik. Seterusnya ke muzium Tentera. Seperti muzium-muzium lain, semuanya dalam bahasa arab dan french. Jenuh nak memahamkan. takpe, practice makes perfect. Kemudian ke Madrasah Bou ‘Inaniyah dan Jamie’ Qarawiyun, di samping membeli belah (lagi? don’t get us wrong, tempat2 ini terletak di tengah-tengah pasar. Jadi bukan salah kami… hehe. Di sini terkenal dengan barangan kulit, tekstil, karpet. Beli2, murah2…). Selesai bershopping, kami ke Istana raja. Hassan VI (baca: sadis [enam]). Di sini nama raja ada dua: samada Hassan atau Mohammad. Yang beza hanya nombor, Hassan nombor genap, Mohammad nombor ganjil 🙂

Malam itu kami bertolak ke Tonjah (Tangier) menaiki bas ekspress jam 11 malam. Tiba di Tonjah jam 5 pagi (lebih).

130108: Dari Tonjah, kami menaiki feri jam 10 pagi, menyeberangi sempadan Lautan Atlantik dan Lautan Mediteranean. Selepas kira-kira satu jam setengah, kami tiba di Algeciras (Al-jazirah). Dari sana, terus kami mengambil bas ke Gibraltar (baca: Jabal Toriq). Perjalanan mengambil masa kira-kira setengah jam. Meronda-ronda Gibraltar hingga petang. Maghrib, ke masjid Gibraltar. Bertemu dengan seorang pakar bedah! Isterinya juga –

Malam tu kami menuju ke Malaga. Perjalanan kira-kira 4 jam.

140108: ‘Bersiar-siar’ sekitar Malaga. Ke Alcazaba, Gibralfaro, Costa del Sol.

150108: Bertolak pulang ke Dublin jam 11 pagi.

Read Full Post »

BismiLLah…
 

jam

“Demi masa! Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Kecuali bagi mereka yang beriman dan yang beramal soleh serta berpesan-pesan kepada kebenaran, juga berpesan-pesan kepada kesabaran.” [Al-‘Ashr: 1-3]

Learnt a lesson. Baru beberapa hari lepas, status saya di YM berbunyi begini:  “al-waqtu ka as-sayf, in lam taqtho’ahu qotho’a-ka.” Dan hari ini, saya kira saya diuji sejauh mana saya benar-benar berpegang pada kalam hikmat itu. Atau mungkin juga balasan atas dosa-dosa saya yang terdahulu, atau mungkin kerana tidak melaksanakan apa yang dikatakan…  I missed my flight to Morocco! Kalau diikutkan hati, mahu saja terus pulang ke Dublin. Tapi memikirkan 2 lagi sahabat yang telah pun menaiki pesawat dari Dublin ke Madrid (transit untuk ke Morocco) pagi itu – tak mungkin kami membiarkan mereka berdua sahaja bermusafir di tempat asing, dan hanya saya yang memegang kesemua informasi penting berkenaan jaulah kami – tidak boleh tidak, kami harus membeli tiket baru untuk ke Morocco dan membutakan mata daripada melihat baki wang di  dalam akaun. 5 minutes worth for 186 euros! Ya, hampir 200 euro untuk membeli 5 minit yang tertinggal.

Sebelum ini, saya berpendapat, tertinggal penerbangan itu adalah suatu perkara yang mustahil berlaku melainkan kepada yang cuai tentang masa. Dan tidak pernah terlintas di minda, ia akan berlaku kepada saya. Rupanya saya juga termasuk dalam golongan itu. Cuai! Cuai terhadap masa – untuk kali kedua! Kali pertama, kami terlepas penerbangan dari Dublin ke Manchester kerana terperangkap dalam kesesakan jalan raya. Dan kali ini, saya tidak punya alasan untuk membela diri.  Si masa sekali lagi memintas saya!

Dan kala itu juga saya terfikir, alangkah bagus kalau semua kita memandang kepentingan menepati masa untuk menghadiri mesyuarat, program2 dsb seperti mana kita memandang penting kepada ketepatan masa yang menjadi salah satu syarat untuk membolehkan kita menaiki pesawat tertentu. Para ahli mesyuarat semuanya berkejaran untuk hadir pada waktunya. Para pelajar dan pekerja pula bergegas ke kelas atau tempat kerja lebih awal. Bagus bukan? Tapi nampaknya situasi sekarang amat jauh daripada apa yang seharusnya menjadi realiti. Realiti yang mungkin sukar dicapai. Kecuali bagi mereka yang benar-benar menghayati kalam Allah, mereka yang dijamin daripada tergolong dalam kaum-kaum yang rugi –  rujuk surah Al-Ashr ayat 1-3.

Masa bukan emas, bukan juga duit. Emas boleh dibeli, wang ringgit bisa dicari. Masa itu pedang. Tajam. Masa itu nyawa. Andai hilang, tiada gantinya.

Read Full Post »