Feeds:
Posts
Comments

Archive for November, 2011

Bismillah…

A friend posted a news article to me few days back, of which the title really caused my sleepy eyes to open widely – “Halal meat converting Aussies: MP

In the news, a WA Liberal MP – Mr Simpkins told the Parliament, “By having Australians unwittingly eating Halal food we are all one step down the path towards the conversion, and that is a step we should only make with full knowledge and one that should not be imposed upon us without us knowing.”

He tabled a petition demanding that all Halal meat be clearly identified, complaining people could not buy meat for their “Aussie barbecue” without the influence of the “minority religion”. [read more]

Duh! Does it make sense?

I scanned through the news multiple times. Did I miss something? How could it be possible for a western-and-science-minded person to make such statement in public? I would say that his speech is irrelevant. Other people might think so too. But… there might be groups of people who might believes in what he says although it is unacceptable by a sane mind. Yes, the islamophobics. Could it be just a propaganda – a reason to abolish the rights to have slaughtered meat/Halal food available, and freedom to practice the religion in the countries which Muslims are minorities?

Well, perhaps I think too much. Or perhaps because it really does not make sense. Just like the ‘holy water converting people to Christianity’ does not make sense to me.

Advertisements

Read Full Post »

Bismillah…

(…sambungan)

Kalau dulu-dulu (sekarang pun), sebelum majlis kahwin, masing-masing sibuk mengumpul duit dan bahan untuk menghasilkan sebuah majlis yang sempurna. Jadi, begitu juga halnya dengan kehamilan, ia perlu dirancang sebaik-baiknya.

Kenapa perlu merancang kehamilan?

single mothers cartoons, single mothers cartoon, single mothers picture, single mothers pictures, single mothers image, single mothers images, single mothers illustration, single mothers illustrations Memastikan kondisi atau tahap kesihatan – secara fizikal dan mental – ibu berada pada tahap optimum. Ibu-ibu yang merancang untuk hamil perlu mula mengambil asid folik (folic acid/folate) sekurang-kurangnya 12 minggu sebelum hamil untuk mengelakkan penyakit yang disebabkan oleh neural tube defect. Kurangkan atau tinggalkan makanan berkafein, berhenti merokok, dan ambillah makanan yang berzat. Manakala ibu-ibu yang mempunyai masalah kesihatan seperti kencing manis atau darah tinggi, perlu mendapatkan nasihat doktor sama ada mereka selamat untuk hamil atau tidak. Perlu diingatkan, kehamilan boleh menjadi punca kemerosotan tahap kesihatan bagi ibu-ibu yang sudah menghidapi penyakit sebelum hamil. Dan kemerosotan itu boleh mempengaruhi kesihatan janin. Oleh sebab itu, amat penting untuk memastikan penyakit itu berada dalam keadaan terkawal sebelum hamil. Pastikan juga berat badan adalah optimum – tidak terlalu berat dan tidak pula terlalu ringan.

Maka hendaklah manusia memperhatikan makanannya. Sesungguhnya Kami benar-benar telah mencurahkan air (dari langit), kemudian Kami belah bumi dengan sebaik-baiknya. Lalu Kami tumbuhkan biji-bijian di bumi itu, anggur dan sayur-sayuran, zaitun dan pohon kurma,kebun-kebun (yang) lebat, dan buah-buahan serta rumput-rumputan, untuk kesenangan kamu dan untuk binatang ternakmu (QS ‘Abasa [80]: 24-32).

Persediaan mental juga amat penting bagi bakal-bakal ibu memandangkan tempoh kehamilan bukan untuk sehari atau seminggu-dua, tetapi 9 bulan 10 hari! Dalam tempoh ini, pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi oleh si ibu yang pastinya memerlukan kekuatan minda dan emosi untuk menangani stress ketika mengandung, bersalin dan penjagaan anak selepas bersalin.

Jika kita merancang untuk hamil, pastikan juga kita merekodkan kitaran haid – lebih mudah untuk menjangkakan bila tempoh hamil itu bermula (bagi wanita yang mempunyai kitaran haid tetap). Dan sekiranya gagal untuk hamil, pelbagai langkah rawatan boleh diambil berpandukan paten kitaran haid masing-masing.

Banyakkan bacaan berkenaan kehamilan dan parenting. Jangan tunggu hamil atau bersalin baru mahu belajar!

Setelah hamil

Rancang penjagaan kandungan dengan menghadiri pemeriksaan ante-natal pada awal kehamilan dan ultrasound selweat-lewatnya pada minggu ke 20. Pemeriksaan ultrasound sebelum minggu ke-20 penting untuk menjadi kayu-ukur perkembangan janin seterusnya sehingga bersalin. Ikut nasihat doktor dan hadiri pemeriksaan mengikut tarikh yang ditetapkan.

Jika berkesempatan, hadiri kelas ante-natal yang dianjurkan oleh klinik/hospital kerajaan dan swasta. Hal ini sangat penting bagi bakal ibu dengan kandungan pertama khususnya bagi mendapatkan pendedahan tentang ilmu kehamilan dan kelahiran: perubahan fisiologi wanita ketika hamil, nasihat berkenaan pemakanan, pengenalan proses bersalin dan bagaimana menghadapinya, kaedah senaman ketika hamil dan selepas bersalin, teknik kawalan pernafasan (penting sewaktu bersalin atau hampir bersalin), kaedah kawalan kesakitan sewaktu hampir bersalin, kaedah penyusuan dan penjagaan bayi selepas lahir termasuk immunisasi dll.

Dengan menghadiri kelas ante-natal ini, para ibu akan lebih bersedia untuk menghadapi proses kehamilan dan kelahiran, mampu untuk memahami dan membezakan perubahan normal dan tidak normal pada diri mereka, dan tahu bila perlu mendapatkan bantuan/nasihat doktor. Ini adalah sebahagian usaha kita untuk memastikan keadaan janin baik dan bayi sihat. (Namun, harus kita mengimani bahawa setiap ketentuan itu adalah daripada Allah – walaupun sesuatu yang berlaku itu di luar dugaan kita)

“O mankind! If you are in doubt about the Resurrection, then verily! We have created you (i.e. Adam) from dust, then from a Nutfah (mixed drops of male and female sexual discharge i.e. offspring of Adam), then from a clot (a piece of thick coagulated blood) then from a little lump of flesh, some formed and some unformed (miscarriage), that We may make (it) clear to you (i.e. to show you Our Power and Ability to do what We will). And We cause whom We will to remain in the wombs for an appointed term, then We bring you out as infants, then (give you growth) that you may reach your age of full strength. And among you there is he who dies (young), and among you there is he who is brought back to the miserable old age, so that he knows nothing after having known. And you see the earth barren, but when We send down water (rain) on it, it is stirred (to life), it swells and puts forth every lovely kind (of growth).” (Quran- Al-Hajj:5)

وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً {الفرقان: 74}

==

Antara pautan menarik:

Planning your pregnancy (ACOG education pamphlet)
Routine antenatal care for healthy pregnant women (NICE Guideline)
Positive parenting (Malaysian Paediatric Association)
Tarbiyatul aulad (Dakwatuna.com)

Read Full Post »

Retrospective entry

BismiLLah…

Hari-hari terakhir saya banyak dihabiskan di dewan bersalin. Jika dulu, pada awal posting, masing-masing berebut untuk mengendalikan ibu-ibu yang mahu bersalin, tapi sekarang sudah tak kisah jika jururawat mahu mengambil alih. Penat. Kami perlu kendalikan 10 kes bersalin normal dalam masa 2 minggu pertama dan sekurang-kurangnya 30 kes tambahan (juga bersalin normal) dalam masa kurang 4 bulan.

SubhanAllah, jika sewaktu bergelar pelajar dahulu, kami masih boleh mengelak-elak daripada berlama-lamaan di dewan bersalin. Gerun. Namun kini, perasaan gerun itu harus dicampak jauh-jauh, malah perlu digantikan dengan jiwa keibuan yang sukar untuk dibuat-buat.  1001 macam kisah dan peristiwa yang kami saksikan. Ada yang manis, ada yang pahit. Kadang-kadang sesak dada melawan kelopak mata yang hampir bergenang – kerana terharu melihat jiwa-jiwa suci yang baru melihat dunia, kerana pilu melihat bayi-bayi yang lahir tidak bernyawa.

“Assalamu’alaykum adik! Tahniah puan! Lihat jantina anak, ini anak apa?”

“Puan, maaf, jantung baby nampak tak cantik, jadi puan perlu dibedah untuk mengelakkan baby terus lemas….”

“Puan, baby dah berak, tapi jalan (Os) masih belum habis terbuka, jadi kita perlu tolak puan untuk pembedahan…”

“Pendarahan agak banyak, kita perlu hantar puan ke dewan bedah untuk explore dan cari serta baiki punca pendarahan…”

Ya, itu antara skrip-skrip kami sepanjang di dewan bersalin. Mohon maaf jika kelihatan lebih banyak skrip yang mempunyai konotasi negatif. Tetapi sebenarnya skrip yang pertama itu paling banyak disebut-sebut.

“Banyak sambut baby hari ni?” – Soalan yang hampir setiap hari diajukan oleh ibu saya sepulangnya saya ke rumah. Kadang-kadang saya berkongsi kisah-kisah/peristiwa yang memberi pengajaran kepada saya (tanpa mendedahkan identiti pesakit).

Keaiban yang terbuka

“Mak, kita kena banyak-banyak doa agar Allah sentiasa menutup keaiban kita di dunia dan akhirat.” Saya membuka cerita. “Kakak rasa, dalam tempoh hendak bersalin, kita boleh tahu bagaimana sebenarnya sikap seseorang itu terhadap suami, ibu dan orang lain. Bukan hendak bersangka buruk, tapi, jika seseorang itu dekat dengan Allah, mana mungkin keaibannya terbuka ketika proses kelahiran bayi sendiri?”

Ibu saya terdiam. Banyak kali dia mengingatkan, proses bersalin tidak mudah. Mata yang melihat kesakitan tidak sama dengan jiwa yang menanggungnya. Dan setiap individu menggunakan pelbagai cara untuk menahan kesakitan itu. Ada yang diam-diam, merengkokkan badan, ada yang menangis, ada yang perlu menjerit untuk melegakan kesakitan.

Saya bersetuju. Cuma, kadang-kadang saya berfikir, mengapa ada yang setika sakit, memaki-hamun suami/ibu sendiri? Ada yang memukul-mukul suami, ada yang mengeluarkan kata-kata kesat kepada kami/suami/ibu. Ada yang bagai dirasuk, mencampakkan segala yang ada di badannya dan berusaha terjun dari katil. Berkali-kali kami mengingatkan supaya beristighfar, ingat kepada Allah, mohon dimudahkan. Ada yang tersedar kesilapannya, ada yang terus-terusan menghamburkan kata-kata yang menyakitkan hati. Mungkin ada yang akan berkata, kalau bukan Islam, biarkan aja, kerana mereka memang begitu. Tapi di sini lah sebenarnya permulaan untuk menyeru mereka kepada Tuhan.

“Doktor, saya minta maaf kalau saya menyakiti doktor atau nurse. Saya tak sedar tadi. Sakit sangat.” Saya hanya tersenyum apabila pesakit-pesakit ini memohon maaf setelah kesakitan hilang selepas melahirkan bayi. “Tak apa. Puan tidak bersalah kepada saya, tapi mohonlah ampun dari Tuhan.”

اجتنبوا هذه القاذورة التي نهى الله عنها ، فمن ألم فليستتر بستر الله وليتب إلى الله ، فإنه من يبد لنا صفحته نقم عليه كتاب الله – عز وجل
“Jauhilah perkara-perkara keji yang telah dilarang oleh Allah, sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah dia menutupinya dengan tutupan Allah dan bertaubat kepada Allah. Ini kerana jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepada kami, kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah ‘Azza wa Jalla.” [Dikeluarkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak, hadis no: 7615 dan beliau berkata: “Hadis ini sahih atas syarat kedua-dua syaikh (al-Bukhari dan Muslim) dan mereka tidak mengeluarkannya.” Ini dipersetujui oleh al-Zahabi.]

Rancang kehamilan dan hadiri kelas antenatal

Ada kalanya kami berbincang sesama sendiri, mengapa respon/sikap pesakit kepada proses bersalin itu berbeza-beza? Iya, salah satunya kerana treshold of pain itu berbeza. Tapi, kebanyakannya berpunca daripada kurangnya pengetahuan berkenaan kelahiran. Bukan bermakna para ibu perlu membuka buku medikal, tetapi cukup sekadar memahami perubahan yang berlaku pada diri sendiri sejak awal mengandung, sehingga melahirkan dan menyusukan bayi. Sungguh, bukan sedikit yang tidak bersedia, malah terkejut dengan perubahan mendadak pada diri. Khususnya ibu-ibu muda (dan tunggal. i.e. terlanjur berzina).

Kebanyakan kita tidak mengetahui keperluan merancang kehamilan, walhal sebenarnya ia sepenting, bahkan mungkin lebih penting daripada merancang majlis perkahwinan. Kerana kehamilan bukan hanya melibatkan ibu & bayi dalam kandungan, tetapi juga suami, anak (jika ada), keluarga dan persekitaran (kerjaya, tempat kerja, tempat tinggal dsb). Walaupun ilmu berkenaan kehamilan semakin mudah didapati, tetapi masih ramai yang menyangka, merancang kehamilan/kelahiran hanya sekadar makan vitamin, beli baju mengandung, hadir antenatal check-up, beli baju dan botol susu bayi.

Sebenarnya ia lebih dari itu…

(bersambung)

=====

اللّهُـمَّ إِنِّـي أسْـأَلُـكَ العَـفْوَ وَالعـافِـيةَ في الدُّنْـيا وَالآخِـرَة ، اللّهُـمَّ إِنِّـي أسْـأَلُـكَ العَـفْوَ وَالعـافِـيةَ في ديني وَدُنْـيايَ وَأهْـلي وَمالـي ، اللّهُـمَّ اسْتُـرْ عـوْراتي وَآمِـنْ رَوْعاتـي ، اللّهُـمَّ احْفَظْـني مِن بَـينِ يَدَيَّ وَمِن خَلْفـي وَعَن يَمـيني وَعَن شِمـالي ، وَمِن فَوْقـي ، وَأَعـوذُ بِعَظَمَـتِكَ أَن أُغْـتالَ مِن تَحْتـي .    [صحيح ابن ماجه 2/332
O Allah, I ask You for pardon and well-being in my religious and worldly affairs, and my family and my wealth. O Allah, veil my weaknesses and set at ease my dismay. O Allah, preserve me from the front and from behind and on my right and on my left and from above, and I take refuge with You lest I be swallowed up by the earth.”
[Ibn Majah Book 2 hadith 323]

Read Full Post »