Feeds:
Posts
Comments

Archive for February, 2008

Iklan

Bismillah…

Iklan sat…

http://negara-kebajikan.blogspot.com
http://isu-kebajikan.blogspot.com
http://agenda-kebajikan.blogspot.com

Salam Pilihanraya.

Read Full Post »

Bismillah…

Read: Turkey lifts campus headscarf ban

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah…

Teringat dulu, semasa ziarah kami ke Istanbul tahun lepas, Allah temukan kami dengan Aykut, seorang tourist guide yang kami kira sangat cintakan Islam. Kerjanya bukan semata-mata untuk wang, tetapi untuk menimbulkan kesedaran kepada pengunjung-pengunjung Muzium Aya Sofia (Haghia Sophia) yang kebanyakannya terdiri daripada Muslim sendiri; satu misi dakwah.

Menurutnya, dia merupakan lulusan sekolah agama yang pada waktu tersebut, dinafikan hak untuk meneruskan pengajian dalam bidang-bidang profesional seperti kedoktoran, kejuruteraan, undang-undang dsb. Lalu dia memilih untuk belajar dalam jurusan pelancongan; meneliti sejarah dan politik  Turki. Ilmu ‘pelancongan’ tersebut digarabkan dengan ilmu-ilmu agama yang pernah dipelajarinya, seterusnya menjadikan tourism sebagai satu metod dakwah. Menarik bukan? Juga terharu. Bersyukur Allah temukan kami dengannya. Sekurang-kurangnya mengingatkan kami kembali kepada tujuan asal ziarah kami ke Istanbul.

Masih segar di ingatan kami, ucapannya yang penuh yakin, bahawa Islam akan kembali ke Turki. Dia yakin bahawa para pendokong Islam akan keluar dan menang dalam pilihanraya yang akan datang (Latar masa: beberapa bulan sebelum pilihanraya umum Turki 2007). Dan Allah membenarkan keyakinannya dan keyakinan para pendokong Islam yang lainnya: keputusan pilihanraya tahun lepas yang berpihak kepada AKP – cukup menggegarkan dunia politik antarabangsa.

Dan hari ini, saat ini, Allah tetap bersama perjuangan mereka.

Teringat juga kepada Zeynep (baca: Zaynab). Mahasiswi Universiti Istanbul yang begitu teguh mempertahan hijabnya pasti gembira dan bersyukur atas berita ini. Semoga terus thabat dalam Islam dan perjuangan mempertahankan Syariat Islam. Dan kepada Burcu; semoga Allah mengurniakan hidayah-Nya kepadamu.
Allah bersama kalian.

——-

p/s: Ternanti-nanti tarikh tepat Pilihanraya Umum Malaysia 2008. Tertanya-tanya adakah akan berlaku kejutan demi kejutan seperti yang telah berlaku di Turki dan yang telah berlaku di Malaysia beberapa tahun lalu. Takbir.

Read Full Post »