Feeds:
Posts
Comments

Archive for May, 2008

BismiLLah…

A beautiful song.

حَيَاتِي كُلُّهَا لله * فَلا مَولَى لَنَا إلاه

أُحِبُّ اللهَ جَلَّ عُلاه * وَمِنْ حُبِّي لَهُ أخْشَاه

حَيَاتِي كُلُّهَا لله


أصُوْنُ النَّفْسَ أحْمِيْهَا * بِنُوْرِ اللهِ أهْدِيْهَا

بِحُبِّ اللهِ أسْقِيْهَا * لِتَفْرَحَ عِنْدَمَا تَلْقَاه

حَيَاتِي كُلُّهَا لله * حياتي كلها لله


إذَا مَا الحُبَّ لَمْ يَسْمِي * فُؤَادَ المُؤمِنِ الصَّلْبِ

فَوَا أسَفاه عَلَى القَلْبِ * لأنَّ الزَّيْفَ قَدْ غَشَّاه

حَيَاتِي .. كُلُّهَا لله


يَقِينِي بَيْنَ جَنْبَيَّا * وَأسْعَى في الهُدَى سَعْيَا

كَفَانِي أنَّنِي أحْيَا * وَأمْضِي في سَبِيلِ الله

حياتي كلها لله * حياتي كلها لله


إذا جَادَتْ لِيَ الدُّنْيَا * وّأسْقَتْنِي المُنَى رِيَّا

سَتَبْقَى بَيْنَ كَفَّيَّا * وََيَبْقَى خَافِقِي لله

حياتي كلها لله * حياتي كلها لله

Read Full Post »

BismiLLah…

Everyone will taste death, then to us you will be ultimately returned. [Q29:57]

Masih tercari-cari sebuah ketenangan di celah-celah keserabutan. Sebetulnya saya kami masih dalam keadaan terkejut dan ‘denial‘, sedikit. 😐

Beberapa hari lalu, sebelum saya pulang ke KL, berkali-kali saya mengulang-ulang, saya cemburukan kawan-kawan yg bercuti 4 hari, kira-kira 2 minggu sebelumnya. Walaupun sebenarnya saya akan pulang selama 3 hari kerana cuti umum sempena hari wesak pada hari isnin. (Tak bersyukur. Hanya berbeza sehari! ) Entah, beberapa hari (mungkin juga minggu) sebelum, saya terbayang wajah-wajah saudara mara saya. Rindu, barangkali. Berharap dapat bertemu mereka, dan saya membilang-bilang hari untuk pulang.

Sampai di KL pada Jumaat lalu, jam 11 mlm. Excited. Sudah lama tak merepek berbual panjang dengan mak, ayah dan adik2. Dan awal pagi esoknya, dikejutkan dengan keadaan makcik saya yang semakin tenat. (Pakcik kata hampir nazak). Terkesima. (Sebenarnya masih mahu melayan rasa kantuk, tapi harus pergi. Takut-takut nanti tiada peluang untuk berjumpa lagi. Lagipun sejak pulang ke Malaysia, baru sekali menziarahi makcik).

Sabtu dan Ahad, hari dihabiskan di rumah makcik di Shah Alam hingga malam larut. (Dan berharap dapat menyiapkan kerja-kerja ‘sekolah’ yang tertunda setelah pulang ke rumah. Tapi tidak mampu.) Terbayang-bayang wajah nenek, yang baru sahaja di-diagnosa menghidap Mitral stenosis (baca: injap jantung rosak); berusaha untuk gagah walau dia tiada berdaya. Dan ini bukan kali pertama, nenek mencari tabah dalam durja melihat anak yang terlantar tenat. Kerana sekali lagi si barah datang meragut tenang jiwa si ibu. Saya melihat itu juga di wajah anak-anak nenek yang lain. Termasuk emak – juga penghidap Mitral Stenosis akibat demam rheumatik. (Emak, moga Allah mengurniakanmu kekuatan.)

Terbayang juga wajah pakcik – yang menggamit pilu hati saya – sering sembunyikan rasa cemas dalam tenang wajahnya. Tidak pernah putus usaha agar isterinya sembuh, atau setidak-tidaknya mengurangkan deritanya. Terkenangkan Khadijah juga; anak tunggal pakcik dan makcik yang dahulu sering merungut sunyi. Dan saya melihat ketakutan di wajahnya. Takut, kesunyian akan kembali menjadi temannya.

Saya terbayangkan dextrose 5% yang masuk ke tubuh makcik yang sudah lebih seminggu tidak menjamah makanan. Katil yang mirip katil di hospital seberang jaya. dan… sesungguhnya perasaan saya bercampur baur. Konon-konon sudah biasa melihat pesakit di hospital, tidak terasa apa2. Hakikatnya, di hadapan saya bukan semata-mata pesakit di hospital yang selalu kami berkejar-kejar untuk membuat history taking dan physical examination ke atas mereka. Ini makcik saya. Yang saya tak mampu untuk mewujudkan hubungan doktor-pesakit dengannya. Sukar. Kerana saya tahu, kemahuan mereka berbeza. Kerana saya tahu, sakit makcik bukan sakit yang saya biasa lihat di hospital. (Ya, saya masih belum pernah ke wad onkologi). Selepas arwah maklang, makcik adalah ‘pesakit’ kedua yang saya pernah lihat. Sungguh, kala itu saya malu mengaku bakal-doktor. Saya tak mampu berbuat apa-apa untuk makcik!

Pagi Isnin – saya bertungkus lumus menyiapkan laporan sebelum kembali ke Penang sebelah petangnya. Dan, ayah mengkhabarkan makcik telah ‘pergi’. Innalillah, Wa inna ilayhi roji’un.
“Kakak balik esok, ya?” – Gembira kah? Esok, genap 4 hari saya bercuti. (Nah, akhirnya mendapat cuti 4 hari yang diidam-idamkan!)

Sebelum Zohor, kami memandikan makcik; Pengalaman pertama saya memandikan mayat. Alhamdulillah, ustazah di masjid tersebut banyak membantu. (Dituntut agar mayat dimandikan oleh mahramnya.)

Dari Aisyah berkata Rasulullah SAW… “Barang siapa memandikan mayat dan dijaga kepercayaan, tidak dibukakannya kepada orang lain apa-apa yang dilihat pada mayat itu,bersihlah ia dari segala dosanya seperti keadaannya sewaktu dilahirkan oleh ibunya. Kata beliau lagi,hendaklah yang mengepalainya keluarga yang terdekat kepada mayat jika pandai memandikan mayat , jika ia tidak pandai maka siapa saja yang dipandang berhak kerana waraknya atau kerana amanahnya.”

(Riwayat Ahmad)

Jenazah makcik dibersihkan dari segala kekotoran seterusnya dimandikan dengan ‘air wangi’. Perlu teliti, kata ustazah. Kemudian dikafankan dengan 7 lapisan. Kemas. dan Cantik! Seketika saya terlintas, Mayat ini macam juga pengantin. Kalau ikut adat, dimandikan dengan air wangi, kemudian dipakaikan dengan pakaian yang ‘cantik’, dan ‘dihias’. Bila telah siap, saudara mara (mahram) mencium pipinya. Kemudian ‘diarak’ oleh saudara-mara dan tetangga.

Dari Ummi Athiyah : Nabi SAW telah masuk kepada kami sewaktu kami memandikan anak beliau yang perempuan, lalu beliau berkata: Mandikanlah dia tiga kali atau lima kali atau lebih kalau kamu pandang baik lebih dari itu dengan air serta daun bidara,dan basuh yang penghabisan hendaklah dicampur dengan kapur barus. Riwayat Bukhari dan Muslim dan beberapa riwayat yang sahih; mulailah oleh kamu dengan bahagian badan sebelah kanan dan anggota wuduknya.

Pakailah olehmu kain kamu yang putih ,kerana sesungguhnya kain putih itu kain yang sebaik-baiknya,dan kafanlah mayat kamu dengan kain putih itu .(Riwayat Tirmidzi dan lain-lain)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
Dari jabir,berkata Rasulullah SAW,” Apabila salah seorang kamu mengkafankan saudaranya, hendaklah dibaikkan kafannya itu.”(Riwayat Muslim)

Selepas disolatkan, jenazah makcik dikebumikan di kampung, Labu selepas solat Asar. Saudara-mara dari jauh dan dekat, semuanya datang berziarah. (Ya, akhirnya terubat rindu pada mereka.) Ironi, kematian itu kadang-kadang menemukan kita! Well, i can’t agree more.

Dan, saya bersyukur kepada Allah, kerana telah memperkenankan ‘permintaan’ saya; bercuti 4 hari, bertemu dengan saudara-mara yang dirindu – walaupun dengan cara dan sebab yang tidak disangka-sangkakan. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, wa astaghfiruLLah. Moga aku menjadi hambaMu yang bersyukur.

Fighting may be imposed on you, even though you dislike it. But you may dislike something which is good for you, and you may like something which is bad for you. GOD knows while you do not know.[Q2: 216]

——

Untuk Khadijah: Semoga Allah selalu membimbingmu. Dan jangan lupa, kami sentiasa di sisimu.
Untuk emak: Semoga Allah terus mengurniakanmu kekuatan. Allah mengetahui segala sesuatu, dan sesungguhnya kita tidak mengetahui apa yang tersembunyi di sebalik setiap ketentuanNYA.
Dan buat saudara-maraku, semoga kita mengambil iktibar di atas kematian demi kematian yang kita saksikan. Mati itu sentiasa dekat. Dan Allah tidak menangguhkannya walau sesaat.
Dan jangan lupa untuk menjaga kesihatan! 🙂

Read Full Post »

60 Years of Division

On May 14, 1948 the state of Israel was declared. It followed a joint failure from the UN and Britain to find an agreed solution to the instability that occurred after a wave of Jewish immigrants moved from Europe to Palestine.

Sixty years later it seems any solution to the conflict remains as elusive as ever. In a series of special programmes Al Jazeera looks at the history of the conflict between the Israelis and Palestinians, asks what has been achieved since 1948 and discusses the future for all those in the region.

The Promised Land?

This three-part series examines the origins, violent creation, and modern-day reality of the state of Israel through the stories of individual Israelis.

Episode one, Pioneers, examines how and why Jews returned to Palestine after 2,000 year of exile – growing from less than 50,000 at the beginning of the 20th century to more than half a million by the late 1940s – and asks how the political Zionism first articulated in 1896 became reality with such speed.

Watch part one of Pioneers

Episode two, Conflict, looks at how the still small Jewish population succeeded in defeating a far larger Palestinian population and asks if a deliberate policy of ethnic cleansing was employed.

Watch part two of Pioneers

In its final part, The End of the Dream, The Promised Land? asks if the modern state of Israel bears any resemblance to that imagined by its Zionist forbearers and why Israeli society is an increasingly fractured one.

Part three of The Promised Land? airs from Monday, May 19, 2008

Palestine Street

This special two-part documentary focuses on one street in the ancient Palestinian city of Jaffa, telling a story that runs through the lives of all Palestinians.

Sixty years ago, it was popularly known as Ajami Street and ran like a spine through what was then the richest, most populous and most influential city in Palestine.

Today Ajami Street has the Hebrew name Yefet Street and it is just one of many streets running through what has become a rundown suburb of Tel Aviv.

The fortunes – and tragedies – of this street reflect the fate of its inhabitants, but they also reflect the fate of the whole of Jaffa and the entire Palestinian people.

The first part of Palestine Street airs from Wednesday, May 14, 2008

Balfour to Blair

In 1915, Britain promised to assist the Sherif of Mecca in his quest to rule all of Arabia, Iraq, Jordan and Syria.

A year later, Britain negotiated a secret agreement with France to divide those same regions, and a year later it issued a declaration promising Palestine to the Jews.

Balfour to Blair, a special 30 minute film, investigates the promises made, the motivations of British policy in the Middle East at the time and the impact of the Zionist lobby on this policy.

Al Jazeera asks whether the same underlying principles that directed the policies in the beginning of the 20th century are still at play in the beginning of the 21st.

Balfour to Blair airs on Friday, May 16, 2008

copied and pasted from: al-jazeera.net

other related links: 1, 2, 3, lookup.

Read Full Post »

Bersyukurlah

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ

Ya Tuhanku tunjukkan aku untuk mensyukuri nikmat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kedua ibu bapaku dan (tunjukkan aku) untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh”. (An-Naml : 19)

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku untuk mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau berikan kepadaku dan kedua ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada zuriatku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri”. (Al-Ahqaf : 15)

Firman Allah SWT:
“Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku.” (Al-Baqarah, 2 : 152)

“Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah.” (QS. Al-Baqarah, 2 : 172)

“Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barang siapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barang siapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat itu. Dan kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (QS. Ali ‘Imran, 3 : 145)

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.”(QS. Ibrahim, 14 : 7)

“Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”(QS. an-Nahl, 16: 18)

“Dan barangsiapa yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia”.(QS. An-Naml, 27 : 40)

“Dan karena rahmat-Nya, Dia jadikan untukmu malam dan siang, supaya kamu beristirahat pada malam itu dan supaya kamu mencari sebahagian dari karunia-Nya (pada siang hari) dan agar kamu bersyukur kepada-Nya.”(QS. Al-Qashash, 28 : 73)

“Sesungguhnya yang kamu sembah selain Allah itu tidak mampu memberikan rezki kepadamu; maka mintalah rezki itu di sisi Allah, dan sembahlah Dia dan bersyukurlah kepada-Nya. Hanya kepada- Nyalah kamu akan dikembalikan.” (QS. Al-‘Ankabuut, 29 : 17)

Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmat kepada Luqman, yaitu: “Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.” (Q.s. Luqman, 31 : 12)

Read Full Post »

BismiLLah…

Sukarnya menjadi manusia.”

Seronoknya jadi burung…

Teringin nak jadi kucing!

Saya teringat sebuah kisah yang saya baca semasa kecil. Ia sebuah dongengan, namun cukup untuk memberikan pengajaran kepada kita. Tentang manusia.

Pada zaman dahulu, ada seorang pengusaha marmar, yang kerjanya mengetuk batu kapur setiap hari di pinggir gunung. Hingga pada suatu hari, dia merasa bosan dengan hidup yang amat sukar. Terpaksa bekerja keras setiap hari, namun hasilnya tidak seberapa. Dia sudah puas hidup sebagai manusia.

Pada malam itu, dia bermimpi bertemu dengan seorang tua. Katanya, pengusaha marmar itu boleh meminta apa sahaja, dan segala permintaannya akan ditunaikan serta merta. Lantas dia meminta untuk menjadi seekor tikus.

Keesokan harinya, ia gembira kerana sudah berubah menjadi seekor tikus. Namun, pada malam itu, dia dikejar oleh seekor burung hantu. Dek ketakutan, dia meminta agar ditukar kepada burung hantu pula.

Kemudian, dia terlihat sang bulan. Kagum akan keindahan sinarannya, maka diminta menjadi bulan. Bila malam sudah ke penghujung, ia terganggu dengan cahaya mentari yang melenyapkan sinarannya. Lalu ia mahu menjadi Matahari. Kerana Matahari lebih kuat. Kerana cahaya matahari meliputi seluruh bumi. Megah.

Namun, kemegahannya pudar pabila angin bertiup. Sang awan menghalang cahayanya sampai ke bumi. Marah. Mahu menjadi awan pula. Kerana disangka awan lebih berkuasa daripada matahari. Angin bertiup lagi. Tiba-tiba dia melihat puncak gunung yang memecahkan awan. Dimintanya bertukar kepada gunung batu. Kembali berasa megah kerana berjaya menandingi sang awan.

Terdengar pula bunyi ketukan. Tidak disangka-sangka, kawan-kawannya sendiri yang mengetuknya; memecah batu kapur yang menjadi badannya kini! Akhirnya dia kembali menjadi seorang manusia. Dan mengakui, menjadi manusia itu lebih baik daripada segala makhluk yang lain.

—–

Bukankah Allah sendiri telah berfirman;

We have indeed created man In the best of moulds [At-tiin; 4]

——

Quoted from translation of Tafseer fi zilalil-Quran by Syed Qutb (Surah at-Teen):

The essential fact of the surah is embodied in the verses:
We indeed have created man in the fairest form.
Then We brought him down to the lowest of the low,
except for those who believe and do righteous deeds,
for their shall be an unfailing recompense
.” [At-teen; 4-6]

Allah has perfected all His creation; and the special emphasis laid here and elsewhere in the Qur’an on man’s being endowed with perfect form shows clearly that this creature, man, has enjoyed extra care. Moreover, Allah’s care for this creature despite his distortion of his upright nature and the corruption he indulges in suggests that Allah has given him a special rank and a special weight in the universe. Allah’s care is most clearly apparent in the moulding of his highly complicated physical structure and his unique spiritual and mental make up.

The emphasis here is on man’s spiritual qualities since these are the ones which drag man down to the most ignoble state when he deviates from the upright nature and turns away from belief in Allah which is perfectly harmonious with this nature. It is needless to say that man’s physical structure does not sink down into such a low level. Moreover, the superiority of man’s creation is most clearly apparent in the spiritual qualities. He is made in a way which enables him to attain a sublime standard, superior to that of the highest ranking angels. This is illustrated in the story of the Prophet’s ascension to Heaven. Then, Jibril stopped at a certain level and Muhammad, the human being, was elevated much higher.

At the same time, man is given the dubious ability to sink down to levels unreached by any other creature: “Then We brought him down to the lowest of the low. ” In this latter case, the animals become superior to him and more upright since they do not violate their nature. They praise the Lord and fulfil their function on earth as they arc guided to do. But man who has been given the fairest form and abilities denies his Lord and sinks right down.

We have created man in the fairest shape and form “. This is a reference to his nature and abilities. “Then We brought him down to the lowest of the low. ” That is, when he forces this nature away from the line Allah has defined for him. Having laid down the way. Allah left man to choose whether to follow it or not.

Except for those who believe and do righteous deeds.” For these are men who stick to the upright nature, consolidate it with faith and righteous deeds, elevate it towards its destined level of perfection until they finally attain a life of perfection in the world of perfection: “for theirs shall be an unfailing recompense ” But those who cause their nature to sink to the lowest of the low go down with it along their slippery road until they reach the lowest level, that is, in Hell where their humanity is shed and they are completely debased. Both ends are natural results of two widely different starts and lines of action.

Thus, the importance of faith in human life becomes clear. Faith is the elevating path through which upright human nature ascends to its ultimate perfection. It is the rope stretched between man and his Maker. It is the light showing him where to put his feet along the elevating path. When the rope is cut and the light put out, the inevitable result is the fall down the steep path into the lowest of the low. The clay element in man’s make-up separates from the spiritual element and man, along with stones, becomes fuel for the hell-fire.

Read Full Post »

Erti hidup

BismiLLah…

Sedar tak sedar, sudah dua bulan kami kembali ke Malaysia. (Terasa seperti baru semalam melihat esak -tangis sahabat-sahabat di Lapangan Terbang Dublin kerana akhirnya terpaksa juga melepaskan kami pergi). Dan dengan itu, genap 2 bulan juga kami bermukim di Pulau Mutiara ini. Dan hampir dua bulan juga kami mendapat kenalan dan “keluarga angkat” baru di klinik-klinik dan Hospital Besar Pulau Pinang. Menarik, bukan? Selain ilmu-ilmu perubatan, banyak juga ilmu-ilmu lain yang kami pelajari sepanjang kami bergaul dengan ‘warga’ hospital; cik-cik misi (jururawat), doktor, pesakit mahupun keluarga pesakit. Memang menarik. 😀

Hidup ini sebuah pinjaman. Nyawa itu pinjaman, anak-anak itu pinjaman!
Sukar untuk saya lupakan wajah sang ibu yang berkali-kali mengingatkan saya tentang ini. Lirih suaranya tatkala mengungkapkan ayat-ayat itu. Dan di sebelahnya terduduk seorang anak yang menghidap rheumatic heart disease rentetan dari rheumatic fever yang dihidapinya semasa berumur 9 tahun. Angkara Group A beta-haemolytic Streptococcus yang mencuri peluang menyusup masuk ke salur darahnya melalui pharynx. Anaknya kini kerap kali diserang sakit kepala yang teruk hingga tidak sedarkan diri.

Saya hanya mampu mengangguk dan tersenyum. Mati kata-kata. Saya tahu, sang ibu cuba memujuk diri. Agar sentiasa sabar dan redha menerima taqdir Allah. Ya, qadha’ dan qadar Allah. Si ibu ada menyebutnya. Kita mengaku beriman kepada Allah, bermakna kita juga berikrar mengimani segala perlaksanaan dan ketentuan-Nya. Tapi kebanyakan kita lupa tentang itu. Saya juga. Sebab itu sukar untuk mengecap nikmat redha.

REDHA. Bukan pasrah“.
Itu kata Kak Makcik Intan. Saya mengaguminya. Tangannya tidak lekang dengan tasbih. Lidahnya basah dek zikruLLah. Wajahnya senantiasa tenang. Manis dihias senyum. Sambil berdoa; agar suaminya lekas sembuh, agar dirinya dikurniakan redha. Juga sabar. Agar dia dan anak-anaknya percaya, hidup dan mati, segalanya milik Allah.

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah.”
Dia mengingatkan saya tentang perjanjian kita dengan Tuhan. Yang setiap hari kita lafazkan. Benarkah ia datang dari hati? Atau hanya sekadar mainan bibir. Atau kerana kebiasaan orang membacanya, lalu kita turut baca? Bila kesusahan melanda, kita berkeluh-kesah. Dan tidak sedikit yang menyalahkan Tuhan. Bila senang, tak ramai yang ingat, siapa Sang Pemberi nikmat.

—–

Ya Allah, ajarkan aku tentang islam, iman dan ihsan!
Agar aku mampu menunaikan janjiku
Kepada-Mu.
Dan aku tahu, Kau sekali-kali tidak akan rugi.
Walau sedikit.

Read Full Post »

Biar diburu…

Terus berlari
Mara
Hingga kencang nafasmu
Terus berlari.

Di belakangmu!
Ia menghambat
Laksana sang rimau lapar
tidak pantas membiar mangsa
bebas

Usah toleh lagi
Terus berlari
Awasi derap langkah
Andai ia menghampiri

Jangan sampai nanti
Pedang-tajamnya
memenggalmu;
MATI.

Nour Elfaqiha
26 Rabiul-Thani 1429
Air Hitam, Penang
.

———-

p/s: Tak mahu menjadi pemburu masa (kerana masa di’hadapan’). Biar diburu, jangan ia mendahulu. Masa itu kan pedang?

Read Full Post »

Older Posts »