BismiLLah…
Sudah lama tidak menulis. Gerak jari-jemari sudah tidak selancar dulu. Idea tidak mahu lagi turun seperti hujan.
Minggu lalu, kami melawat Taman Botani Pulau Pinang. Bukan untuk bersuka-ria, tetapi lawatan itu adalah sebahagian daripada pengajian kami dalam subjek Kesihatan Umum/Masyarakat (Public Health). Kami mengkaji melihat bagaimana teknik-teknik kawalan vektor virus malaria yang dipraktikkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Secara ringkasnya, malaria lebih tertumpu di kawasan luar bandar di negara-negara tropika (termasuk Malaysia) dan merebak melalui gigitan nyamuk dari genus Anopheles yang membawa virus Plasmodium Malariae, Plasmodium Vivax, Plasmodium Falciparum dan Plasmodium Ovale (Spesis yang terakhir tiada di Malaysia).
Bagaimana untuk mengelak daripada dijangkiti virus ini?
1- Mengelak daripada digigit nyamuk.
2- Mengawal pembiakan nyamuk.
3- Sekiranya sesiapa di kalangan kita disyaki dijangkiti malaria, perlu diasingkan di hospital supaya jangkitan tidak merebak kepada orang lain. (Dalam kes ini, jangkitan bukan melalui manusia-manusia, tetapi manusia-nyamuk-manusia)
Bagaimana pula nyamuk jenis Anopheles ini membiak?
Pertamanya, perlu difahami, nyamuk Aedes yang membawa virus Denggi berbeza jenis dan cara pembiakannya berbanding nyamuk ini. Nyamuk Anopheles membiak di kawasan-kawasan hutan yang terdapat saliran yang baik seperti sungai. Permukaan air yang jernih, mengalir dan mendapat cahaya matahari yang cukup merupakan medium pembiakan pilihan nyamuk-nyamuk ini.
Beberapa langkah telah diambil oleh KKM untuk menghalang pembiakan nyamuk. Sebahagiannya seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di bawah. (Credits to Mr. Photographer)
Setiap saliran air yang telah ditutup (cover) menggunakan batu-batu sebagai langkah mencegah pembiakan nyamuk mempunyai lohong pemeriksaan (betul ke istilah ini?) seperti di atas. Jika saliran ini tersumbat atau berlaku pengaliran balik air ke belakang, lohong ini digunakan untuk memeriksa punca tersumbat dan membersihkannya.
Agitation well digunakan untuk ‘memecahkan’ permukaan air, supaya tidak menjadi medium pembiakan. Daun kelapa dan sabut kelapa di bawah berfungsi menghalang cahaya matahari daripada sampai secara langsung ke permukaan air.
Gambar di atas juga merupakan salah satu cara mengganggu pembiakan nyamuk di dalam saliran air. Berfungsi secara otomatis.
Kata kawan saya, “Kita kena buat semua ini, dan membelanjana berjuta-juta kerana nyamuk. Ya, hanya kerana nyamuk!”
Saya terfikir, ‘Bukankah Raja Namrud, si angkuh itu juga mati kerana nyamuk? Alangkah hebat tentera Allah!’
Ya, agar kita sentiasa beringat-ingat.
Leave a comment