BismiLLah…
NILAI 28 Mei — Setiap pelajar yang menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) hanya dibenarkan mengambil 10 subjek maksimum mulai tahun depan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Serentak dengan itu, beliau berkata, beberapa perubahan akan dilakukan terhadap sistem pengredan SPM.
“Ia akan mempunyai banyak implikasi positif, satu yang pasti adalah para guru akan berupaya memberi lebih tumpuan terhadap bilangan mata pelajaran utama dan guru juga akan lebih khusus,” katanya. – Utusan
Saya terdiam. Mahu setuju atau tidak?
Secara peribadinya, saya sendiri tidak bersetuju apabila ‘adik-adik’ kita berkejar-kejar mengumpul bilangan A terbanyak. Persoalan ‘hilang tumpuan’ bukan isunya, tetapi apa gunanya kalau ambil subjek yang ‘overlap’ antara satu sama lain, semata-mata untuk menambahkan bilangan A? Contohnya, jika sudah ambil subjek Biologi, Fizik dan Kimia, kenapa perlu ambil subjek Sains? Atau, situasi yang lebih dekat dan menjadi isu di sekolah saya dahulu, mengapa perlu ambil subjek Pendidikan Islam jika sudah ada Pendidikan al-Quran & as-Sunnah dan Pendidikan Syari’ah Islamiyah? Tetapi, jika mahu ambil subjek yang banyak kerana mahu meluaskan ‘horizon’ atau skop pemikiran dan ilmu pengetahuan, bukankah itu suatu yang patut dipuji dan dicontohi? (Ya, balik kepada niat kita)
Adapun, keputusan TPM kelmarin benar-benar memeranjatkan saya. Bagi saya, mengehadkan matapelajaran kepada 10 adalah keterlaluan. Seingat saya, semasa SPM 2002, pelajar aliran Sains di sekolah saya diwajibkan mengambil 11 subjek minimum. Empat subjek teras: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, tiga subjek wajib aliran sains: Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, dan tiga subjek wajib ‘sekolah arab’: Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiyah. Jadi, mulai tahun hadapan, terpaksalah pelajar aliran sains di sekolah saya mengkompromikan salah satu daripada 3 subjek wajib sekolah.
Bantahan saya bukan semata-mata kerana sekolah saya, tetapi kerana memikirkan kelebihan mengambil subjek tambahan kepada subjek wajib bagi aliran yang dipilih (Ah, Bahasa saya pun sudah caca-merba). Lagipun, bukan kami, pelajar aliran Sains Agama sahaja yang membantah, pakcik-pakcik MIC juga!
Saya terfikir, adakah pakcik-pakcik menteri itu bimbang, generasi baru akan lebih pandai dan lebih luas pengetahuan daripada mereka? Atau, adakah pekerja di kementerian itu begitu malas, atau teknologi di negara kita terlalu terkebelakang untuk menapis matapelajaran yang diambil supaya tiada yang bertindan (overlap)? Atas dasar apakah sebenarnya mereka berpendapat bahawa pelajar (dan guru-guru kepada pelajar) yang mengambil lebih daripada 10 subjek itu hilang tumpuan daripada subjek asas aliran masing-masing?
Oh, tiba-tiba saya rindukan kolej saya di Dublin. Batch saya adalah perintis kepada ‘UCD Horizon‘, di mana selain daripada subjek asas kursus perubatan, kami dibenarkan (diwajibkan) untuk mengambil sekurang-kurangnya satu subjek di luar kursus pada setiap semester tahun 1 hingga semester pertama tahun 3. Dan kami tidak dibenarkan mengambil subjek yang overlap. Ya, di UCD yang teknologi IT nya agak terkebelakang daripada Malaysia mempunyai sistem begitu. Dan program UCD Horizon inilah yang menyebabkan kebanyakan pelajar berasa bangga dengan universiti kami. Seorang pelajar perubatan mempunyai pengetahuan (sekurang-kurangnya asas) dalam ilmu perniagaan dan seorang pelajar kejuruteraan mempunyai asas pengetahuan dalam perubatan! Ya, pastinya universiti juga berbangga dengan produk-produknya. (oh, ini statement perasan)
Dengan itu, saya amat berharap agar encik TPM mempertimbangkan kembali keputusannya, kerana mengehadkan matapelajaran kepada 10 itu sangat merugikan pelajar. Pelajar akan semakin sempit pemikirannya, dan tidak mampu berfikir di luar kotak (out of the box). Bukankan ini akan merugikan negara juga?
Salam Kak Leq.
Masa tahun Nad, kelas Sains wajib 12 subjek. Ada EST. Kenalah dua subjek dikorbankan. Hm. Entah apalah Malaysiaku tercinta ni. Tak reda dengan politik, isu pendidikan pun nampak tak cantik.
salam
oh,lupa pula ada subjek tambahan lagi oleh kementerian.
hm, itulah, sistem pendidikan juga hendak dipolitikkan, begitulah jadinya.
Atau mungkin memang agenda mereka supaya pelajar hanya menumpukan kepada subjek wajib aliran masing-masing supaya tidak mengambil subjek yang dikatakan ‘penghilang tumpuan’ seperti bahasa arab, dan subjek agama yang lainnya. Sekularisme?
Dah baper thn pelajar sekolah agama jdk best student ???..diorg jeles ke???anyway sy harap walaupun TPM tak baca blog ni, biarlah hati dia tersentuh =)…
Hmmm, persoalan yg timbul:
kalau dah boleh dpt A semua….
boleh kategori hilang tumpuan ke ?
kalau nk bebetul jaga quality cuba fixed kan graf utk semua subjek tgk apa jadi?
fadilah:
wah, hebat kalau tanpa baca boleh tersentuh hati. macam ada super power (grandiose delusion pulak!) mungkin kena beramai2 berdoa (bukan berdoa beramai2, nanti encik kuro sound pulak)…
kuro:
haha, katanya cikgu yg hilang tumpuan. tak fokus kepada subjek2 teras SPM. Yup, setuju dengan isu graf tu.
Cik fadilah, macam masin pule mulut awak.
SPM: Kedudkan pelajar aliran agama sains dikaji. http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0604&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm&arc=hive
tapi, nampak nye dia semakin merepek, mahu mengurangkan subjek teras kepada 4 daripada 6. Sungguh2 merepek!
saya takleh imagine subjek teras jadi 4 je. so apa subjek teras tu? bm, english, sains, math? kesian rakyat jadi kurang cerdik nanti.
memang tak guna amek berpuluh2 subjek, tapi 10 saje pun merugikan jugak. kalaulah orang2 kementerian pendidikan ni dulu belajar rajin2, at least pandai skit nak buat keputusan.
Salam..
kak ika..dh lama x drop by kt sini..bz konon2nya..hihi~ wah, sejak bila dan bertukar menjadi ‘ummu hakeem’ ni? *winkwink*
sbnrnya sy tergelak besar baca komen uti kt atas ni..
“..kalaulah orang2 kementerian pendidikan ni dulu belajar rajin2, at least pandai skit nak buat keputusan..”
comey..haha..lg stu, sy kesian la ngan budak2 sek agama..kenapa 10, bukan 11..apa la nasib pelajar2 aliran sains agama..
sbnrnya dh lama x baca paper..so, x up to date sgt psl ni..hehe~
-adah aka ummu farouq- =D
CIk Adah, nama tu sudah lama wujud, cuma tidak dizahirkan penggunaannya saja. ^_^ eh, dia pun nak jugak nampaknye? ;P
itulah, kalau campur EST tu, 12 lah. ntahlah adah, nanti awak pegila ganti jadi menteri pendidikan ye? akak undi awak nanti. tapi jangan masuk ameno ok. haha~
To Uti, sy stuju dgn awk. brilliant. hehe~ miss U!