BismiLLah…
Pernah sahabat saya bertanya, mengapa kelahiran itu keadaannya tidak menyenangkan? Saya diam. Pernah juga saya terfikir perkara yang sama selepas menonton beberapa episod kelahiran di hospital bersalin di sini.
Seketika saya teringat kepada kenyataan Professor saya dari Dublin berkenaan susu ibu. “Western women did not breast feed their babies because it was perceived as an act of animals. We are trying to change that perception.“
Antara manusia dan haiwan
Dahulu pernah ustazah saya ajarkan, manusia ini dipanggil الحيوان النَّاطِق (Al-hayawaan-un-Naathiq) yang bermaksud haiwan yang boleh bercakap. Selain bentuk fizikal, kebanyakan tabi’at manusia dan haiwan memang banyak persamaan. Cuma yang membezakan kita manusia dengan haiwan adalah, kita mampu bercakap dan kita punya otak untuk berfikir dan mengawal segala tindak-tanduk kita. Bukankah Allah telah nyatakan di dalam kitab-Nya, bahkan manusia itu lebih buruk daripada haiwan seandainya mereka tidak menggunakan segala pancaindera mereka dengan baik? Dan jika diteliti ayat-ayat di dalam al-Quran, banyak ayat yang diakhiri dengan pertanyaan, “Mengapakah kamu tidak berfikir?” Ini menunjukkan, akal fikiran yang Allah kurniakan untuk kita yang membezakan kita dengan haiwan dan dengan orang-orang yang tidak beriman. Sekiranya mereka menggunakan akal dengan baik, nescaya mereka akan menemui jalan menuju hidayah Allah s.w.t.
We have committed to Hell multitudes of jinns and humans. They have minds with which they do not understand, eyes with which they do not see, and ears with which they do not hear. They are like animals; no, they are far worse – they are totally unaware. [al-A’raaf: 179]
Manusia yang terlalu mengejar keduniaan (kekayaan, pangkat/kuasa, wanita dsb) tanpa menggunakan ilmu atau akal fikiran (dan juga sandaran iman) hingga terlupa bahawa mereka sebenarnya berpijak di muka bumi Tuhan; mereka inilah yang akhirnya merendahkan martabat mereka sebagai sebaik-baik makhluk di dunia. Kerana mereka bertindak tidak kurang bezanya daripada tabi’at haiwan; berkejaran dan bercakaran demi merebut makanan, kuasa dan pasangan.
Antara manusia dengan manusia
Berkenaan soalan yang sahabat saya ajukan sebelum ini, agak sukar untuk saya fikirkan jawapannya. Sebagai seorang Muslim yang waras, saya yakin, setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Orang yang waras tidak akan semata-mata menerima-pakai teori generasi spontan yang diperkenalkan oleh ‘ulama‘ (baca: saintis) barat. Cuma, dibimbangi jika persoalan-persoalan yang timbul, jika tidak diimbangi dengan neraca iman, akan menyebabkan kita mempertikaikan hukum alam (baca: hukum Tuhan). Wa li ya na’uzubiLLah.
Antara hikmah yang dapat saya lihat (menggunakan pancaindera yang Allah kurniakan ini) adalah, agar manusia tidak lupa asal kejadian mereka. Agar manusia tidak bongkak dengan kehidupan dunia mereka. Agar mereka melihat diri mereka dan orang lain dengan pandangan yang sama rata.
Kejadian manusia (dan juga haiwan mamalia) terhasil daripada persenyawaan sperma dan ovum, yang membentuk zigot, dan seterusnya embryo. Apabila bentuk dan struktur fizikal telah sempurna dan matang untuk hidup di luar rahim, bayi akan dilahirkan melalui faraj ibu, bersama-sama air ketuban (yang berasal dari air kencing bayi semasa di dalam kandungan, dan mungkin bercampur tahi) dan darah. Oh ya, semasa di dalam kandungan, KITA semua telah menelan air ketuban tersebut, dan itu merupakan fisiologi yang normal.
Sebetulnya, sehingga kalian melihat proses tersebut, sukar untuk dibayangkan apa sebenarnya yang berlaku walaupun saya menceritakan semuanya di sini. Seperti mana kami, kalian juga tidak menyangka proses kelahiran itu begini dan begitu jika hanya mendengar-dengar cerita tanpa melihat. Ada sahabat saya yang hampir muntah dan pitam melihat proses kelahiran buat kali pertama walaupun telah diceritakan beberapa kali keadaan di dewan bersalin sebelum ini.
Jangan sombong!
Nah, KITA semua pernah berada di dalam situasi ini lama dulu, ketika kita dilahirkan oleh ibu kita. Mungkin ia menjijikkan bagi sesetengah orang, tapi inilah realitinya. Kita SEMUA lahir dalam keadaan jijik itu. Tetapi kita lupa. Sebab itu kita berani mendabik dada, berjalan dengan angkuh di atas bumi Tuhan.
“You shall not treat the people with arrogance, nor shall you roam the earth proudly. GOD does not like the arrogant showoffs. [Luqman: 18]
“Walk humbly and lower your voice – the ugliest voice is the donkey’s voice.” [Luqman: 19]
Agar kita ingat;
إنَّ أكْرَمَكُم عِندَ اللهِ أتْقَاكُم
Sesungguhnya semulia-mulia di kalangan kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa.
Salam Kak Leq.
Haih, terasa jauh sgt kdg2 bila menyentuh bab hati ni.
Terima kasih perkongsian ni. Sekurang-kurangnya terasa Nad ni sebenarnya lemah lagi.
Allahumma thabbit quluubana ‘ala diinik wa ‘ala tho’atik.
All the best utk Kak Leq!
kak!! kite pun dah blajar sket dengan kawan kite, gi la tgok kat blog kite ada ape, and tambah la pape, kot2 saya kene klentong ke, wuwu
Asal dari air hina, dalam kandungan telan air yang hina, seb baik tak minum air hina bila dah besar.
Pandai tak saya berfalsafah? Haha.
haha, utie, pandai2. =P