BismiLLah…
Rindu pada sebuah kota – yang pernah dikenali dengan Kota Kostantinopal – tiba-tiba menyapa. Rindu pada kenangan manis di sana, dan rindu pada imbasan sejarah silam yang membawa islam ke puncak kegemilangannya. Ya, zaman pemerintahan Sultan Muhammad II yang digelar al-Fateh (pembuka) menjadi saksi kebenaran sabda Nabi s.a.w. semasa baginda menggali parit sebagai benteng menghadapi musuh dalam perang Khandaq (yang juga dikenali dengan perang ‘parit’ dan perang Ahzab berlangsung pada tahun 5 Hijrah).
Hadith yang digantung pada dinding sebelah luar Aya Sofya (Haghia Sofia) yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kota Kostantinopal pasti akan dibuka (ditawan oleh tentera islam). Sebaik-baik pemimpin adalah pemimpinnya dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya.”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
Ketika itu Kota Kostantinopal masih dibawah jajahan takluk kerajaan Rom yang terkenal dengan kehebatan bala tenteranya. Namun, hadith yang merupakan jaminan daripada Allah dan Rasul-Nya telah menyemarakkan semangat umat islam untuk mendapatkan penghormatan dan kemuliaan yang dijanjikan. Dalam tempoh 800 tahun selepas kewafatan baginda s.a.w, para amirul mu’mineen, bermula dengan Mu’awiyah dan anak beliau Yazid, berlumba-lumba mengerah tentera mereka untuk bersama-sama menawan kota Kostantinopal. Walau bagaimanapun, semua usaha yang dilancarkan pada zaman Umayyah, ‘Abbasiyah dan beberapa usaha pada zaman ‘Uthmaniyah menemui kegagalan. Akhirnya pada tahun 857H (1453M), Allah mentaqdirkan Sultan Muhammad II bersama 150,000 tenteranya berjaya membuka dan menakluki Kostantinopal dan menukar namanya ke Islam-bol.
800 tahun. Beribu-ribu tentera islam syaheed, termasuk sahabat nabi, Abu Ayyub al-Ansori r.a., tapi semangat mereka tak pernah kalah. Kerana mereka percaya setiap apa yang dikhabarkan oleh Rasulullah itu benar. Kerana mereka percaya janji Allah itu lebih besar daripada kekuatan tentera Rom yang pernah menggerunkan dunia.
Hadith Nabi Melangkau Zaman
A ‘fortune teller‘. Mungkin ada yang menggelarkan nabi begitu. Banyak hadith-hadith baginda yang menceritakan perihal umat dan zaman akan datang. Sebahagiannya ‘telah’ terbukti benar. (Maksud saya, ia telah berlaku selepas kewafatan nabi). Dan pastinya sebahagian lagi akan terbukti juga kebenarannya. Walau bagaimanapun, terpulang kepada kita sama ada benar-benar MAHU percaya sebelum ia berlaku atau mahu tunggu dan lihat, kemudian baru percaya.
عن النعمان بن بشير قال
كنا قعودا في المسجد مع رسول الله صلى الله عليه وسلم وكان بشير رجلا يكف حديثه فجاء أبو ثعلبة الخشني فقال يا بشير بن سعد أتحفظ حديث رسول الله صلى الله عليه وسلم في الأمراء فقال حذيفة أنا أحفظ خطبته فجلس أبو ثعلبة فقال حذيفة قال رسول الله صلى الله عليه وسلم تكون النبوة فيكم ما شاء الله أن تكون ثم يرفعها إذا شاء أن يرفعها ثم تكون خلافة على منهاج النبوة فتكون ما شاء الله أن تكون ثم يرفعها إذا شاء الله أن يرفعها ثم تكون ملكا عاضا فيكون ما شاء الله أن يكون ثم يرفعها إذا شاء أن يرفعها ثم تكون ملكا جبرية فتكون ما شاء الله أن تكون ثم يرفعها إذا شاء أن يرفعها ثم تكون خلافة على منهاج النبوة ثم سكت
“Kami sedang duduk-duduk di masjid bersama Rasulullah s.a.w., dan Basyir adalah seorang pendiam. Maka datang Abu Tha’labah al-Khasynee lalu berkata: “Wahai Basyir bin Sa’ad, adakah engkau menghafaz hadith Rasulullah s.a.w. tentang al-Umara’ (kepimpinan)?” Lalu Hudzaifah berkata: “Aku menghafaz khutbah baginda.” Lantas Abu Tha’labah duduk. Hudzaifah berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:
“An-Nubuwwah (kenabian) berada bersamamu selama mana Allah menghendakinya. Kemudian Dia mengangkatnya apabila Dia mahu mengangkatnya.
Kemudian kamu berada di zaman Khilafah di atas manhaj an-Nubuwwah (metod kenabian). Dan ia berlaku selama mana Allah menghendakinya. Kemudian Dia akan mengangkatnya apabila Dia mahu mengangkatnya.
Kemudian kamu melalui zaman Malikan ‘Aadhan (raja menggigit), dan ia berlaku selama mana Allah menghendakinya. Kemudian Dia mengangkatnya apabila Dia mahu mengangkatnya.
Kemudian kamu menghadapi zaman Malikan Jabriyah (raja diktator), dan ia berlaku selama mana Allah menghendakinya. Kemudian Dia mengangkatnya apabila Dia mahu mengangkatnya.
Kemudian kamu melalui zaman Khilafah di atas manhaj an-Nubuwah, kemudian baginda diam.”
[Riwayat Ahmad 4/275, Abu Daud 4/211, At-Tirmizi 4/503]
Yang dimaksudkan dengan an-Nubuwwah ialah semasa hayat Nabi Muhammad s.a.w. , manakala khilafah di atas manhaj an-Nubuwwah bermaksud khilafah yang terdiri daripada pemimpin yang mencontohi Nabi, iaitu zaman selepas kewafatan Rasululullah s.a.w. iaitu zaman khulafa’ ar-rasyideen (Abu Bakr r.a., ‘Umar al-Khattab r.a., ‘Uthman b ‘Affan r.a., ‘Ali b Abi Talib r.a. dan sebahagian ulama’ berpendapat termasuk Hassan b ‘Ali). Pemerintahan yang seterusnya dinamakan raja yang menggigit kerana ketidakadilan berlaku terhadap rakyat mereka seolah-olah mereka mempunyai gigi yang menggigit rakyat mereka. Zaman yang dimaksudkan ialah tempoh bermula Khilafah Bani Umayyah hingga jatuhnya Khilafah Bani ‘Uthmaniyyah pada kurun ke-20 Masehi (melainkan beberapa pemimpin seperti Umar b. Abdul ‘Aziz). Malikan Jabriyyah pula bermaksud raja yang angkuh, zalim dan melampaui batas (thoghut), iaitu bermula sejak jatuhnya khilafah ‘Utmaniyyah hingga ke hari ini.
JIka diperhatikan, hadith tersebut dibacakan oleh Nabi semasa hayatnya. Dan 4 daripada 5 peristiwa yang disebutkan dalam hadith tersebut telah pun berlaku. Pastinya peristiwa ke-5 kelak akan menyusul. Kita yakin ia akan berlaku, tapi tiada siapa yang dapat memastikan bila kan tiba waktunya.
Peranan Kita
Saya pernah terdengar bahawa ada yang mendakwa bahawa kita belum punya cukup kekuatan untuk mencapai peristiwa ke-5: Khilafah di atas manhaj an-Nubuwwah (yang ke2). Saya ingin mengajak kita semua untuk merenung kembali hadith yang pertama (berkenaan dengan pembukaan Kota Kostantinopal) di atas. Kita semua kagum akan semangat dan usaha yang ditunjukkan oleh para sahabat, tabi’ein, tabie’ tabi’ein dan umat selepasnya untuk menakluk Kota Kostantinopal bagi merealisasikan hadith baginda s.a.w. Tapi sejauh mana kita mahu mencontohi mereka?
Perihal kekuatan; kekuatan bagaimana yang diperlukan barulah kita boleh berusaha ke arah menegakkan khilafah di atas manhaj an-Nubuwwah? Adakah kita harus sehebat Nabi dan para sahabat, barulah dikira cukup kekuatan kita untuk mengembalikan khilafah? Jika benar begitu, tunggulah sehingga beribu-ribu tahun lagi, nescaya tidak akan tertegaknya khilafah yang kita nanti dan dambakan.
Dalam tempoh 800 tahun, yang bukan pendek, usaha umat islam diteruskan walaupun mereka menemui kegagalan. Mungkin mereka belum cukup ‘kuat’ untuk menembusi kubu Rom yang terkuat pada waktu itu. Saya yakin, mereka juga tidak tahu kekuatan yang bagaimanakah harus mereka miliki. Namun, isu itu tidak pernah timbul. Kerana matlamat mereka hanya satu; merealisasikan apa yang tertulis di dalam hadith Rasul s.a.w. dan seterusnya mendapat penghormatan di sisi Allah s.w.t.
Saya hairan, mengapa isu kekuatan ditimbulkan pada hari ini? Sedangkan sepatutnya kita serahkan ia kepada Allah. Kerana, mungkin bukan kekuatan (yang kita sangkakan) itu yang menjadi ukuran di sisi Allah. Tapi sejauh mana kita mahu berusaha untuk mencapai apa yang dijanjikan oleh Allah dan Rasul-Nya. Hari ini kita berusaha, bukan mesti esok kita melihat hasilnya. Yang penting, jangan kita biarkan rantaian usaha ini terputus. Kalau bukan kita, moga anak-anak cucu kita nanti mampu mengecap kemanisan Khilafah di atas manhaj an-Nubuwwah. Maka pilihlah, mahu menjadi yang berusaha atau mahu menjadi si penunggu.
Katakanlah: “(Sebenarnya) tidak ada Yang kamu tunggu-tunggu untuk Kami melainkan salah satu dari dua perkara Yang sebaik-baiknya (iaitu kemenangan atau mati syahid); dan Kami menunggu-nunggu pula untuk kamu Bahawa Allah akan menimpakan kamu Dengan azab dari sisiNya, atau Dengan perantaraan tangan kami. oleh itu tunggulah, Sesungguhnya Kami juga menunggu bersama-sama kamu”. [At-Taubah: 52]
Wallahu A’lam.
Assalamualaikum..
well done, an eye-opening entry! mintak izin copy paste article ni kat blog sy, insyaAllah sy akan letak reference ke blog akak.
syukran jazilan ^^
bismillah
salam akak! haha! entry yg best dan sentiasa patut diingati selalu 😀 tenkyu
Wa’alaykumussalam.
To Sarah: silekan. sekadar perkongsian terhadap apa yang bermain-main di minda… mudah2an bermanfaat =)
To Intan: hehe, ingat2… =D
Thank you for reading. hihi~
Hadis yang menunjukkan betapa optimisnya Rasulullah. Maka, seharusnya, umat Islam mencontohi sifat optimis Rasulullah. Tapi, jangan hanya percaya tanpa disusuli dengan amalan pula!
Anyway, good article!
Masya’Allah, thumbs up, ika!!
Kita setuju bebeno la dgn isu kekuatan etc utk mencapai kemenangan.
Kadang-kadang kita ini selalu mengikut logik dan ‘akal. Sedangkan ada byk perkara di dunia ini yang jauh dari kebolehan akal berfikir. ie: Bagaimana bumi boleh berpusing??
Hal berkenaan ‘wait and see’ adalah satu perkara, bagaimana pula dengan hal percaya dan yakin?
Ayah kita pernah cakap, kita yakinkah pada kemenangan Islam? yakin atau tidak, sekiranya Allah nak bagi kemenangan pada orang Islam itu, sekelip mata, Allah dah bagi. Tak perlu atas asbab kekuatan atau kelayakan.
Allah kata jadi, maka, jadilah!!
Cuma, persoalannya, siapakah yang mahu mengisi kemenangan itu?
Alangkah ruginya, jika kita bukanlah di antara yang terpilih…
salam..
ttg interpretation hadith raja menggigit..benarkah raja menggigit itu diistilahkan sebagai satu period kerajaan yang zalim? tempoh dimana berlaku ketidakadilan kepada rakyat mereka?ataupun hanyalah interpretation daripada penulis semata-mata?
kalau nk lihat pemahaman orang arab sendiri..istilah raja menggigit itu menunjukkan satu zaman dimana certain2 kerajaan tu memerintah dengan lama..ie kerajaan Umayyad(130 tahun),krjaan Abbasiyah(400 thn),Mamluk,Fatimiah(600 tahun)..
Mulkan jabrian-military kingdom..mulk(kerajaan), jabbar(kuat)..
nk best tgk la semua ye.. inspiring talk by tariq suwaidan…
Assalamu’alaykum wbt
terima kasih atas komen.
takrifan yang saya berikan diatas bukanlah sekadar interpretasi berdasarkan pemahaman saya semata, tapi berdasarkan siri ceramah dan beberapa rujukan lain; albidayah wannihayah. boleh juga rujuk fatwa (arab) berkenaan hadeeth tersebut.
http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?lang=A&Id=36833&Option=FatwaId
Jabbar (sifat Allah) bukanlah semata2 bermaksud kuat, tetapi maha berkuasa dan keras ke atas sesuatu. Sifat ini memberi kesempurnaan kepada Allah, tetapi apabila dinisbahkan kepada manusia, ia memberi maksud zalim.
Allahu A’lam.
[…] oleh elfaqiha […]