BismiLLah…
“Eh, kenapa hantarannya macam sudah mahu kahwin?” tanya ayah, risau.
“Ayah, tuan badannya dah allocate RM500 untuk hantaran, tak termasuk baju.” Saya masih khusyuk menyiapkan hantaran bagi pertunangan sepupu saya yang akan dilangsungkan 2 hari lagi.
Ayah diam. Ayah memang tak suka perkara yang berlebih-lebihan. Membazir katanya.
“Zaman ayah dulu kalau bertunang, hanya balut isi hantaran tu dengan pembalut hamper tu. Senang. Tak membazir.”
Saya diam, bersetuju dengan kata-kata ayah. Saya masih ingat majlis pertunangan pakcik saya lebih 10 tahun dahulu. Simple. Tidak seperti majlis pertunangan hari ini, memang persiapannya seperti persiapan sebuah majlis perkahwinan! Ada pula yang mengambil gambar berdua di atas pelamin, si lelaki pula memakai baju melayu sedondon dengan si perempuan. Mengapa tidak dinikahkan saja mereka? Alang-alang…
Itu belum lagi masuk bab mas kahwin. Eh, maksud saya wang hantaran kahwin. Cikgu saja sudah melebihi RM12000. Kalau jurutera, doktor… lebih-lebih lagi kalau ibu bapanya berpangkat juga. Ah, sebab tu orang dah lama bercinta tak kahwin-kahwin! Dan akibatnya…

tak tergamak meletakkan gambar bayi-bayi yang tak berdosa. sila klik untuk melihat gejala yang semakin parah ini
Bagi tempoh 2008 hingga 2009, sebanyak 181 kes pembuangan bayi dilaporkan, manakala 60 kes direkodkan sejak awal tahun ini sehingga Kabinet membuat keputusan itu, Rabu lalu. Kes yang dicatat tahun ini saja hampir menyamai jumlah 65 kes yang berlaku di seluruh negara pada 2006. Malah, dalam tempoh 24 jam selepas keputusan Kabinet itu diumumkan, empat lagi kes buang bayi dilaporkan. Ini tidak termasuk kes kelahiran anak luar nikah yang jumlahnya mencapai ratusan ribu. Menurut statistik Jabatan Pendaftaran Negara, sejumlah 257,411 sijil pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf, dicatat dalam tempoh 2000 sehingga Julai 2008, sebahagian besarnya Melayu (baca: Islam). – Berita Harian 16 Ogos 2010
Dilaporkan juga bahawa sesiapa yang disabitkan kesalahan membuang bayi akan dikenakan hukuman penjara 10 tahun atau denda RM 20,000. Dan beberapa hari lalu, hukuman gantung mandatori telah dikuatkuasakan bagi kes-kes ini, yang sama taraf dengan kes pembunuhan. Manakala pesalah-pesalah akan dikenalpasti melalui sampel-sampel DNA yang akan diambil pada bayi.
Ramai yang menarik nafas lega dengan adanya akta baru ini. Kononnya, orang ramai akan lebih berhati-hati, dan kejadian buang bayi akan berkurangan. Entah, saya memang tidak yakin akan keberkesanannya. Perbuatan buang bayi itu adalah komplikasi kepada penyakit lain; iaitu pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Mana mungkin akan berkesan jika kita mahu merawat komplikasi tanpa kita selidiki sebab-musababnya dan mencari jalan untuk menangani penyakit atau masalah pokoknya! Konsep ini juga yang saya pelajari dalam bidang perubatan. Treat the cause to prevent the complication!
Pelbagai respon daripada masyarakat berkenaan hukuman gantung mandatori ini. Saya cuba bersetuju dengan beberapa pandangan Marina Mahathir dalam The Star 18 Ogos 2010. Katanya,
I ALWAYS get a little worried when people start talking about death penalties. It often spells a poverty of ideas, which of course, comes from not really understanding what the problem is all about.
Cadangan beliau lainnya;
1- Put in place sex education, with a gender perspective and emphasising boys learning to respect girls
2- Let’s have homes for girls to have their babies safely, where they can keep up with schoolwork and where they can learn mothering skills should they want to keep the babies.
3- Talk to them about adoption and set up safe procedures for the babies to be adopted. Then set up a system where the girls can continue school afterwards
4- Finally, adults themselves must set good examples.
True indeed. Namun ada juga beberapa perkara yang kurang saya persetujui, sebagai contoh, beliau menolak nikah (sebelum hubungan kelamin) sebagai salah satu solusi kepada gejala ini. Pendapat beliau mungkin benar, sekiranya masyarakat terutamanya golongan muda dan remaja tidak dididik dengan pendidikan agama yang betul. Masyarakat perlu faham bahaya pergaulan bebas, seks rambang dan berpakaian menjolok mata. Mereka juga perlu tahu konsep perkahwinan dan hukum-hakam dalam islam serta relevansinya dalam menangani gejala sosial yang menular dalam masyarakat hari ini.
Mari kita renung-renungkan hadith ini:
Abdullah ibn ‘Umar said: The Prophet (pbuh) came to us and said, “O Muhajirun, you may be afflicted by five things – God forbid that you should live to see them.
If fornication should become widespread, you should realize that this has never happened without new diseases befalling the people which their forebears never suffered.
If people should begin to cheat in weighing out goods, you should realize that this has never happened without drought and famine befalling the people, and their rulers oppressing them.
If people should withhold zakat, you should realize that this never happened without the rain being stopped from falling – and were it not for the animals’ sake, it would never rain again.
If people should break their covenant with Allah and His Messenger (pbuh), you should realize that this has never happened without Allah sending an enemy against them to take some of their possessions by force.
If the leaders do not govern according to the Book of Allah, you should realize that this has never happened without Allah making them into groups and making them fight one another”
- IBN MAJAH, KITAB AL-FITAN, 40
Saya sarankan agar kita semua membaca dan cuba memahami tulisan Ustaz Nasruddin Tantawi berkenaan isu ini; Nikah Khitbah satu Alternatif, atau tulisan yang telah disimpulkan oleh Malaysiakini; Nikah gantung tangani kemaruk nafsu, buang bayi.
Menurut, langkah memudahkan proses perkahwinan boleh dilakukan oleh pihak berwajib, antaranya dengan:
# Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin.
# Memberi insentif sebagai galakan berkahwin.
# Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan.
# Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma.
# Menganjurkan perkahwinan beramai – ramai yang menjimatkan.
# Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan.
# Merendahkan hantaran perkahwinan.
Selamat berkahwin.

Menarik utk dibincangkan.Adapun cadangan hukuman mandatori kepada individu yg membuang bayi sehingga mati,pada sy ia releven kerana manusia ada hak untuk dilayang sbagi manusia dan abyi etrsebut juaga mnausia.Namun MCA dan beberapa NGO tidak bersetuju dengan cara capital punishment ini. Bagi mereka masalah pembuangan bayi haruslah dibendung dari puncanya. Oleh itu kerajaan perlu memberi bantuan kepada remaja yang mengandung dan juga menyediakan kemudahan seperti ‘Hatch Centre yg telah menerima bayi pertama pada 27 Jun yang lepas.
Sementara itu di Jasin, sebuah sekolah khas bagi pelajar yang mengandung juga turut diperkenalkan oleh kerajaan negeri Melaka.
Seperti masalah buang bayi- untuk pasangan-pasangan muda yang tidak tergamak nak buang bayi mereka- kita sedaikan ‘hatch centre’. Tetapi untuk mereka yang masih lagi membuang bayi di sebalik kewujudan Hatch Centre, kita jatuhkan hukuman yang lebih berat misalnya hukuman mati.
alternatif lain seperti nikah gantung,sy merasakan ianya susah untk diguna pakai dalam budaya kita yang semakin meruncing.
yang mustahak sekarang,ialah kesedaran dalam diri remaja itu sendiri
Good point of view, aisyah.
Akak tak nafikan relevansi hukuman bunuh mandatori tu ada. Cuma, seperti yang akak katakan sebelum ini, membendung komplikasi tanpa usaha merawat punca adalah sia-sia.
Awal-awal lagi Allah sudah beri amaran kepada kita, “Jangan kamu dekati zina.” Dan kenapa bukan “Jangan kamu berzina” – menunjukkan perlunya kita tangani perkara ini ke akar umbinya. Bukan sekadar melihat pada buah yang rosak.
Begitu juga dengan ‘hatch centre’, ia adalah satu cadangan yang baik untuk mengurangkan kadar bayi yang dibuang. Tapi seperti juga hukuman bunuh, ia hanyalah rawatan kepada komplikasi. Sudah banyak pusat2 sebegitu seperti Raudhah sakinah, tapi adakah kita sudah boleh menarik nafas lega melihat pusat2 ini tumbuh bagai cendawan selepas hujan?
Yes again, this would not solve the main problem; rape, pre-marital intimacy & illegitimate babies. (and if we think further, only mothers who wish to keep the baby would attend the ‘hatch centre’)
Lagipun, akak agak skeptikal dengan perlaksanaan hukuman tu. Lihatlah, betapa ramai orang yang telah disabitkan kesalahan membunuh pun boleh terlepas dari hukuman bunuh mandatori tersebut. Apatah lagi wanita-wanita (baca: gadis-gadis muda) yang ‘hanya‘ membuang bayi.
Dan untuk mencari si pembuang (baca: pembunuh) bayi menggunakan DNA tanpa adanya suspek? Akak tak yakin ia akan berjaya.
Dengan itu, akak hanya melihat hukuman bunuh itu hanya sebagai satu UGUTAN kepada ibu-ibu tunggal ini. Tidak lebih.
Nikah gantung mungkin bukan cara yang terbaik, tapi sekurang-kurangnya mengurangkan kes zina & anak luar nikah.
Namun, ada juga kebimbangan, jika institusi nikah ini akhirnya rosak, kerana nikah semata-mata untuk menghalalkan hubungan intim.
Jadi apapun, benar sekali, kesedaran itu adalah pokok kepada penyelesaian. tetapi melihatkan budaya couple dan zina sudah menjadi norma masyarakat, pastinya perlaksanaannya bukan perkara yang mudah tanpa penglibatan dari golongan pemerintah, pendidik dan ibu bapa. Sebab itu setiap lapisan masyarakat perlu didedahkan dgn pendidikan seks & perkahwinan, yang dilandaskan dengan pendidikan agama.
(p/s: kak, identity saya tak naik kan bila post ni? takmo link ke blog, ada isu yang sensitif kalo family dapat tau, wuwu)
Teringat waktu talk oleh Puan Ros Raudhatussakina, target dia adalah untuk menutup Raudhatussakinah..
Untuk pengetahuan, tahun lepas family ada ambik anak angkat dari baby yang dilahirkan luar nikah. Kakak tak ada anak, jadi ambik anak angkat. Kami ambil dia waktu umur 3 hari. Comel, permata hati, Geram sebab comel sangat, semua orang sayang..
Tapi, dalam hati. Hanya Allah je yang tau.. Betapa setiap hari dihantui rase takut kalau mak dia nak ambik balik. Plus, bila si ibu meluahkan rasa nak bertemu dengan anaknya. Ikut perjanjian, tak boleh bagi maklumat sangat pasal ibu angkat, sebab ada kejadian ibu kandung ugut ibu angkat, mintak duit dll. Tapi, takkan nak halang ibu kandung nak jumpe anak sendiri?
Dan stiap hari, rasa takut, takut baby tu akan ‘hilang’ dari kami.. Dah sayang macam family sendiri, bahkan lebih kot.. wuwu~
Kesimpulannya, banyak effect zina. Juga, mengundang perpecahan.. kan=P
jgn bimbang, identitimu kan dirahsiakan, insya’Allah.
benar sgt pasal RS tu. Umi Ros sangat berusaha untuk membela nasib ibu2 tunggal, tp dalam masa yg sama, dia berusaha ke arah ‘penutupan’ RS – satu hari nanti, insya’Allah.
hm, perihal anak angkat tu, kalau dilihat pada pengalaman2 orang lain pun, dari drama2 dll, kesudahannya mmg agak sukar untuk dijangka. adapun, sejujurnya, akak agak kurang bersetuju jika ibu kandung dihalang terus daripada menemui anaknya. dia sepatutnye diberi hak untuk ambil tahu perihal anaknya – benar2 dijaga dgn baik, makan pakainya, pendidikannya, kebajikannya… dll. Namun, akak tak nafikan, ada kontra kepada isu ni juga, jika diberikan hak yang byk kepada ibu kandung.
(mohon maaf, jika pendapat akak ni mengguris hati kamu dan keluarga kamu)
mungkin perlu selidik dari segi undang-undang, sejauh mana kontrak boleh melindungi hubungan ibu angkat & anak angkat. perjanjian, tetap perjanjian, selagi pihak ibu angkat tidak membatalkannya.
namun, tak dinafikan, kadang2 jiwa ibu angkat juga boleh terkesan melihat kesedihan ibu kandung yang akhirnya menyebabkan penyerahan semula anak angkat kepada keluarga kandungnya.
apapun, perbanyakkan doa kepada Allah, semoga Allah memelihara hubungan kakak awak dengan anak angkatnya. semoga Allah menentukan yang terbaik untuk kalian. Ameen.
insyaAllah, thanks kak =)
*akak memang, cakap apa yang akak fikir, akak rasa betul.. Tapi i like tau, tak pernah simpan atau makan dalam pun.. Jujur ^_^ Boleh jadi cermin kepada diri, thanks lagik skali ^_^