BismiLLah…
Semalam ‘cikgu’ saya bercerita tentang konsep narcissism yang berasal daripada hikayat mitos Greek.

Ada seorang budak lelaki yang cantik bernama Narcissus. (a beautiful boy – sungguh, kami senyum-senyum mahu ketawa mendengar istilah ini) Kecantikannya dikagumi semua orang termasuklah para Tuhan (nota: Greek mempercayai banyak Tuhan) sehinggakan Tuhan-tuhan ini ada yang turun ke bumi untuk bersahabat dengan budak lelaki tersebut. Malangnya, budak lelaki tersebut terlalu megah dan sombong akan kecantikannya yang kononnya tidak dapat ditandingi di serata alam, lalu menolak huluran persahabatan oleh Tuhan-tuhan. “Aku terlalu cantik untuk berkawan dengan kamu!”
Tuhan itu berasa murka, lalu berkata, “Jangan terlalu megah dengan diri sendiri kerana kemegahan itu akan menghancurkan kamu!”
Suatu hari, budak lelaki tersebut berjalan di tepi sungai. Buat kali pertama, dia melihat pantulan wajahnya di dalam air. “Alangkah! Aku tidak pernah melihat wajah secantik ini!” Budak lelaki itu terlalu asyik dengan kecantikannya sehingga terlupa melakukan aktiviti-aktiviti hariannya termasuklah makan dan minum. Akhirnya dia mati kebuluran.
Tamat. (Sesiapa nak ketawa silakan, kerana cerita ini mempunyai unsur lelucon yang kurang dapat diterima akal)
Gelak, gelak juga.
Tapi, siapa yang dapat menafikan kecantikan itu boleh melalaikan? Kembali saja kepada diri kita sendiri, berapa lama kita mengahadap cermin bila hendak keluar rumah? Kadang-kadang boleh mencecah 30 minit (oh, ini sedikit unsur hiperbola). Memicit jerawat sudah beberapa minit. Toner, pelembap muka, bedak, mekap… lagi? Rambut? Kalau perempuan, tudung lagi… Mungkin ada yang jumlah waktu menghadap cerminnya melebihi jumlah waktu solat. Iyalah, solat 5 minit, 5 kali baru 25 minit. Aduhai… Siapa-siapa yang terasa (saya lah tu), lepas ni boleh kurangkan waktu melihat cermin. Kalau tak boleh juga, mungkin perlu panjangkan waktu solat. Lama-lama, boleh la tu. (Solat itukan mendidik kita berdisiplin)
Saya ada terfikir, “sebab tu bila tengok cermin kena baca doa.”
اللهمَّ أَحْسَنْتَ خَلْقِيْ فَأَحْسِنْ خُلُقِيْ
Ya Allah, sepertimana Engkau mencantikkan kejadianku, maka cantikkan (perbaiki) pula akhlakku. [Riwayat Ahmad, disahihkan oleh Al-Albani dalam Irwaghul Ghalil]
Namun, menurut Ibn Taimiyyah, hadith ini tidak terbatas kepada melihat cermin sahaja, sebaliknya ia adalah doa umum memohon akhlaq yang baik dan terpuji. (Nota: Rujukan – 101 Doa daripada Hadis-Hadis Sahih oleh Us Zahazan Mohamed)
Kenapa kena selalu baca doa? Kenapa akhlak yang baik dikaitkan dengan kejadian rupa bentuk kita? Sebab kita selalu lupa, kita ni ciptaan Dia. Tubuh fizikal kita (yang dikatakan cantik itu) semuanya pinjaman. Jangan terlalu berbangga dengan kecantikan sehingga mempamerkan seluruh perhiasan (baca: tubuh) kepada ajnabi. Jangan terlalu berbangga sehingga kita memandang rendah orang lain (yang dilihat kurang cantik, kononnya). Jangan terlalu berbangga hingga leka dengan tanggung jawab kepada Allah; BERSYUKUR!
Agar dengan doa, kita akan merendahkan diri di hadapan Tuhan (dan manusia), kita mengakui kekuasaan Tuhan yang menciptakan kita dengan sebaik-baik kejadian, kita mengakui kehebatan Tuhan yang boleh menarik balik nikmatNya pada bila-bila masa. Dan, supaya kita ingat, “Takde maknanya rupa cantik tapi perangai buruk!” Kerana akhlaq itu buah amal, amal itu buah iman. Iman (dan taqwa) menentukan darjat kita di sisi Tuhan. Segala puji bagi Allah, Maha Suci Allah daripada menciptakan sesuatu dengan sia-sia.

Oh, Esok MCQ Psychiatry! Jadi sila jangan perasan cantik. Allah Yusahhil. Ameen.

susah ye org perasan mcm tu ika. nasib baik kite comel ye ika (bukan cantik) erm..mungkin sebab tu kite lebih rela makan dari tgk cermin :p
salam
jazakillahu khair jaza’
nice writings..
good luck mcq esk!
eh awak cantiklah!
salam.
to amalina: thanks lin!
to fadilah: tu awak refer kepada siapa? Wani ke saya? =p