BismiLLah…
Di sini saya simpulkan apa yang saya dapat daripada 3 pembentangan yang seterusnya (Reality and The Effectiveness of the Zionist Project, Revival of Islam in Palestine and Facing the Zionist Agenda, The End of Zionism) oleh Dr Mohsen Saleh dan Dr Azzam Tamimi.
Beberapa perkara penting yang perlu kita tanamkan dalam minda dan sanubari kita adalah, kemunculan dan kejayaan Zionis dan Israel sebenarnya berlaku di atas kelemahan umat islam sendiri. Ya, lihat saja sejarah Turki ‘Uthmaniyah yang begitu memilukan. Mereka (orang kafir) tahu dan percaya kekuatan umat islam terletak pada kesatuan, dan mereka berjaya memecahbelahkan kita dengan pelbagai cara, termasuklah dengan menerapkan semangat nasionalisme dalam diri umat islam. Dan lebih malang, kerana kejatuhan Empayar ‘Uthmaniyah yang sebelumnya begitu gah dan hebat, umat islam zaman kini menjadikan alasan bahawa kita terlalu lemah dan tidak mampu berbuat apa untuk menyelamatkan saudara islam kita yang ditindas. Ya, kita terlalu memandang Israel (Zionis) sebagai suatu kuasa yang hebat, dan menjatuhkan Zionis itu satu perkara yang mustahil. (Kalau di Malaysia, kita boleh lihat tidak sedikit yang sudah berputus asa memboikot barangan2 yang menyumbang kepada Zionis. katanya, itu perkara yang sia-sia dan menyusahkan umat islam sendiri.)
Adakah Zionis benar-benar kuat?
- Mungkin ya, kerana kita melihat Zionis sebagai suatu kuasa besar yang dilindungi oleh kuasa-kuasa besar yang lain. (yang sebenarnya kebanyakan mereka adalah drp golongan yahudi juga)
- Menurut beliau, pemimpin Eropah memberi sokongan kepada Yahudi kerana bimbang digelar sebagai anti-semitik jika enggan. (Dahulu orang2 Yahudi di Eropah pernah ditindas dengan dahsyat oleh golongan anti-semitik)
- Tentera Israel semakin berkurangan, ramai anak-anak muda di Israel enggan menyertai tentera.
- Semangat tentera juga kian lemah dek kegagalan menguasai semenanjung Gaza walaupun bertempur dengan segala teknologi moden yang ada.
- Menurut beliau lagi, Perdana Menteri Israel juga tidak yakin sama ada mampu kekal sebagai kuasa dunia untuk 50 tahun lagi.
- Israel juga bergantung kepada kerjasama negara-negara Islam di sekelilingnya (Mesir, Jordan, Arab Saudi) agar kekal berkuasa
- Negara-negara Islam seperti Mesir enggan membantu warga Palestin kerana khuatir kemenangan Hamas akan membawa kepada kemenangan ikhwanul muslimin di mesir.
- Kalau umat islam meneliti bagaimana Apartheid boleh dijatuhkan, kita juga akan mampu menjatuhkan Zionis; total rejection (requires unity of the ummah), resistance, maintain the activity against Zionist. (Jadi, teruskanlah memboikot!)
Percayalah, seandainya seluruh umat islam itu bersatu, dengan izin Allah, kita akan menjadi ummah yang terkuat!
===
Translation:
‘O ye who worships in the vicinity of the Two Holy Sanctuaries!
Had you witnessed us in the battlefield
If you but see us, you will realise that
you are only jesting in worship.
He who brings wetness to his cheek with his tears should know
that our necks are being wet by our blood.
He who tires his horses without purpose,
now that our horses are getting tired in battle.
Scent of perfume is yours,
while ours is the glimmer of spears
and the stench of dust [in battle].
We were narrated about in the speech of our Prophet,
an authentic statement that never lies.
That the dust that erupts by Allah’s horses
and which fills the nostrils of a man
shall never be combined with the smoke of a raging Fire.
This, the Book of Allah speaks among us that
the martyr is not dead,
and the truth in Allah’s book cannot be denied.’
*Dr. Mohsen ada menyebut tentang perbezaan Tanah haram (holy land) di bumi Hijjaz (Makkah & Madinah) dan Baytul Maqdis di Palestin. Dan seperti yang disebut di dalam sya’ir oleh Syeikh Abdullah ibn al-Mubarak di atas, bumi Hijjaz adalah tempat Muslimin mengabdikan diri dalam bentuk haji & umrah, towaf, solat (i.e. beribadah dalam keadaan yang ’selesa’ dan tenang), dan bagi penduduk di Baytul Maqdis atau Palestin, pengabdian mereka kepada Allah adalah dengan Jihad yang memerlukan pengorbanan darah!

chewah2.. bole panggil Ustazah Elfaqiha bagi ceramah Yahudi, Zionist & Palestine la lepas nie ;op hehehe
Haha… ok, nnt kite bagi ceramah kt awk ok. lepas subuh, lepas maghrib, mase makan… sampai awk boring dgr kite cakap. boleh2 =P